18 August 2014

'Aqiqah anak, bila patut buat?

Salam.

'Aqiqah biasanya kita dengar orang buat bila seorang baby baru dilahirkan. tapi sebenarnya tempoh 'aqiqah adalah dari anak dilahirkan sehingga sebelum anak tersebut baligh. Seelok2nya hari ke 7 selepas kelahiran. Tapi kalau tak mampu, boleh ditangguhkan.

Hukum 'aqiqah adalah sunat mu'akkad. Sunat yang sangat digalakkan utk kita lakukan. Selepas tertangguh atas pelbagai sebab tak dapat dielakkan, akhirnya dapat jugak kami lakukan ibadah 'aqiqah utk Ziyad. Perancangannya nak buat kat rumah AG. tapi disebabkan ibu masih belum 'kuat' nak ke sana, kami plan buat di rumah 350 je.. buat kat padang permainan, sewa khemah. kalau dalam rumah 350 mmg xmuat sbb rumah flat comel sangat.

lepas dah timbang tara, survey kos utk sewa khemah, jugak kos jika sewa dewan kecil yg bersebelahan padang tu, termasuk caterer, kambing, kerusi meja semua, boleh tahan juga harganya. dan boleh tahan jugak lecehnya nak uruskan dan deal dgn pelbagai2 org. Akhirnya, kami decide nak ambik je package dari Felda D'Saji. 

Felda D'Saji ada tawarkan pacakge utk majlis 'Aqiqah. boleh check website dorang utk tahu lebih lanjut.

Lepas tu, ibu invite adik saya utk buat 'aqiqah Humaira. Jadi kos majlis untuk 150 orang dah dibahagi 3 apabila kami putuskan utk buatkan majlis bacaan tahlil utk arwah abah. tapi tetaplah kos kambing yg berasingan perlu dibayar ibubapa anak masing2 sbb itu adalah tanggungjawab ibubapa yg buatkan 'aqiqah anak.

untuk Ziyad (anak lelaki), 2 ekor kambing dan utk Humaira (anak perempuan), 1 ekor kambing. memang ada ceramah ustaz yg saya dengar, jika ibubapa tidak berkemampuan, memadai 1 ekor kambing utk anak lelaki. tapi utk mendefinasikan pasal kemampuan, terlalu luas. jadi kami takmo ambik kesempatan atas faktor kemampuan ni. InsyaAllah, ada pendapatan tetap, rasanya berkemampuanlah kot. cuma cara pengurusan kewangan kenalah betul.

"kitorang buat 'aqiqah sekor kambing je.. tak mampu nak buat 2 ekor.. lagipun takpe kalau tak mampu, sekor pun boleh" sambil tangan bimbit handbag LV, baju bertag designer, kasut designer, tudung Fareeda.. 
ini yg diberikan contoh mengambil kesempatan atas faktor kemampuan. jangan macam ni ye ibu2, bapak2..bezakan antara kehendak & keperluan.

these are the pangantins of the nite.
 Ahmad Zahin Ziyad

Aisyah Humaira

Majlis bermula dengan ketibaan tetamu jam 6 petang. takdapat nak booked tempat tengahari sebab Felda Villa penuh booking sampai September. Kami memang nak buat sebelum September sbb nanti adik perempuan saya akan balik ke kampus awal September.

6.45 petang, kami adakan bacaan Yaasin & Tahlil didalam dewan kecil yg disediakan. Kemudian, solat Maghrib berjemaah dan jamuan makan. 2 ekor kambing dibuat kambing golek manakala seekor lagi kambing dimasak gulai kurma. By 10pm, tetamu dah pulang ke rumah masing2. 

the foods

the entrance of Felda Villa

Small air-conditioned hall. Mintak management pasangkan carpet n sejadah for solat jemaah. rasanya hall ni guna utk tempat makan kalau tak letak carpet tu.



 
tetamu

itu sajalah serba ringkas pasal majlis 'aqiqah Ziyad dan Humaira ni. InsyaAllah, ada rezeki boleh buat lagi majlis kat sini. Mudah. ibarat one stop centre gitu.. tak yah pening2..

11 August 2014

Jamu, supplement & herba berpantang?

So, ambik set bersalin mana?

takde maknanya set bersalin. unexpected nak berpantang masa usia kandungan baru nak masuk 12 minggu.

Pati haruan


Since D&C ni takde luka luaran, xde jahitan episiotomy, tapi saya masih tak boleh ambik enteng. bila baca procedure D&C ni, saya terbayangkan dinding rahim saya pasti 'luka' akibat proses tersebut. jadi, saya amalkan pati haruan. actually tak tahu nak beli brand apa, ambik je Hairwany bila terpandangkan wajah 'sejuk' Imam Muda Asyraf kat packaging dia..

tapi yang sebenarnya, lebih elok kalau dapat ikan haruan sebenar. malangnya, bukan senang nak dapat haruan tiap hari masa berpantang.


berstokin. yang sebenarnya orang dulu2 kata kena jaga ibu jari kaki jangan sampai tersepak or tersadung. mentang2 takde jahit macam beranak, senang hati betul sarung seluar. nampak sangat kain batik time berpantang beranak je..

Manjakani

Manjakani biasa saya beli kat kedai India berhampiran rumah. 5 biji RM 2. rebus dan air tu buat cebok. tapi baru2 ni balik kampung husband, rupanya kat kampung ada pokok Manjakani. tak perasan pun selama ni. husband pun tak tahu. rupanya Mak Ngah husband sy yang tinggal serumah dengan bapak mertua saya yg tanam.. hihihi.. katanya dia amalkan Manjakani sampai sekarang. Nanti nak mintak tolong Mak Ngah saya tanam pokok sireh pulak. boleh buat 'kebun kewanitaan'.

elok rebus dalam periuk tanah katanya. tapi saya xde periuk tanah. pakai jela periuk kaca.

sesuatu yg saya pelajari dari Mak Ngah ialah, jemur biji Manjakani tu dulu. tak tahu lah cara yg sbnrnya mcm mana sebb selama ni saya tak pernah jemur pun. beli kat kedai, terus rebus je. tapi memandangkan makngah saya ni 'org lama', jadi mungkin cara dia lebih berkesan kot.

rebus, tak perlulah lama2 sangat. dalam 10-15 minit je. tunggu suam2 sikit, bolehlah buat cebok.


Kadang2 saya rebus khas utk buat minum. tak minum hari2 sebab pernah terbaca kat mana tah, katanya Manjakani boleh buatkan kita menopause cepat. tak tahu kebenarannya. tapi kita berwaspada je. minumlah berpada2, jgn plk amalkan mcm minum air masak.

Ekstrak Kacip Fatimah.


EKF ni glamour dalam fb Dr. Zubaidi. saya yakini produk ni sbb dia keluaran hasil penyelidikan researcher kat UTM. saya beli online. baru beli 1 botol dalam tu ada 60 caps. belum habis lagi. Saya beli dah lama. sebelum tahu mengandung, masa nak start TTC for the 2nd, saya amalkan ni. tak sempat habis sebotol, dah positive pregnant. so kene stop. time pregnant takleh makan. sekarang ni, makan la balik.

Tonik Cap Gajah



Tonik ni ibu yang belikan. katanya dulu masa dia beranak, makan tonik ni dan bagus. makcik2 saya pun kata benda yg sama & menurut mereka, tonik ni paling glamourlah zaman dulu..

Pengalaman saya makan tonik ni, mmg ia melancarkan peredaran darah. saya ambik masa hari kelima selepas D&C. waktu tu, darah yang keluar dah hampir kering. tapi lepas je minum tonik ni, darah keluar balik & melawaskan perut serta senang nak buang angin. harapannya tgk darah keluar balik tu, moga2 rahim boleh bersih & xde darah kotor yg tertinggal.

setakat ni ini saja yg saya amalkan masa berpantang 2 minggu di rumah. tapi bila dah masuk kerja, MC dah habis sbb doktor bagi 2 minggu saja, saya tetap berstokin (mujur working attire sy membenarkan sport shoes) jadi kaki sentiasa hangat. saya masih pakai sweater, & untuk bengkung, saya gantikan dengan bengkung moden & girdle. sblm tu saya sapu juga lotion Anugerah yg warna hijau tu sebab nak sapu minyak NR kang, habis 1 bilik office bau macam orang beranak. hihihi.. lotion Anugerah tu, bau dia wangi & panasnya tahan lama. kalau rajin, waktu tghari, saya sapu sekali lagi.

Alhamdulillah, setakat ni, ukuran pinggang dah kurang 4 inci. harap kekal atau kurang lagi. jangan naik dah la.. takut macam beranak ziyad dulu, hari pertama masuk kerja, selim melim lebih dari sebelum kawin, sekali lepas 2-3 bulan, naik balik.. consistency is the keyword!