26 January 2011

menvariasikan hadiah kawin

Salam

Semalam bershopping. Orang lain yg sibuk nak raya, kami menyibuk je kat shopping mall nak discount (-_-“)

Dah alang-alang, beli stok untuk hadiah wedding.

Stok?

A’ah.. stok.. memang suka buat stok hadiah kawin kat rumah. Spare.. kot2 nanti tak sempat nak beli hadiah utk jemputan kawin, ambik je stok yg ada.

But, a big NO untuk jadikan hadiah kawin yg kami dapat sebagai hadiah kawin utk jemputan kawin yg kami hadiri.. NO!

Tah kenapa masa baru2 kawin hari tu, ramai je yg suggest “ala, bagi je hadiah2 kawin korang yg mane korang taknak tu kat orang lain”..

TAK BOLEH.

Biarlah dapat toaster sampai 4 bijik, iron 3 bijik, 2 set cawan yg sama corak, sama rupa bentuk sekali pun, takkan saya bagi kat orang. Itu hadiah kami.. yg kami percaya diberi dgn penuh keikhlasan, dipilih dengan penuh kasih sayang oleh si pemberi hadiah untuk kami. Jadi, penghormatan untuk kami menghargai semuanya. Bukan kedekut atau tamak sampai nak simpan 4 bijik toaster padahal kami berdua je kat rumah.

Even kad2 ucapan yg mengiringi hadiah2 tersebut pun kami simpan rapi. Boleh letak dalam album self-adhesive. Kenangan. Sebab kami tak pakai guest book nak lekat2. 
…………………………………
Antara barang2 yg menjadi pilihan hati, macam dalam entri lepas yg bertajuk “hadiah kahwin”

Kecuali pinggan mangkuk. Confirm orang lain dah ramai bagi. Jadi, kami tolong mevariasikan koleksi hadiah si pengantin.

Semalam, shopping2, nampak jam dinding. Design modern. Terus sambar 2 bijik. Untuk siapa? Tak tahu lagi=) buat stok sebab diri sendiri suka. Agak2 mcm syg nak jadikan hadiah, gantung je kat rumah sendiri=P

Nampak sticky wedding album. Shuuweet sangat. Nak sambar jugak.

“abang prefer jam dinding. At least dorang akan guna jugak. Album skrg jarang orang pakai pasal biasa ambik photographer dgn pakej album sekali”

Ok, terus tak jadi.

Cukuplah semalam dah sambar 2 items utk jadi stok hadiah kahwin.

Sebelum husband kesayangan beli ini buat stok hadiah kahwin.

Lesung batu. Hadiah pujaan hati Incik Asben.
Leceh sikit bab nak membalutnya. Ada tak kedai jual lesung batu siap dgn kotak? Boleh buat stok 10 bijik.

(^_^)

24 January 2011

"nak pikat suami, jaga perut dia"

Salam
Kata orang tua-tua.

Sebelum kawin, ibu selalu tegur suruh belajar masak. Nanti dah kawin tak reti masak, malu. Bukan kamu yg malu, tapi ibu & abah yg malu. Mcm tak pandai ajar anak. Ok, jujur. Bukan sebelum kawin, sebelum akil baligh lagi dah pesan rasanya.

Org kata budak dari form 1 sampai universiti duduk hostel pandai berdikari. Pandai urus diri. Pandai urus masa. Tapi mesti tak berapa pandai masak. Bab tak pandai masak tu, saya akui lah. Duduk hostel, sekali sekala balik, mesti manja dgn makbapak. Masakkan yg sedap2, makan restoran sedap2. Nak balik ke asrama pun, 1beg penuh makanan bekalan. Dgn susu berkotak2, koko crunch, biskut2. Maklumlah, budak tgh membesar=) Tengok, mane ada peluang nak belajar masak kan?

Alasan!

Selalu dgr ‘takpe, dah kawin nanti automatic tahu masak’.

Tapi ibu selalu bantah keras2. Memanglah tahu masak tapi belum tentu PANDAI masak.

Patutlah kalau lurus bendul sgt ikut resepi 100% mesti tak jadi. Ibu kata kena PANDAI adjust. Resepi tu guideline je. Nk pandai adjust, kenelah selalu berlatih memasak. Supaya cekap. Tak terhegeh2 mengagak2 sukatan bahan. Supaya bila rasa setitik je kuah tu, dah tahu bahan ape yg terkurang, bahan ape terlebih.

‘eh, awak betul ke nak kawin dgn saya? Saya tak pandai masak langsung tau’
‘takpe, boleh belajar’

Betul2 di’suruh’nya bini dia belajar masak. Tolong pun yg mudah2 je mcm kupas bwg, basuh pinggan mangkuk guna masa masak. Yg lain, dia biar bini dia ‘belajar’. Setia menemani disisi.

Tah kenapa tiap kali mcm tu, rasa macam syukur sgt Tuhan ‘pinjamkan’ dia. Dia sudi makan masakan bini baru belajar masak ni. Padahal kedai makan bersepah2 kat depan rumah.Kadang2 kesedapan tu memang ‘lari’. Walaupun lauk tu tah kali keberapa masak pun, kadang2 sedap, kadang2 out. Nama pun belajar, kan?

Mcm semalam. Dah banyak kali masakkan tomyam untuk dia. Tapi semalam, tomyam ada rasa pahit2 sikit. Puncanya, pakai daun limau purut dah nak kering (-_-“) terus tomyam jadi payau tak wangi.

‘takpe, tu lah namanya belajar. Lain kali taklah buat salah tu lagi’

Dia sanggup bertahan perut sebab bini dia masih terkedek2 tak cekap memasak. Dia tak pernah mengeluh sebab katanya,dia hargai kejujuran bini dia diawal lamaran dihulurkan. Penangan berkata benar walaupun pahit utk ditelan.

Tapi 1 je yg sampai sekarang kdg2 buat saya malu sendiri.

Dia tak pernah miss untuk ucap ‘terima kasih’. Atas setiap perkara.

‘terima kasih syg, sudi masakkan untuk abang hari ini’..

Tak perlu hadiah mewah. Itu cara dia didik isteri. Nnt bini dia byk lemak, susah handle. Cukup 2 patah perkataan tu, terbang semua penat lelah.. hilang semua tekanan. Sekelip mata! Bila dengar, dalam hati, nangis syukur.

Terima kasih Tuhan. Kurniakan dia yg tidak sempurna untuk diriku yg juga tidak sempurna agar kami saling lengkap melengkapi menyempurnakan kisah cinta ini.

Terima kasih, Kasih.

17 January 2011

tips menyambut 1st anniversary..

Salam

sorry sebab lambat share.. dah beberapa minggu berlalu, baru nak upload.. sila salahkan gambar yg perlu diresizekan semua.. How to celebrate your 1st anniversary? hehe.. tips konon.. tips la sangat kan?

1. having candle light dinner

menikmati hidangan lazat di restoran hebat dgn makanan lazat atau pun kurang lazat tapi presentation hebat sampai buatkan air liur meleleh... ditemani dgn pancaran cahaya samar2 dari lilin & haruman rose segar, mmg best kan? rasa mcm jadi puteri dari kayangan sekejap..hehehe..

tapi cara saya, tadaaaa!!!

 perap ayam blackpapper BBQ..

semangat DIY dari sebelum kawin sampai dah setahun kawin nmpaknya masih belum pudar.. sampai candle light dinner sempena anniversary pun nak DIY!=)

sangat berterima kasihlah pada pasukan bola sepak sebab menang piala AFF Suzuki 2010.. terima kasih sbb dapatlah saya bercuti sehari sebelum our 1st anniversary tanpa perlu bazirkan annual leave yg boleh dibawak ke tahun 2011.. hasilnya, dari pergi 'sedekah' duit tempah restoran semata2 untuk bermakan malam pakai cahaya lilin, lebih baik buat sendiri..

pagi2 hari lagi, 31 December, dah start memerap ayam Blackpepper BBQ.. maklumlah..konon nak candle lite dinner on anniversary eve.. 

'air tangan' bini lagi dahsyat tau dari tangan chef professional tau!




bukan susah pun.. 2 orang je yang makan nye.. tak perlu la banyak2 sangat makanan.. lepas si isteri dah siap2 perap ayam guna resepi rahsia *secret recipe* turun-temurun, Incik Asben pun ringan tulang tolong isteri dia bakar2...

 idea untuk hiasan candle light dinner, boleh je di google.. idea yg sama untuk centerpiece pun boleh digunapakai..

contoh paling senang utk dijadikan sumber rujukan.. ala.. hadiah kawin, gelas comel2 pelbagai size kan ada.. letak je air, batu-batuan & selitkan bunga pada batu tersebut, letak lilin..siap!

2. hey! don't forget your most delicious anniversary cake!


macma tak sah kalau meraikan sambutan ulang tahun, tak kisahlah ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan, mesti ada kek.. sebagai simbolik lah kononnye.. dan, haruslah berusaha gigih, buat kek ini... 'air tangan' beb! 'air tangan' tu penting!

inilah dia rupa Tiha-Miss-You Cheese Cake yang dibancuh dan disejuk bekukan dalam peti ais comel selama 12 jam.. ok? dua belas jam! balik je dari office 30 December tu, siap2 masak untuk dinner & bersihkan diri, terus je memulakan operasi membancuh cheese cake.. tepat jam 11 malam baru siap masuk chiller. maknanya pukul 11pagi esoknya 31 December, baru boleh keluarkan utk buat lapisan kedua pulak...

Tiha-Miss-You... supaya bila suami makan desserts lazat dari air tangan bini dia ni, dia akan sentiasa merindui bini dia..hehehe.. Tiha stand for Fatiha.. nama bini kesayangan!=)


ini dah siap lapisan yg ketiga!.. taburan serbuk koko Van Houten dan Milo.. untuk hiasan, konon2 nak hias dengan belahan coklat tiramisu.. tapi tak terbelah dgn cantik.. coklat tiramisu sedikit berderai.. jadi, letakkan saja atas kek tu membentuk simbol LOVE..


siap untuk dihidangkan.. tapi memandangkan belum masanya lagi utk dinner, maka wrapped dulu & sejuk bekukan sekali lagi...

yummy!!.. selamat menternak beberapa kilos!!! credit utk kak Nazza atas resepi kek enak ini..

3. wishing each other & express your feeling towards each other..

orang sibuk2 countdown new year, kitorang bersenang lenang bersantai2 dirumah menanti detik anniversary.. jgn jealous anniversary saya disambut dgn pancuran bunga api hampir diseluruh negara..

4. go for honeymoon!

lebih best kalau pergi tempat honeymoon yang baru.. baru setahun kawin, takkan nak pergi balik tempat 1st honeymoon.. pergi tempat lain, baru boleh tambah koleksi fridge magnet yg dikumpul sejak kawin.. jadi boleh tahu sepanjang usia perkahwinan dah berapa tempat kamu pergi bersama..

01012011... hey! happy anniversary!! semangat bangun pagi nak pergi honeymoon=)

pakai t-shirt sedondon.. t-shirt Koh Samui, Thailand.. tak pergi tempat yg sama masa 1st honeymoon pun, takpe,, kamu boleh je pakai t-shirt sedondon beli masa honeymoon pertama kamu berdua.. dapat mengimbau kenangan 1st honeymoon..

ok, dah.. cukuplah tips utk kali ni.. jumpe lagi!! daaa...