25 November 2009

150 pieces to go..

hahaha..azam untuk siapkan doorgift before 22nd November 2009 but today already 25th November 2009 doorgift still tak siap2 lagi..tengoklah progress sehingga hari ini...

bunga2 ros hasil kerja kreatif ibu sudah lama siap..reben2 kertas buatan tangan sendiri setiap kali pulang dari kerja sehingga jam 1 pagi sambil menonton tibi..

bunga2 yang telah dicantum dgn reben kertas menggunakan hot glue..disebabkan suka membuat 2 kerja dalam 1 masa, tangan selalu melecur terkena gam panas..mata kat tibi, tangan pegang hot glue..padan muka!

ohh..kamu nampak kan betapa warna warni nya doorgift saya..sebab nak sgt concept ala2 english garden, semua barang pun guna kertas pastel color. kalau guna bahan2 yang ada blink-blink, takut org confuse ingatkan nak sambut Deepavali..

terpulangla ada orang suka, ada tak..mcm saya, saya suka colorful..nampak ceria & menaikkan mood..mungkin sebab cita-cita menjadi guru tadika yg suka hias classroom dgn colorful & ceria tak tercapai hingga hari ini..jadi aplikasikan dalam BigDay sendiri..

antara yang dah siap dicantum2...utk kelongsong bawah tu, yang color cream tu, insyaAllah, saya plan nak letak cookies..mungkin chocolate chips or almond flakes since english style ni memang terkenal dgn cookies, muffin, brownies & etc..kalau laratla nak mengadap oven panas..akak tak mampu la dik nak borong Famous Amos tu..kalau agak2 tak larat, borong je gula2 kat Kit Seng Jalan Pudu tu..terpaksa menghampakan harapan kawan2 ibu yg berharap dapat kuih bahulu sebb dorang suka bahulu celup kopi o panas..makcik, bahulu tu kalau concept tradisional, memang ngam! paling penting, saya tak pandai buat bahulu=)

nah..lepas habis kenduri, cookies pun selamat masuk perut atau mungkin gula-gula selamat dimakan *bergantung tahap kerajinan pengantin ni buat cookies* bolehla gantung doorgift ni kat tombol pintu..sesuaikan? doorgift letak kat door=)


memang pilih nak buat doorgift ni sebab saya selalu rasa bersalah bila terpaksa 'buang' bekas2 seramik or bekas2 mengkuang or bakul2 cantik or lilin2 pelbagai bentuk & pelbagai bau sampai saya yang berpenyakit resdung ini pasti akan terbersin!..bukan tak menghargai..malahan syg sgt sebab tau kos utk bende2 ni agak tinggi..lagipun benda ni hadiah utk tetamu pada hari bersejarah seseorang kan? tapi dah takde ruang nak simpan semuanya..jadi, selepas 1 tahun atau lebih tepat, saya akan simpan jadikan hiasan rumah sehingga tiba hari raya,lepas tu terpaksa let go semua utk bagi ruang kat goodies pengantin lain pulak..tapi bila gantung kat pintu mcm ni, rasaya tak 'makan' ruang kot..saya rasa la..

tapi kalau ada gak yg rasa mcm menyemak or sakit mata, terpulangla korang nak campak mane..yg penting saya ikhlas bagi & doorgift ni dibuat dgn sepenuh 'hati & kasih sayang'=)

DeepInsideMyHeart : nasib baik dalam family takde darah Jawa..so, takdela isu nak concept ala2 Jawa..kalau tak, memang saya akan cari pengusaha tempe utk order tempe sebagai goodies..hah, habis kenduri boleh goreng tempe kan? muka pun boleh jadi 'tegang' & anjal kalau suka makan tempe..*bukan saya cakap, tapi bekas menteri tu yang cakap* 

23 November 2009

tirai belakang katil

mula2 dulu masa nak bertunang, belila majalah pengantin..konon2 nak cari ilham dan direktori kedai2 pengantin. kebetulan masa tu ada sisipan dari Elyza. Koleksi Bilik Pengantin. memang suka dgn fabric elyza sbb memenuhi citarasa saya yg suka bunga2 ala2 english style.

nah..ini yang saya impikan dari Elyza..


saya suka kain bidai yang tergantung mengunjur diatas kepala katil tu.. tapi malasla nak tebuk2 siling. lagi satu, saya juga suka katil bertiang rendah di penjuru..classic! puas cari..jumpa..tapi size katil gedabak sgt mcm menyempitkan lagi ruang bilik. takpela..ada rezeki nanti,ada bilik besar lagi, bolehla beli katil mcm ni..

mungkin sesuai yang mcm ni..senang..gantung je..syukur sgt sebab ibu dah pandai jahit scallop dgn kemas..bukan ape, kebanyakkan langsir ber'scallop' yg saya jumpe, mesti alunan scallop tu tak kemas..maksudnye, beralun yg tak menjadi.. tapi kalau yang mcm bawah ni, memang A+..


bahagian bawah scallop, saya suka mcm gaya langsir dekat banglo Linda Onn yg keluar dalam suratkhabar hari tu.. tapi cari2 kat google, tak jumpe..last2 baru terperasan rumah Hanis Zalikha ada langsir mcm tu..


inilah langsir kat rumah Hanis Zalikha.. gambar ni di upload oleh Mama beliau, Aunt Nani..

macam yang saya dah bagitau dulu, kain langsir saya corak bunga2..so, sila bygkan kain langsir color putih tu, saya ganti dgn kain corak bunga2 & kain depan yang diikat tu, saya ganti dgn kain putih nipis/jarang..tak dapt baygkan? isk..tunggula dah siap nanti saya tepek gambar ye..

20 November 2009

pomander


saya tak tahu samada minat saya pada pomander ni disebabkan oleh trend terkini or sbb ia memang betul2 sweet! tapi yang pasti disebabkan demand yg tinggi terhadap pomander ni, rata2 kedai yg sy survey utk 1 bijik pomander sederhana besar, boleh capai rm40. lebih besar lagi, rm70.

since saya tak sewa arch/pintu gerbang dgn bridal house-sbb nak cut cost tapi rezeki jgn ditolak bila maklang dah offer nak bagi pinjam rangka besi arch & 1 set of bunga manggar stand- & maklang said that she can provide the 'rangka' arch only, deco2 thingy, i have to prepare by my own. for me, 5 pieces of pomander just perfect utk digantung2 kat arch tu instead of covered the rangka besi with kain & tepek sejambak bunga kat atas & kiri kanan gerbang. nak beli kain lilit pun 1 hal, lepas gune nak 'campak' mane?

mungkin bagi sesetengah orang, this is reasonable price yet affordable. yes, saya afford to pay that price for 1 pomander. but, mungkin saya ni dari kecik dah dilatih untuk berfikir panjang sebelum buat sesuatu, maka saya rasa lebih baik saya guna duit yg ada utk benda lebih penting. sbb saya rasa after the majlis, saya tak tau nak 'campak' mane 5 bijik pomander tu!
Wah..ini dah lelebih pomander dia...


hah, mcm ni la best..tapi dia guna 3 bijik..saya nak 5 bijik..smart tak?

ok, mari cari jalan selesaikan masalah deco arch ni.. a few days ago, saya mintak pendapat Noe *owner Misi 5 April* pasal matching2 ni..and her ideas, sgt membantu! best kan dunia blog ni..kita jumpe ramai org yg baik hati & kreatif & tak kisah kongsi pandangan..just terpulang nak terima ke tak..tapi her idea mmg best! nnt ada masa, saya cerita idea ape yg kami kongsi..

19 November 2009

hati2 dgn harga walaupun sekeping!

Sebelum ni saya ada cerita perihal hadiah daripada Albert. Custom design invitation card. Bila dah siap & tinggal nak hantar printing, ayah saya beri kat kawan dia, A sebab A ni ada business printing. Lepas 2 hari, si A membawa contoh card yg siap di print. Dia bagi harga rm1400 utk seribu keping kad. Maksudnya, sekeping rm1.40!

Saya memang tak setuju sebab contoh yg dia bagi guna glossy photo paper 80gsm. Maknanya sangat lembik! At least, untuk card, harusla guna 230gsm. Ni pun berat minimum utk kad. Bila tanya kenapa mahal padahal kita dah siap2 kan semuanya, dia juz print kan je..map takyah lukis, takyah buat2 draf. Sbb Albert memang bagi dah siap design 100%, si A kata sbb ini custom made.huhh~~

Lagipun, bila fikir2, orang biasanya tak simpan pun kad jemputan. Lepas majlis, rata2 penerima kad mesti buang. Jarang di simpan. So, bagi saya rm1.40 sekeping utk kualiti begitu adalah mahal.

Masa dah suntuk..ohh..ini jgn ikut saya ye bakal pengantin..sgt tak bagus buat kerja last minit. Cara terakhir, contact supplier yang buat brochure utk park. Kebetulan, kami memang nak hantar calendar 2010 utk di print. So, mintak quotation sekali utk kad kawin saya..

Nak tau berapa saya dapat? Rm450 utk seribu keping kad siap dgn envelope! Rm0.45 je sekeping..memang berbaloi2la kan? Lagi-lagi 3 hari je boleh siap. Lagi berbaloi2..kualiti pun ok sbb dia bagi paper 230gsm matte.

Syukur sgt tak terjerat dgn si A. Saya dapat jimat rm950 dgn kualiti yg lebih baik! Custom design dgn harga rm0.45, bagi saya ok la sbb saya survey kat kedai guna ready made design pun paling murah rm0.60 & saiz lebih kecil berbanding saiz yg saya pilih

So, berhati2 membuat pilihan.

DeepInsideMyHeart : nanti ada masa, saya upload gambar yer..saya sendiri muntah tengok blog sendiri full dgn fonts. tapi apekan daya, update blog pagi2 buta pukul 1pagi..mata pun tak larat bukak & berpinar2 lagi buat drgft yg colorful mcm color aiskrim tu!

16 November 2009

lace?chiffon?

Cari baju yang sesuai pun memang pening yang amat. Semua pun rasa cantik, semua pun nak. Lagi2 saya jenis yg tak suka stick to one color theme..yang saya tentukan ialah concept wedding yang saya nak, mengikut budget yang ada. Jadilah semua color pun cantik.

Utk berjimat cermat, saya beli kain baju yang akan digunakan utk nikah awal2 lagi iaitu sebelum bertunang. Jadi dpt gunakan kain tersebut sebagai sebahagian dari barang hantaran semasa bertunang.

Masa bertunang dulu, barang2 yg saya beri sebagai hantaran kepada pihak lelaki:

1. Kain baju melayu –belum siap jadi baju lagi. Akan guna utk nikah.
2. Songket – tenun tangan dari Terengganu. Beli masa menghantar rombongan abg sepupu kawin, beli ramai2 & banyak2 dari kedai sama, jadi dapat murah sikit.

Barang2 lain, standardla..manisan & makanan.

Pihak lelaki pun bersetuju membalas dulang hantaran dgn :

1. Kain baju nikah – masa tu trend jenis chiffon belum mendapat tempat sgt (penghujung 2007). Lace-lace yg cantik2 sume pun mahal2. Yang siap jual secara package, mmg murah, tapi saya kureng gemar sikit. Tgk2 kat Alinas, ternampak gambar ni..

Terus suka & beli kain yg sama..kain brocade..

Barang2 lain, makanan & manisan jugak=)

Sbnrnya masa nak bertunang dulu, 2 bulan sblm majlis, tak jumpe dgn bakal tunang. Juz melalui phone je bincang barang2 ni. Parents dia datang merisik pun masa raya 2007 & kami bertunang June 2008. Lagi sebulan sblm majlis, langsung tak dpt berhubung sbb dia masuk Out Bound School kat Lumut. Ala2 Akademi Fantasia, tak boleh hubung dunia luar.

Brg2 semua mmg saya beli for both parties sbb bakal tunang dalam probation lagi..susah nak keluar beli.

Barang2 semua beli masa Jualan Mega Sale hujung tahun (Dec 2007). Setengah tahun lebih awal beli. Kadang2 malu jgk bile promoter sibuk tanya

‘bila majlis?’

Nak cover, jawab je ‘insyaAllah, tahun depan’

‘bulan brape?’

‘errr…bulan 6’

‘ooo…lambat lagi’

Ok. Memang malas nak layan. Yang penting tak nak lepaskan peluang dapat diskaun.

15 November 2009

langsir

Nampak suratkhabar Pancaindera tadi..tiba2 terasa nak update pasal langsir bilik pengantin. Sebab ada sangkut paut dgn surat khabar ni=)

Minggu lepas, dalam newspaper ni ada tunjuk gambar2 rumah Linda Onn & Mawi..best betul rumah Linda Onn.. saya ternampak gambar langsir putih yg tergantung kat dalam rumah Linda itu..simple n nice..terus tunjuk kat ibu gambar tu.. dapatla kami idea design langsir utk bilik kecil ku nanti. Bukannye beriya2 nak berhias..but at least ada la tempat yg agak berhias sikit untuk ambik gambar kawin nanti.

Masa hal beli kain langsir pun lawak jgk..ibu tak tau nak buat ukuran mcm mane..so, jumpala dgn jiran yg baru kawinkan anak ni..mintak izin nk tgk berapa keping scallop gune sbb senang nak beli..biasanye orang yg ada pengalaman menjahit ni, mmg tgk je dah blh tau berapa byk kain gune, kain jenis ape..takyah nak penat2kan diri g survey2 harga kain kat kedai..sbb bile tau kualiti kain, blh agak la kan harga berapa..

Kdg2 jugak bile tanya promoter kain langsir tu, berapa meter gune untuk ruang sebesar yg kita nak, ada yg bg ukuran kain tepat..ada yg bg byk sgt sampai membazir je..

Pusing2 kat kedai kain, jumpela kain langsir bunga2..tgk kain tu mcm mahal..bile tgk price, rm3.80/mtr je..ibu kata kain tu tak boleh harga cmtu..mesti mahal..kitorang pun tanya promoter kat situ utk pastikan..betul, rm3.80/mtr. Ape lagi, borong je la..a few weeks later, dtg lagi kedai kain tu..nk cari kain plain utk scallop *scallop mmg trade mark ibu sbb ibu suka sgt scallop sampai sanggup berhari2 belajar gunting2 suratkhabar lama before gunting kain betul2*. Jumpe lagi kain bunga2 tu..tp harga dah lain! Rm13.90/mtr..lurus bendul sgt, g gtau kat promoter tu, aritu kitorang beli murah..salah letak harga ke?..promoter tu ckp, mmg dorang salah letak harga.kira nasibla sape beli awal2..

Memang betul lah..hanya jauhari yg mengenal manikim…dan..hanya tukang jahit mengenal kain..=)hehehe…Kos langsir hanya lebih kurang rm120 je..tu pun sbb kedai kain salah letak price tag n jimat kos upah jahit sbb ibu tolong jahitkan..

14 November 2009

wedding photographer...

memang serabut jugak nak cari photographer sbb ini antara elemen penting dalam majlis. yela if majlis semua dh ok, tiba2 takde gambar untuk kenangan..or gambar ada tapi blur & kurang menarik yg kalau tengok first page rasa dah malas nak tgk page2 seterusnya.

mula2 my colleaque, Jo cakap dia boleh tolong jadi my official photographer and Albert pulak offer nak edit gambar2 tu, so i can have more than 30 pages of custom story board! saya just bayar 'angpau' je *maksudnye bagi je berapa suka*. lagipun Jo memang pernah jadi fulltime wedding photographer  untuk sebuah butik kahwin..mestila chinese bridal house. saya pun sgt suka gambar2 yang diambil Jo. maksudnye, dia pandai adjust & cari angle yg akan jadikan pengantin gemuk nmpak slim, yg dagu berlapis,boleh sorok, yang muka lebar jadi comel je..n semua gambar2 yg digunakan untuk letak kat brochure, flyers, voucher for park..semuanya Jo and Albert punye hasil tangan. plus, they got a Diploma in Photography & Art Design.

lagi2 Ms. Nancie bagi green lite gune DSLR company=)tapi Jo bagitau Darling dia punye abang pun kawin on the same date.so, dia tak dapat nak snap photo for me..Albert pulak takut tak dapat cover semua action since majlis kat dewan at least need 2 photographers=(.

so, saya terpaksa meng'goggle' untuk cari wedding photographer, sort mane yg ok & saya suka. kemudian send email asked for quotation. lepas dpt quotation, sort pulak harga yg within my budget. as usual, my budget tak besar. below RM4k. saya buat budget pun based on normal market price. takkanla market skrg untuk fulltime photographer at least RM2k+ *saya ada dapat quotation up to RM 7k, boleh pitam!*, saya nak buat budget RM 800 je..harga sebuah DSLR pun lagi mahal,ok!

lepas semua tu, tunjuk kat Jo website photographer tu..mintak dia komen sikit since dia 'pakar' hal2 gambar ni. tunjuk kat Albert jugak.. mereka berdua ni sgt semangat buat saya terharu lagi..=')

langkah seterusnya set appointment. i want to meet them face to face.sbb ada juga orang tak percaya tengok kat website je..takut tipu kan..gmbr hasil kerja orang lain, letak website sendiri..saya takut mcm tu. dalam 4-5 photographer yg saya email, hanya seorang je yg cepat bg feedback. so, kira rezeki dia..

sbnrnye, saya suka job dari jangguttouch..tapi tak mampu..over my budget..cari2, jumpe 'ank buah' dari company ni yg ada buat job photography jugak..sekali lagi kira mcm memang murah rezeki dia ni..

mcm biasa, saya suka buat trick sikit. dah tau dia ddk Wangsa Maju, still nak jugak nak ajak jumpe kat Tesco belakang rumah. lagi set time 11am..saje nak test dia boleh dtg on time tak.sebab tak kenal, so mmg byk bende nak takut..takut dia seorang yg tak tepati masa & janji. pukul 10.30am, dh terpacak kat Tesco..nk tgk dia dtg awal dari saya berape minit. tapi, dia memang tepati masa & sentiasa make things serious..memang orang yg betul2 nak kerja n jaga customer sbb saya boleh 'lihat' dari email2 yg dia bagi.

lepas puas hati dgn produk yg dia tunjuk, plus hasil dari perbualan, i can feel dia juga pro dalam bab editing sama mcm Albert,so agreed n a week later make payment for deposit. lagipun price dia ikut my budget.

Jo kata saya untung dapat harga murah. i said, "murah?!!"..walaupun below budget, but still kopak jugakla..Jo kata if chinese wedding, normally photographer punye harga above RM5k..ohh..itu tak payah cakapla..chinese n Malay, mane sama..

actually we can't compare price. sebab different people, different pendapat. contoh paling ketara, saya rasa nak kopak jugak dgn harga tu, but Jo kata murah! haihh~~

sape nak gune khidmat photographer yg saya gune, sila email kepada beliau azim.zainuddin[at]gmail[dot]com.

hasil gambar? ala..tak boleh nk komen lagi la..tunggu bila saya dapat album ye..=) sekarang ni bab photographer, saya dah try cari yg saya suka dan selebihnya, saya tawakal..mudah2an semuanya elok..

13 November 2009

doorgift/goodies

Bercakap tentang doorgift/goodies, sblm ni pun ramai dah tau drgft/goodies saya buat sendiri. Sgt2 memerlukan kesabaran & minat yg tinggi. Apape pun sy sgt bersyukur sbb ibu sy sgt kreatif dan minat bab2 bunga & kraftangan ni. Even before she got married pun, ibu memang buat business ambik tempahan gubah hantaran kawin. Sebut je nak bunga apa..mesti ibu tau buat..bunga stoking *hantaran sy ms bertunang dulu*, bunga dip, bunga sabun, bunga roti, bunga reben,..mcm2la..

That’s why when ibu said nak buat drgft sndri, saya mcm tak agree sgt coz taknak susah2kan ibu. Mcm membebankan pulak. Tapi lama2 saya sedar bila sesuatu benda tu menjadi minat kita, berapa byk pun, berapa sibuk pun, betapa leceh pun, kita enjoy n happy buat sndri. Lagi2 bile ibu ckp, “untuk ank2 ibu, ibu nak buat sendiri, puas hati. Dulu ibu buatkan orang, ribu2 kuntum bunga..takkan ank sndiri punya ibu nak beli”..terharu..=’)

Bukannye taknak beli readymade drgft..bknnye sbb nk menunjuk2 diri ni kreatif..tapi, terus terang, drgft yg dijual agak mahal & sy mmg tak mampu bagi drgft gah-gah..grand-grand kat tetamu. So, buatla sendiri..sangat jimat tau.

Kami pun buat sedikit2 drgft tu..dgn tunjuk ajar ibu, tiap kali pulang kerja, mesti bantu ibu. Sikit2..lama2 byk..bila dh byk, pack dlm kotak and simpan kat office abah..sbb tak tau nak campak mane..kalau rumah besar, bolehla simpan dlm one room. Smpai kat office abah, staff2 abh sume nk tgk..lebih2 lagi Shahrul..sbb dia pun dekat nak kawin. Shahrul berkenan dgn idea drgft tu n nak tempah kat ibu. But seriously we are not available for any order since we are too busy until Jan 2010.

Bile dah dpt rumah sewa sndri, bulan lepas dtg blk office abh nk ambil n simpan kat rmh sewa. barulah realized ada boxes dh hilang. Saya sgt ingat sbb sy n ibu sm2 buat..and our drgft ada mcm2 color. We can remember each batch punye color. Dan yg hilang tu adalah color yg sy suka! Ty cleaner tkt dorang terbuang. Tp cleaner kta dorang xsentuh pape pun. Walaupun semua org menunding jari kat Shahrul, tapi abah tetap percaya bukan Shahrul.

Ermm..dugaan.. hari makin suntuk. Yang tinggal just 200 pcs. Gila! Terpaksa speed up buat drgft. Tapi, pintu rezeki masih terbuka..alhamdulillah, dapat tajaan from D’Renjis. My cousin buat business D’Renjis. Makngah saya & kak norleen *owner of D’Renjis* sudi bagi 500 pcs drgft. =’)

So, lately sy bersengkang mata, tiap2 malam tidur pukul satu pagi utk siapkan 300pcs drgft sbb nak cukupkan 1k pcs. So, ada 2 jenis drgft yg akan di distribute to guest. Harap mata tidak seperti mata panda bear nanti! Bagus juga buat sendiri. At least sy belajar n ibu pun boleh turunkan ilmu yg ada. Mane tau lepas kawin, saya boleh bukak business sndiri pulak mcm D’Renjis=)

insyaAllah, sy target by next week sy boleh tutup bab drgft since nk settlekan hal2 bilik pengantin. Memandangkan perabot yg di tempah akan sampai bulan dpn, sy nak siap2kan gantung langsir, basuh cadar, n kemas2 kain baju sbb lepas kawin terus ddk rumah sewa sndri. Kalau tinggal dgn parents lagi, alamatnye skill menguruskan rumahtangga sy takkan diasah!

Kamu semua, doakan saya ye..

Bakal2 pengantin, jika kamu ada minat, ada kesungguhan, boleh belajar buat kraftangan untuk drgft sendiri. Sangat menjimatkan wang terutama bagi bakal pengantin ‘sengkek’ spt saya..

Yang penting, nilai sesuatu barang bukan terletak pada harga, rupa atau warna..tapi terletak pada keikhlasan dan kesungguhan kita memberikannya..

12 November 2009

nak kawin kat mane?

Mmg menjadi tradisi, sepupu2 saya mostly kawin kat hall. Antara hall yang menjadi pilihan keluarga besar kami ialah:

1. Dewan Besar Institut Perguruan Teknik, Cheras.
2. Dewan KAED, UIA Gombak.
3. Dewan MBSA.
4. Dewan JKR.
5. Dewan RISDA
6. Restoran Seri Melayu
7. Dewan Merak Kayangan, FELDA.

Bila dah confirm tarikh kawin Mac lepas, terus nk booking Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang. Tapi hampa, sbb dah ada orang lain booked. Goes for Dewan JKR..uhh..already booked. Dewan MBSA, ibu cakap, too far from our house. Lastly, paklang yg tolong dapatkan dewan lain walaupun masa tu dah cuak sbb ibu kata buat kat rumah je dah..

Cuak bukan sebab ape..tapi sebab kami dapat bygkan buat di rumah, penatnya adalah double triple dari buat kat dewan.

Marilah kita lihat kebaikan majlis di dewan pd pengamatan saya:

1. Tidak perlu berkemas sebelum dan selepas majlis
2. Tidak perlu meminjam halaman/ parking jiran. Walaupun mereka tidak kisah, sedikit sebanyak pasti terganggu.
3. Ruang yang luas dan selesa untuk tetamu bergerak
4. Hidangan buffet memudahkan tetamu membuat pilihan.
5. Agak terjamin sekiranya hari hujan.
6. Kemudahan parking untuk tetamu yang hadir
7. Dewan yang berhawa dingin pasti membuatkan tetamu lebih selesa berbanding khemah yang agak panas (sekiranya majlis waktu tengahari).
8. Best..dapat sanding atas pelamin yang atas stage! Semua orang boleh nampak..tentu tetamu puas hati dapat tengok pengantin..nama pun dtg mjls kawin, mestila nk tgk pgntin!

TETAPI,

Beberapa factor lain yang perlu diambil kira bila majlis di dewan:

1. Pastikan anda betul2 berpuas hati dgn rekabentuk dalaman dewan agar bersesuaian dgn aturacara majlis anda.
2. Pastikan kemudahan parking yang luas utk tetamu.
3. Pastikan juruandam, photographer, caterer dan segala2 yang bersangkut paut dgn persediaan perkahwinan, betul2 tahu lokasi dewan.
4. Berikan ukuran stage utk pelamin jika anda menyewa sbb takut bridal house bawak pelamin tak match dgn keluasan yang ada..takut terlalu besar & tak muat atau terlalu comel sampai byk ruang kosong atas stage. Kalau boleh, tunjuk gambar keadaan dewan.. boleh bagi idea kat decorator untuk deco dewan tersebut.
5. Ada bilik utk pengantin berhias diri/ dihias mak andam.
6. Bilik utk rombongan bersiap sedia sebelum acara perarakan masuk ke dewan.
7. Bersiap sedialah untuk dikenakan charge tambahan utk pelamin, meja makan pengantin dan dekorasi dewan yang lebih luas berbanding di rumah.
8. Biasanya menyewa sebuah dewan tidak termasuk dgn kerusi & meja. So,kena confirmkan betul2 samada anda nak menyewa kerusi & meja dari pihak dewan atau pihak caterer.
9. Masa yang ditetapkan oleh pihak dewan biasanya terhad. Bermula dari jam 10pagi hingga 4petang. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan masa yang lebih, tidak menjadi masalah. Hanya perlu menambah RM utk jam berikutnya mengikut harga yang ditetapkan pihak dewan. *dulu kami kena bayar RM200 per hour sbb terhegeh-hegeh sampai exceed masa ke pukul 5 ptg(^_^)*
10. Pastikan berapa lama masa yang diberikan pihak dewan utk membuat persiapan pada malam hari sebelum majlis berlangsung..biasanya anda diberi masa dari jam 8malam-12tgh malam. Bolehla setup pelamin, meja & deco-deco..

Lecehnye…Hei! Majlis kawin memangla leceh.. terpulang pada anda untuk mengadakan majlis dirumah atau didewan atau kalau budget besar lagi, buatla dihotel (^_^)

Ala..kahwin je la kat mane2 pun tetap jugak boleh meriah jika kena gaya kan?

Tapi, masih lagi ada yg mempertikaikan keputusan tuan rumah utk mengadakan majlis di dewan/hotel. boleh difikirnya tuan rumah menunjuk2..nak berlawan2 buat majlis..siapa tahu,mungkin tuan rumah tak mampu buat dirumah kerana tiada manpower dan ada saudara mara yang ramai yg memerlukan ruangan lebih luas..jangan serkap jarang tau!

Paling lawak bila heboh2 nak kawin kat dewan la..kat tasik la *konon2 garden wedding*..kat hotel la..alih2 kawin depan rumah je..bila dah termalu, cover balik cakap takut orang sesat la *hei, penat tau government buat signboard jalan, upgrade pengangkutan awam, buat peta jalan tapi rakyat tak mau gune*..tak nak menunjuk2 la..tak nak riak la..

Pointnya adalah mudah..sekiranya anda belum pasti dgn keputusan anda, jgn heboh2 sebelum apape..dari orang tak tahu, orang akan jadi tahu..dari orang tak fikir bukan2, orang akan fikir macam2..

Ingat! Kepada bakal2 pengantin, KERJA KAHWIN BUKAN SEMUDAH PARTY HARIJADI !! dan KITA PASTI TIDAK MAMPU PUASKAN HATI SEMUA ORANG!! Oleh itu, BIJAKLAH MEMBUAT KEPUTUSAN & BERBINCANG DGN KELUARGA TERDEKAT!!..


11 November 2009

invitation card

saya sedang menunggu reply dari kawan-kawan. sejam yang lalu dah hantar SMS minta mereka send address masing2..

invitation card telah di design kan oleh my colleague, Albert -in house designer kat office saya. saya sangat menghargai hadiah yg beliau berikan ini. saya memang 'buta' computer sikit..lebih2 lagi menggunakan Adobe Illustrator or Photoshop secara professional.

actually memang masuk dalam wishing list saya untuk mempunyai invitation card yang custom made sendri.konon2 nak special design..konon2 tak nak ada pengantin lain yang ada design kad yang sama..maklumla, benda sekali seumur hidup *InsyaAllah* semua pun nk unik & tersendiri..rasanya ramaikan pengantin kat luar sana pun rasa ape yang saya rasa..ada impian sendiri..idaman sendiri..

tapi budget saya kecil..saya sangat kagum dgn LadyNoe..jadi designer ni memang untung tau! *admit, inspired by her* tapi saya tak reti buat..so, nak tak nak saya decide pergi je kedai printing yang berderet2 kat Pudu tu nanti. antara yang menjadi pilihan hati ialah LH Creative. mmg dah aim nak tempah kat situ je..mungkin sebab sedikit putus asa dgn percubaan belajar tuition menggunakan illustrator & photoshop..makanya nak pergi je tempah di kedai...

tiba2, Albert said dia nak designkan kad saya sebagai 'hadiah kahwin'..apa lagi, saya pun melompat gembira!
so, kad dah siap design and now waiting for the printer utk siapkan cetakan sebanyak seribu copy itu! and hope the final product would be as wonderful as it is in Illustrator!

Ujian HIV Pra-Perkahwinan

Sebab baru je bulan lepas buat ujian HIV pra perkahwinan, so saya nak share sikit pengalaman saya membuat ujian HIV ni.

Semua HIV test bagi tujuan perkahwinan hanya dijalankan di klinik kerajaan..tak mahal..juz RM 1 je. In the first place, saya terfikir kenapa tak boleh buat kat klinik swasta yg lebih flexible and convenience dari segi masa dan kemudahan? Yela, sbb sy kerja private company, annual leave tak banyak, office hours from 9am-6pm. Sy ingat bolehla saya buat test kat klinik swasta dpn rumah tempat adik saya bekerja. Malam2 pun boleh dtg lepas kerja.

Bila fikir2, saya rasa mungkin nk elakkan pemalsuan/pembelian keputusan HIV test kot..sama macam MC yg senang2 boleh dipalsukan/ dibeli disesetengah klinik swasta.

Saya ada 2 pilihan klinik kerajaan.

1. Klinik Kesihatan Kg. Pandan- dekat dgn rumah. Sy call dulu before dtg coz nak buat appointment n get some info before bodo2 dtg pastu kena balik dgn hampa & kecewa..rupa2nya walk-in saja..HIV test hanya dijalankan pada setiap isnin-khamis dari 2ptg-4.30ptg (10 orang shj) dan Jumaat 2.45ptg-4.30ptg (5 orang shj). Contact Number for this clinic : 03- 9281 0272.

2. Poliklinik Kesihatan Tanglin- dekat dgn office..so, boleh ambik cuti half day & senang parking compared dgn Klinik Kg. Pandan..kat sini boleh buat appointment. So, agak selamat la..tak perlu berebut2..tapi..masa saya called tu baru 20 October 09 tapi appointment saya pada 9 November 09. Lebih kurang 2minggu lebih. Hari2 lain sume dh penuh. Contact Number for this clinic : 03- 2698 3311.

Last2 decide ambik cuti Khamis tu jgk and dtg ke Kg. Pandan. Pukul 12.30 tghari saya dah terpacak dgn kaunter. Mintak borang, isi, dan tunggu..pukul 1 ptg, nurse tu suruh tunggu kat luar..klinik tutup until 2pm.

Ddk sorang2 kat luar dgn panasnye..malas nk gerak g mane2 sbb parking susah dpt. Dalam pukul 1.15pm, ramai dah couple2 muda dtg..haih..ni mesti nak test gak..terasa mcm diri sgt ‘cool’ n independent gile sbb dtg sorang2..yg lain sibuk berteman, kalau bkn dgn tuning masing2, dgn kawan2, dgn adik2 or dgn mak2..

1.45pm, saya terpacak dpn pintu nak ready ambik angka giliran. Alhamdulillah, tepat kul 2pm, pintu bukak n saya dapat giliran ke 3 selepas sepasang couple.

Tak sampai setengah jam, dpt masuk n diberi sedikit info pasal HIV & Aids. Isi form lagi dan ambik darah.

Tunggu di luar, lepas 15 minit, masuk bilik doctor n ambik keputusan..pukul 3 ptg dah siap!

Senangkan? Apape pun before pergi, lebih baik call dulu klinik untuk tau procedure dijalankan sbb ada yg boleh buat appointment dan ada walk-in sj..tak la sia-sia n membazir masa nak pergi sampai 2-3 kali kan? Jadilah pengguna bijak *mcm iklan TV pulak*

10 November 2009

penting!

blog ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman & idea seorang gadis, bakal pengantin yang lahir dari keluarga yang sederhana.

saya mewujudkan blog ini bagi berkongsi pendapat, idea, maklumat dan pengalaman saya sepanjang menuju hari bahagia. saya bukan dari keluarga yang kaya raya, duit puluhan ribu ringgit di dalam akaun bank mahupun membawa pulang gaji 5 angka setiap bulan.

jadi, apa yg bakal dicoretkan hanyala mengikut kemampuan saya & keluarga dalam menjaya majlis nanti.
andai ada yang mentafsir blog ini hanya sebagai landasan untuk berbangga diri, riak, bermegah-megah..MAAF! ANDA SILAP..

seikhlas hati saya ingin berkongsi sahaja. mungkin dapat membantu bakal pengantin seperti saya..saya tidak berkemampuan mengupah seorang wedding planner untuk menjayakan majlis saya..saya juga tidak berkemampuan mengupah, menyewa mahupun membeli barangan kahwin yang famous2..glamour2..dan dari pengalaman saya, agak sukar memperolehi maklumat persiapan perkahwinan mampu milik..

dan apa-apa dari blog ini hanyalah pandangan saya..mungkin berbeza dari pandangan anda..

sekian..