24 September 2012

2 minggu selepas bersalin..

salam

lepas bersalin perkara yang selalu org concern ialah berar badan. dapat kah para ibu bersalin kembali ke berat bdn sebelum mengandung?

saya pulak, sebelum disahkan mengandung, berat adalah 57kg.. berat sebelum masuk wad utk bersalin ialah 61.5kg. jumlah kenaikkan berat badan ialah 7.5kg sbb masa 1st trimester, berat saya turun hingga 54kg.

Jumaat lepas ke hospital semula utk check up luka bersalin n check baby selepas 2 minggu bersalin.. Alhamdulillah, baby Zahin sihat. berat bertambah dari 3.45kg ke 4.04kg lepas 2 minggu lahir.. rasa berbaloi usaha breastfeeding him siang mlm.. betul ke baby boy kuat menyusu? baby Zahin menyusu almost setiap sejam sekali.

berat saya pulak, lepas 2 minggu bersalin ialah 52.2 kg! waa.. lebih ringgan dr sebelum mengandung?maybe sbb sy xberpantang kot.. belasah je nk mkn ape.. ibu pulak sporting.. katanya klu nk mkn lauk pantang, nk ikut pntg dulu2 mau pengsan badan saya sbb baby sgt kuat menyusu.. klu ibu baby xmkn mknn berkhasiat, asyik mkn ns pns lauk org pntng, mana nk dtg khasiat dlm susu ibu kan? so, sy boleh minum bergelen2 air, mkn ns bertambah, even lepas beranak aritu dh terus mkn grilled chicken kt hospital.. lps ni nk beranak lg kt situ, boleh? menu confinement best giler..

rasanya klu sy dikenakan pantang bersalin yg rigid, mau berat lg turun & susu pun xmeriahla sebab stress kene berpantang..

dh nk masuk 3 minggu bersalin.. kene try curi masa utk buat stok susu Zahin since maternity leave sy 60 hr je.. kene cr info psl nk buat stok ebm oulak terutama dr mereka yg meternity leaves nye 60 hr jgk..

20 September 2012

Little Caliph Kami

hi..


Ahmad Zahin Ziyad bin Mohamad Yazid

'Dalam Ziyad ada Yazid'

6 September 2012
1208 pagi
3.45kg

bersalin normal, terpaksalah ibu gigih sikit meneran..

12 September 2012

selamat bersalin

hari ke 7

sunnat menamakan anak pada hari ke 7 kelahiran.
Alhamdulillah, another imam muda in the house.

Ahmad Zahin Ziyad bin Mohamad Yazid
"Dalam Ziyad ada Yazid"

Ahmad = Yang Terpuji
Zahin = Kebijaksanaan
Ziyad= Pertambahan/ Yang Bertambah


bersalin normal dgn berat sebenar baby 3.45kg
Alhamdulillah, baby sabar tunggu sampai doktor Norshida blk dr umrah

Gambar?
=)

10 September 2012

renovation bahagian hadapan rumah

(this is an auto published post)

Salam

Sambungan dari Bahagian Hadapan Rumah.

sebenarnya mmg xde dalam plan nak renovate bahagian depan ni. maklumlah, xde budget. tapi orang kata, anak bawak rezeki. Alhamdulillah.. dulu masa dlm proses nak dapatkan CF, selalu risau kalau2 tak mampu nak bayar 2 rumah (rumah sewa sekarang & rumah baru). tapi alhamdulillah, dimurahkan rezeki. pejam celik, dekat 2 tahun jugak bayar untuk 2 rumah.

2 hari sebelum raya, renovation siap.

Kenapa nak renovate bahagian hadapan?

Bahagian hadapan ada tanah. mula2 plan nak tanam rumput saja.. lepas tu nak tanam pokok bunga or apapa pokok utk kegunaan sendiri. tapi bila hari hujan, nampak air bertakung. comot betul jadinya. jadi, fikir nak simen & pasangkan saja tiles.

pergi round2 kawasan rumah. tgk jiran2 renovate macam mana. dapat idea nak luaskan pintu gate & kereta boleh masuk 2 biji straight parking.

rasa bahagian tong sampah yang disediakan mcm tak diperlukan sangat.

jadi, apa yang kami buat dengan bahagian depan rumah?



Tong sampah yang ada dipecahkan. pagar hijau tu nanti akan dibuat tembok. so, gate boleh bukak lebih luas. kene tukar gate sekali sbb gate lama xleh pakai. gate lama xcukup panjang.

kene tempah gate baru. kami pilih design yang simple saja. tambahkan pintu kecil senang untuk kegunaan kemudian hari.

tembok baru betul2 sampai ke bahagian tepi rumah.. memang gunakan ruang semaksimum mungkin sbb nak gate luas. lantai fully simen. nnt ada rezeki lagi, baru pasang tiles.

Tambahkan loceng dipintu masuk.. so kalau tetamu datang rumah, xyah nak terjerit2 panggil.. hehehe.. ting tong kan saja.


Nasib baik saya tak pergi monitor kontraktor buat kerja.. kalau x, sakit mata tengok rumah kene hacked. nasib baik jugak dorang tampal & cat balik dengan kemas.. xnampak kesan kene hacked. 

oh ya, sebagai persedian awal, sesiapa yg nak renovate rumah, rancang dulu apa yg kamu nak untuk masa depan. contohnya, mungkin masa depan kamu nak pasang autogate. tapi budget belum cukup. boleh discuss dengan contractor mintak dorang buatkan wiring utk autogate sekali. nanti ada duit, dah boleh terus pasang autogate.. xperlu dah nak hack sekali lagi utk wiring..

wire masuk bawah tanah rupanya. kesan wiring untuk door bell & autogate serta extra powerpoint/plug.

kami tambah powerpoint/plug sekali. senang kalau nak buat kenduri kendara nak pasang kipas ke, atau apape barangan elektrik lain. tapi dalam kepala saya asyik ingat pakai untuk BBQ je..

itu sajalah setakat ini. ada rezeki lagi, adalah renovation. berdikit2.. tak mampu nak renovate sekali gus sebelum masuk rumah.

07 September 2012

Pengalaman 38 minggu mengandung

(this is an auto publish post)

Salam

Summary pengalaman mengandung.

Treatment dengan pakar sakit puan.

untuk sesetengah orang, nak mengandung, bukan satu masalah. tapi tak bagi kami. lepas 6 bulan treatment secara serius dengan pakar O&G dari Hospital Az-Zahrah, kami ambil keputusan untuk stop treatment & uruskan hal pindah masuk rumah baru. Last makan Clomid bulan 11. bulan 12 tu buat selamba je xmakan apape ubat cuma continue ambik susu kambing blend dengan kurma, habbatus sauda & madu lebah setiap hari. niat, kalau xpregnant pun, xpelah.. makanan ni kan semuanya sunnah Nabi.. Alih2, bulan 1, dpt tau pregnant. Alhamdulillah, tak sangka pregnant secara semulajadi.. kuasa Allah, kan?

kenangan.. tak semua orang ada peluang merasa hidup sebagai TTCian (Trying-To-Conceive)
sampai sekarang xberani nak ambik calculator & totalkan semua perbelanjaan treatment.. takut2 keluar jumlah boleh beli sebijik kete lagi..

The lines


alhamdulillah, double lines! cerita selanjutnya disini.. (malas nak taip sekali lagi)

Alahan/morning sickness

ada! lepas tau pregnant, husband yang kene alahan.. kesian dia setiap hari rasa xsedap badan. bini dia pulak rasa syukur xde alahan sebab konon2 boleh makan semua jenis makanan berkhasiat yang baik utk baby dalam perut.

salah! masuk 8 minggu, husband sihat bertenaga, bini dia pulak dapat hobi baru. muntah setiap kali minum susu! padahal susu adalah bff saya sejak kecik. tapi bukan salah susu jugak. tak minum susu pun boleh muntah.. ikut suka hati dia nak muntah pagi ke, petang ke, atau malam. kesannya, berat badan turun 3kg! Tahniah! kene bebel dengan nurse. tapi doktor kata normal kalau 1st trimester berat turun sbb morning sickness.. tapi jgn turun melampau sgtla..

Alhamdulillah, masuk minggu ke12, sudah mula rasa nikmat makan.

Mengidam

Xde pulak mengidam yang susah2 nak cari atau pelik2. yang paling susah pun mengidam burger bakar. nak burger bakar kedai tu jugak. kedai lain, xmo. terpaksalah husband beratur 2 jam dalam hujan utk beli sebijik burger bakar. xpelah, kata anak bersama.. sama2lah bersusah payah, ye x?..hehehe

orang yang rajin melayan karenah mengidam saya.. iyelah, kalau bukan ayah Little Caliph sendiri, xkan nak suruh ayah kepada ibu Little Caliph pulak,kan?

tapi time pregnant ni, saya banyak makan di Nando's.. xtahu kenapa suka sangat dengan di peri-peri mild cicah sos garlic tu. tapi husband kata saya lebih banyak makan western food time pregnant ni.

boleh tak, time raya orang semua nak makan ketupat rendang, saya mengidam waffle dari A&W?

GDM

Disahkan ada GDM pada minggu ke 11.. memang keturunan ada diabetis. so, doktor suruh diet. kalau teruk jugak result BSP, doktor kata kene cucuk insulin. Alhamdulillah, berjaya kawal dengan diet saja. takut tau nak cucuk insulin kat diri sendiri..

sebab tak larat nak ulang alik klinik sampai 4 hari sekali, maka husband belikan glucometer. test kat rumah/office sendiri. senang!

Tempat check-up

masa awal2 memang xtau nak deliver kat mana. xkan nak g Az-Zahrah balik kot. jauh tu sampai ke Bangi.. jadi bukak je buku pink kat klinik gov. kata orang klinik gov check up dia lebih details. masuk 29 minggu, baru pergi register kat hospital untuk bersalin. dalam masa yang sama, pergi klinik gov utk inform nak stop check up kat sana sbb nak follow up terus dengan hospital je.. penat nak ulang alik 2 tempat.

biasanya sepanjang check up kat klinik gov, saya pergi sendiri. pergi seorang je.. drive sendiri. husband pernah temankan sekali je tu pun masa minum air gula. sy rasa rugi sangat husband teman sbb bukan dapat masuk pun masa check up. kene tunggu luar. tapi masa check up kat hospital, mmg xpernah missed dia temankan.. kat hospital, boleh masuk sekali, tgk scan sama2, dengar consultation dari doktor sama2.. syok!

Kaki Sembab

Alhamdulillah, kaki xsembab. mungkinlah sembab sikit kot, tapi mmg xnampak pun.. ramai tegur tanya "kaki elok je ye, xsembab or bengkak?" Alhamdulillah.. jadi xde gambar kaki sembab yang boleh dijadikan kenangan.

Gastric

disahkan dapat gastric masa minggu kedua berpuasa. sakit ulu hati sepanjang minggu pertama puasa.. ingatkan perkara biasa utk pregnant women.. bila pergi routine check-up, mengadu kat doktor. rupanya gastric. so, doktor nasihatkan kene makan banyak2 waktu sahur.. kalau sakit jugak, dinasihatkan berbuka puasa sebab takut effect baby dalam perut. doktor juga kata, lagi bahaya kalau sampai muntah.

jadi, puasa penuh tahun ni musnah.. sebab seminggu direct xpuasa. baru pukul 11, ulu hati dah pedih mencucuk2 sampai rasa nak muntah.. haruslah berbuka puasa & makan ubat gastric.. owh.. sungguh menderita kene gastric masa mengandung.. sebab xdapat nak urut2 perut dengan minyak panas.

simptom mengandung yang biasa orang ada, tapi saya xada.

Kuat tidur.
biasa dengar orang mengandung cepat mengantuk & kuat tidur. tapi saya x. tidur biasa je maintain pukul 12 malam. walaupun masuk tidur pukul 10 malam, tapi mata terkebil2 takmo lelap.

eat for two.
pun takda. makan masih dalam portion yang sama waktu xpregnant. selera makan saya xberubah pun. cuma kadang2 tak lalu nak makan, adalah. berat asal sebelum pregnant 57kg (ni pun sebab makan Clomid, berat naik tiap bulan). habis 1st trimester, berat turun 3kg jadi 54kg. dari 54kg, sampai sekarang dah 60kg. jadi total kenaikkan berat badan, 6kg.

dengar orang selalu naik berbelas kg, rasa diri xnormal ke? bila tanya doktor, doktor kata xperlu risau. yang penting berat baby naik & InsyaAllah sihat.

sakit breast.
Masa on Clomid dulu, tiap kali nak dekat2 period mesti sakit breast. sampai dah terperasan pregnant padahal x. tapi bila mengandung, xde pulak sakit.

jeruk/asam
dari kecik memang dilarang tegas oleh ibu untuk tidak makan jeruk mahupun segala jenis asam. bila orang offer, saya katakan saya xmakan jeruk. mesti orang akan kata "kau tunggulah time ko mengandung nanti, mesti benda ni yang ko cari". Alhamdulillah, sampai sekarang, xpernah lagi makan jeruk.

Kelas Antenatal

masa 1st check up & register kat Columbia, customer service dia ada infrom pasal antenatal class (kat sini dorang panggil ParentCraft), konon awal sangat nak register.. hold dulu. sekali bila nak register, dah full. next class bulan oktober. kirim salam jelah. dah beranak kot time tu.

terpaksalah mengagau cari tempat. last2 dapat gak g Columbia Setapak punye class.. tu pun pergi masa dah 33 nak masuk 34 minggu.. xpelah, janji pergi untuk sedapkan hati walaupun selalu tertanya2 tah ingat tah tak semua teknik2 pernafasan ni. yelah, dah sakit nak beranak, takut lupa je. so, paksa husband ingat sbb nanti nak suruh dia ingatkan dalam labour room..=)

Cramp kaki

agak jarang kene cramp kaki. rasanya sepanjang pregnant ni kurang dari 5 kali kot. tapi time kene cramp tu, biasanya tengah malam atau awal pagi, terus picit tangan husband. xkeluar suara pun. hehehe..sakit sangat kot. husband bangun terkejut, terus duduk tegak tolong urut. kejap je cramp ni.. xsampai 5 minit dah ok.

itu je lah kot yang boleh diringkaskan pasal pregnancy saya yang pertama ni.. doakan kami selamat & baik2 saja ya..



05 September 2012

mundar mandir hadap contraction..

salam..

update dr columbia asia..

doakan kami dipermudahkan untuk lahirkan little caliph.. moga dipendekkan masa proses bukaan n melahirkan..

 terima kasih..

got several post yg akan jd autopublished post..

03 September 2012

feeding bottle : perlu ke beli set newborn & sterilizer?

Salam

Perkembangan mengandung 37 minggu ada dalam blog Little Caliph.. malaih aih nak tulis sekali lagi..

Selasa lepas, kami berdua cuti sbb ada check-up.. jadi ambik kesempatan pergi shopping sekejap untuk lengkapkan barang2 keperluan Little Caliph. dah nama pun hospital tu sebelah JJ Cheras Selatan. tiap kali habis check-up, mesti singgah JJ.

Senang hati bakul ni dah penuh.. kadang2 barang2 remeh temeh mmg selalu jadi last item yang dibeli.. mcm botol spray air tu.. baru nak pergi beli. Tungku baby, ibu kata xyah beli.. mengarut je.. boleh buat sendiri katanya.. just letakkan beberapa rempah & bunjutkan saja..

Ambik kesempatan juga untuk basuh & sterilized botol2 susu.. sebelum ni, memang excited pasal bab botol susu.. maklumlah, 1st time kan? tapi nasib baiklah tak terpengaruh dengan strategi marketing jenama2 botol susu.. eh?



mula2 memang asyik dok usha pelbagai brand & fokus pasal set newborn. konon2 senang, mudah, lengkap. last2 bila baca review kawan2 diblog pasal pengalaman mereka dengan botol susu anak, baru ambik keputusan yang sebenarnya set newborn tu bukanlah keperluan & pilihan yang bijak sangat.

jadi kami ambik keputusan untuk mulakan dulu dengan botol Avent. beli 2 botol 4 oz je dulu.. baby kecik, rasanya xdelah minum lebih 4 oz sekali menyusukan? itu pun kalau baby nak dan sesuai dengan botol tu.. buatnya dia nak brand lain, ha, kan dah membazir kalau beli 1 set brand yg sama..

botol banyak2 tu, sebenarnya utk EBM Storage nanti.. yg feeding bottle nya 2 je..terpaksa buat 2 kali sebab besen besar sikit xde..dah packing masuk kotak nak pindah.


saya hanya basuh je.. husband yang tolong sterilized kan semua botol2 tu.. nnt dah bersalin, kene sterilize sekali lagi.. so, bagi chance husband belajar pakai sterilizer.. hehehe.. tapi serius, senang pakai sterilizer ni.. tapi kalau nak pakai cara konvensional pun, boleh je.. just sediakan 1 periuk khas untuk rebus botol2 susu ni mcm mak-mak kita dulu.

sekarang hanya berdoa banyak2 agar dimurahkan rezeki untuk menyusukan Little Caliph sampai 2 tahun.. Amin..