31 October 2011

cara terbaik menyimpan kuali dan periuk belanga

Hi!

sesiapa ada idea best x tentang cara2 penyimpanan kuali dan periuk belanga?

Selama ni, semasa dirumah sewa kami, saya hanya simpankan kuali dan periuk belanga dibahagian bawah sinki. saya hanya letakkan 1 besen besar dan letakkan kuali secara bertindih dalam besen tersebut ikut saiz.

Ala, rumah kami pun mmg ada 3 kuali je jenis macam ni. yg paling besar adalah paling jarang guna. guna time ada org datang rumah je sbb masak banyak. biasanya kalau makan berdua, kuali paling kecik je dah cukup. yg sederhana besar tu pun pakai bila nak goreng nasi, mee atau mihun.


untuk 2 jenis kuali mcm ni pulak, saya hanya hang kan je kat dinding sinki bersama dengan sudip2 yg lain. jadi, untuk rumah sendiri nanti, saya sedang memikirkan cara yg paling praktikal utk penyimpanan kuali dan periuk belanga. gambar2 di atas adalah dari google.

setelah mencari2 idea, saya dapat seperti ini

gantungkan macam ni. cantik memang cantik kalau kuali berkilat macam dalam gambar. dan agak semak jugak sbnrnya kalau dapur kecil. mungkin idea mcm ni smart utk dapur yg ada island macam ni,


atau mungkin idea menyimpan kuali dan periuk belanga didalam kabinet seperti dibawah ini,



ok jugak. lebih kemas dan taklah ruang dapur nampak semak. tapi kene luangkan masa utk lap kuali yg dah dibasuh sebelum simpan dalam kabinet. agak leceh pulak bagi saya.


Semalam ada cadangkan pada suami nak beli rak macam ni yg biasa jumpa kat IKEA utk letak kat dapur. tapi cadangan letak rak macam ni telah di tolak.


bingkai kayu macam ni pun bagus juga. multipurpose. boleh hang apa saja. apron, bekas simpan plastic bags, tudung saji, tali rafia utk ikat makanan, getah sayur, macam2lah..

tapi, saya palingggg suka idea kat bawah ni,


nampak stylo, kemas, jimat ruang sbb hanya sediakan 1 sudut je dah dapat hang semua periuk & kuali. letak belakang pintu dapur pun ok. mana nak carik? ada sesiapa tahu x? please...

Oh ya, pukul 12 malam ni, URL blog ni dah bertukar ya..

29 October 2011

calligraphy sebagai dekorasi bilik pengantin

Hi semua!

Yup! Calligraphy sebagai dekorasi. samalah seperti kita menggantungkan frame ayat2 Al-Quran di dinding, kan?

Majlis Kahwin Adik : sedang bereksperimentasi dengan proses membuat bunga. sedang memilih bunga apa yg sesuai selain dari bunga stokin & bunga dip. yang pasti, majlis kali ini juga ibu saya mahukan DIY.

28 October 2011

aik.. kau xjadi kawin dgn si A ke?

Salam


Entri ini ditulis pada 8 Julai 2010


ini berdasarkan pemerhatian saya & pendapat secara peribadi sahaja..bila ikatan pertunangan dijadikan 'tiket' untuk berlagak macam dah jadi suami isteri. pihak keluarga pulak seolah2 macam menyokong sangat. saya bercakap berdasarkan pemerhatian terhadap senario sekarang ni. memanglah tahu yang kamu berdua tu dah bertunang. walaupun lagi sebulan je lagi kamu nak kahwin, tapi itu bukan alasan utk kamu menghadiri majlis kawin saudara mara tunang kamu & kemudian berkepit sakan tak ingat dunia dalam majlis berbentuk kekeluargaan macam tu.

ok, kalau di jemput, memang wajib kamu hadiri. tapi tolonglah jaga sikit adab sopan tu. majlis kahwin ni, ramai saudara mara hadir.. jiran tetangga..sahabat handai..semua memerhati. tak eloklah kan?macam trend pulak sekarang ni kalau pergi majlis kawin, angkut sekali girlfriend/boyfriend. pastu tanpa segan silu pergi kenal2kan girlfriend/boyfriend tu kat semua. 'inilah bakal tunang saya'.. 'sayang, kenalkan ni maklong'.. tak sah kalau baju tak sedondon.. 

dari mula majlis sampai akhir, tulah kerjanya..berkepit & kenalkan kat saudara mara.. ini majlis kahwin orang lain. bukan majlis kamu. majlis kahwin ni utk meraikan pengantin baru. utk saudara mara berkenalan dgn pengantin baru.. pengantin yg dah sah lafaz ijab kabulnya. bukan BAKAL tunang/pengantin macam kamu.yang kamu pulak sibuk2, tak malu ke?

tu baru bakal tunang dah sibuk heboh2..berkepit2..walaupun majlis tunang kamu keesokkan harinya pun, but stil tak manislahkan dalam majlis kawin orang, kamu buat macam tu. hormat sikit majlis orang. bersabar sikit.. jangan nampakkan sangat kamu tu gelojoh bebenar nak bertunang/kahwin..MALU.. nanti majlis kamu sendiri, hah ambik!..nak bawak keliling kampung utk kenalkan pun takpe..sbb mmg dah jadi pengantin. layak utk dirai dan dikenalkan.

yang saya pelik, makbapak pun mcm tak kisah bila anak buat macam tu. Ibu saya memang cukup PANTANG anak2 dia bawak girlfriend/boyfriend or berkepit dgn tunang macam tu kat majlis kawin orang. sampai saudara mara saya semua kata saya 'sorok' Incik Asben=) yelah sebab tak pernah bawak Incik Asben datang ke majlis kawin saudara saya sebelum kami bertunang..tapi best jugak..bila hari saya bertunang, ramai saudara mara dok berteka teki yang mana satu Incik Asben=)

harap takde yg terasa hati dengan ape yang saya tulis kali ni. kalau ada, saya mohon maaf. ini just pandangan peribadi saya je. kalau kamu ada reason sendiri atau pandangan & pendapat yang berlawanan dari saya, tak mengapa.. masing2 ada cara berfikir kan?

tapi, kalau kamu datang dan mengadu kat saya betapa kamu berkecil hati, marah, geram & sedih bila kamu hantar kad jemputan kawin kamu, & orang yang menerima kad kamu bertanya,"aik, kenapa nama pengantin ni lain? bukan nama A..kau tak jd kawin dengan si A ke?weh, ape citer?"

inilah sebabnya kenapa saya tak begitu gemar dgn trend berkenalan dgn saudara mara sebelum berkahwin ni..cukuplah sekadar kenal makbapak je dulu.. kalau tak jadi, sapa yang malu?dan atas sebab sama jugak kenapa gambar2 masa saya bertunang dulu tak pernah di upload dalam friendster *masa tu takde facebook*.. dan kenapa saya takut nak albumkan gambar tu.. just ambik softcopy je.. skrg bila dah kawin, baru terhegeh2 nak buat album bertunang dari softcopy tu.. photobook malaysia kan ada=)

cuak beb! kalau tak sampai ke ijab kabul, mau meraung bakar album bertunang.. byr photographer ratus2/ribu2, bkr mcm tu je? marah & kecewa punye pasal..ye dak?

27 October 2011

kita dari planet yang berlainan

Salam


Entri ini ditulis pada 18 Februari 2010


Lately saya suka baca blog2 bride-to-be..macam happy gila baca their excitement preparing their wedding stuffs..sharing their ideas.. they also asking for opinion from the blog readers and sometimes I’m giving my two cents opinion too=) mcm seronok tau..

saya dah lalui proses persiapan perkahwinan...now, the experiences & kenangan itu jadi sesuatu yg terlalu manis bila dikenang.. saya pun ada blog kahwin sendiri..mula-mula nak setup the blog, always wondering if people salah anggap..ingat saya nak show off, sibuk pong pang pong pang mencanang hal preparation kawin kat 1 dunia maya.. keep asking myself ok ke tulis blog ni, ada ke orang nak baca, etc..etc..But I buat jugak=) tu pun 2 months before the Big Day..of course la masa tu 80% preparation dah complete.. in my mind, as long as niat kita positif, teruskan.. 


takpelah kot if blog tu sekarang dah outdated sikit..mungkin boleh share dgn bride-to-be lain..spjg tahun ada orang kawin..so blog pasal wedding agak reasonable utk sepanjang tahun, kot?

Rupa2nya ramai bride-to-be buat blog..haih~~kalaulah saya discovered them earlier~~…senang sangat..dapat tau all the vendors siap dgn testimonials..banyak sangat info berguna..

Dan dalam banyak2 blog kawin, saya tak pernah pun terjumpa dgn blog kawin yg penulisnya adalah lelaki..kiranya macam tak pernah jumpa blog groom-to-be..agaknya mcm mana ye groom-to-be buat preparation?or dorang lebih selesa serah bulat2 pada mak & kakak or adik perempuan ataupun biarkan the bride-to-be pening & stress sorang2?Kalau saya terjumpa blog groom-to-be, sure saya peminat nombor 1 blog tu =)

Kadang2 terfikir, adakah orang perempuan ni yg suka sangat hal2 terlalu details atau orang lelaki memang malas nak fikir dalam-dalam?

ApaApeJeLah Bersemangat utk post-wedding photo shoot.. keep asking Incik Asben to give some ideas..& selalu nak cari2 baju sedondon..last Incik Asben kata “pakai jelah apape baju yg ada”..terbantut terus otak I dari berfikir pasal photo shoot tu=( mungkin saya patut baca sekali lagi buku Men Are From Mars, Women Are From Venus karya John Gray..

25 October 2011

Melayu Kontemporari

Salam

After berbual2 dgn adik, dia mintak suggestions lain selain tradisional sebagai tema. tapi dia tetap nak pakai songket. jadi saya rasa kita tukarkan je tema kepada "Melayu Kontemporari". Amboi!! hahaha..

Kontemporari kalau dlm kamus bahasa bermaksud 'semasa', 'kini'. Jadi senanglahkan sbb Melayu Semasa/Kini.

Mana yg kami mampu realisasikan, InsyaAllah kami akan cuba setakat yg termampu. mana yg susah & xdapat nak buat, kami cari alternatif lain memandangkan temanya adalah Melayu Kontemporari.

24 October 2011

Double standard?

Salam 

Entri ini ditulis pada 28 September 2009..

Saya dah siapkan lebih kurang 500 pcs of handmade doorgift for my Big Day. TIDAKLAH SECANTIK OR SE’GRAND’ MANA,TAPI IA IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA..Masih kekurangan beberapa ratus pcs..rasa2 macam dah tak larat nak buat..then inform kat big boss (my father la kan) that I decided to buy the readymade doorgift yang berlambak2 boleh jumpa kat Jalan TAR or Nilai 3. In fact, saya dgn pandai2nya dah beli 400pcs of readymade doorgift sbb terpengaruh dapat harga murah gile masa bershopping di hari raya! *orang raya, I sibuk bershopping kawen bersama En. Tunang..kedai lengang gile takde orang* Then I wish to have VVIP doorgift too. Kebiasaan orang kahwin bagi something special utk orang2 tertentu (VVIP guest).


But big boss said:“kalau boleh, doorgift yg nak bagi kat tetamu biar sama..semua orang dapat yang sama..bagi yang mana mampu kita bagi..no double standard..jgn nak buat mcm2 doorgift untuk mcm2 kategori tetamu..tak elok..”


“cuba fikir ape perasaan orang bila tgk orang ni dapat yang besar, cantik n mahal..tapi orang ni pulak dapat yang kureng skit..bagi sama adil..jgn memilih orang..jgn memandang orang2 tertentu..jgn meng’kategori’kan orang2..pada hal semua tetamu tu adalah saudara mara kita,kawan2 kita..kenapa nak beza-beza kan?”


DIAM..ya! saya hanya diam sebab mmg betul! Saya tak fikir pun itu semua..yg saya fikir,saya mahu semua gembira dgn majlis tersebut..tanpa sedar,membeza-bezakan doorgift hanyalah satu trend yg boleh membuatkan orang terasa hati, berkecil hati dan bersedih hati!

Hint disini : saya akan kembali sibuk bersengkang mata membuat doorgift dgn lebih byk lagi supaya semua boleh dapat yang sama..saya cuba ya! Tapi apa saya patut buat dengan 400pcs of readymade doorgift hasil dari ketidaksabaran *or sebenarnya hasil terover excited?*  saya itu?

21 October 2011

fesyen tudung kahwin

Salam Jumaat

Entri pendek hari ni sekadar buat peringatan kepada semua termasuk diri saya.

Dalam sibuk mencari fesyen terkini utk tudung nikah atau sanding mahupun bertandang, janganlah sampai kita terlupa pada maksud dan tujuan kita bertudung itu sendiri. jangan sampai menyerupai sesuatu agama/kaum yang lain.


Mohon lebih berhati2 ya kawan2..

hari besar saya

Salam


Entri ditulis pada 17 Ogos 2009..


Semalam, adik beradik abah dan adik beradik ibu berkumpul di rumah sewa saya for kenduri arwah dan bacaan tahlil. Kami turut solat zohor berjemaah. Menu yang dimasak oleh ibu for the kenduri adalah nasi putih, gulai tempoyak, kari ikan talang masin, dan ayam goreng berempah. Mak Su saya bawa ayam merah dan kuih kole kacang. Makngah saya masak sayur campur dan pudding custard. Maklang bawa cempedak goreng. Mak uda bawa kek buah buahan. Ibu juga tempah curry puff dan kuih seri muka dari seorang jiran. 


Selesai kenduri, semua pun berbincang mengenai ‘hari kenduri besar’ saya nanti. Menjadi rutin keluarga besar kami mengadakan mesyuarat demi mesyuarat sempena ‘hari kenduri besar’ dikalangan ahli keluarga dan kami seakan2 sudah faham dengan tugas masing2 pada hari tersebut. Saya bersyukur mempunyai keluarga besar begini. Sering kali juga mendengar adik beradik atau makcik2 dan pakcik2 yang kurang/tidak memberikan kerjasama apabila terdapat ahli keluarga yang mengadakan ‘hari kenduri besar’. Ada yang bukan setakat kurang/tidak bekerjasama,malahan sukar untuk menghadirkan diri. Mudah2an saya terhindar dari keluarga begini.


Memang sekarang sudah kurang/jarang dengar acara rewang2 masak beramai2 sebab dah ramai guna khidmat catering, tetapi saudara mara masih lagi diperlukan bagi membantu kelancaran majlis. Saya suka ‘hari kenduri besar’ sebab masa ni la nak jumpe dan meluangkan masa bersama sanak saudara. Saya akan pastikan saya dapat menghadiri setiap ‘hari kenduri besar’ keluarga. Tetapi kadang kala tidak dapat menghadirinya sebab perlu bekerja.


Pendek cerita, selepas perbincangan yang masih di peringkat awal semalam, saya dapati begitu banyak rama-rama beterbangan dan membiak di dalam perut! 


Berdebar-debar…
Kang chong…
Nervous…


Mudah2an segala2nya berjalan lancar. Maklumlakan ini first time ibu dan abah kahwinkan anak..

19 October 2011

kursus kahwin sangat best untuk mereka yang tak sabar ingin berkahwin

Salam

Entri dibawah ini saya tulis pada 7 April 2009.

saya telah menghadiri kursus kahwin selama 2 hari di Zura's akademik. sebelum ini dibayangkan menghadiri kursus adalah sangat membosankan sebab kena dengar ceramah yang boleh membuatkan diri anda menguap sehingga terasa rahang mulut anda hendak tercabut. tapi, ada beberapa faktor yang boleh menjadikan kursus tersebut menarik dan diingati selama-lamanya.



sebabnya:

1. anda sangat-sangat teruja untuk berkahwin (melainkan pasangan anda adalah pilihan keluarga*kahwin paksalah* )

2. penceramah sangat sporting dan sempoi (saya sangat suka ceramah yang diberikan oleh Ustazah Zawiyah & suaminya, Ustaz Che Hashim*tak pernah sekali pun saya menguap ketika mendengar ceramah mereka sebaliknya air mata saya mengalir keluar kerana kegembiraan-sangat lucu dan sungguh berkaitan dengan realiti* )

3. ada selebriti yang hadir bersama dalam kursus tersebut * Darling Ngasri & tunang bersama saya dalam kursus tersebut*

4. diberikan panduan yang lengkap dari A-Z untuk proses perkahwinan menurut undang-undang di Malaysia.

ada seorang Ustaz memberikan saranan yang saya sendiri pun xpernah terfikir sebelum ini. lebih kurang begini beliau berkata:"zaman sekarang ini orang sibuk memberikan beg tanganlah, kasutlah, perfumelah, apa-apa sajalah*saya akui ini adalah benar sebab semua barang-barang tersebut dah termasuk dalam list hantaran saya* "cubalah bagi untuk dulang pertama, Al-Quran, dulang kedua, tafsir Al-Quran, dulang ketiga, hadith Nabi, dulang keempat, sirah Nabi & Rasul, dan seterusnya sampai cukup untuk 1 mini library dirumah kamu bila dah kahwin nanti *gulp- saya tidak terfikir ini*

11 October 2011

Majlis Adik : Baju Pengantin

Salam

Ok, adik nak kawin, kakak dia yg over excited! siap mimpi adik berarak masuk dgn si cilik didepan pakai baju kurung plain, berkain batik & siap dgn cucuk sanggul menabur2 hirisan daun pandan dgn aroma air mawar. paling xboleh tahan, tah kenapa dlm mimpi tu seperti cerita P.Ramlee.. Hitam putih! hahaha.. tema tradisional yg di request mcm amat2 berkait rapat dgn cerita2 P.Ramlee..

Bila dah ada tema, barulah boleh difikirkan color2 utama yg memainkan peranan utk menghidupkan tema tersebut. saya ada baca dlm 1 artikel (mcm biasa, selalu lupa dari sumber mana), kebanyakkan orang terlalu ghairah dalam menentukan tema sesuatu majlis perkahwinan berdasarkan kepada warna. dan kebiasaannya warna tema yg dipilih terdiri dari 2 warna. bila sesuatu majlis terlalu terikat dgn warna2 tertentu, dikhuatiri suasana nampak 'kaku'.

Dalam artikel tersebut ada bagi sedikit panduan pasal tema. sbnrnya kita harus tetapkan dulu konsep perkahwinan samada mahu tradisional, modern, balinese, javanese, arabian, gardens, etc. bila dah ada konsep yg diinginkan, barulah dipilih warna2 yg melambangkan atau dapat memainkan peranan utk menonjolkan konsep yg dah dipilih.

Saya sedang memikirkan warna2 yg sesuai utk menghidupkan suasana majlis perkahwinan melayu tradisional. agak susah sbb saya kurang minat sikit dgn konsep ini.. rasanya kamu semua boleh agak yg saya lebih minat kepada yg moden & lebih kepada konsep gardens. sama jugak dgn ibu saya. siap nak pujuk adik saya supaya tukar konsep memandangkan dia dah spend RM utk 1 set pakaian yg sesuai dipakai utk majlis kawin dia nanti.

tapi sesuatu yg pasti, utk kelihatan benar2 seperti raja & permaisuri, haruslah baju kawin kena pakai songket warna kuning di raja!

Kuning diraja mcm baju kawin aqasha. gambar dari google.

Baju Kurung Pahang. Nampak klasik & elegen. Yg penting, sopan & xterlalu ketat ikut bentuk badan.


Kebaya Labuh

Untuk baju kebaya labuh dlm gambar diatas, kami dah tak perlu bimbang tentang aksesori sekiranya adik saya ingin menempah & bukan sewa dari kedai. semua aksesori lengkap maklong saya dah ada sbb masa anak dia kawin haritu, dia beli di Jakarta. skrg kalau ada saudara mara nak kawin, boleh pinjam.

kalau tgk potongan kebaya labuh ni, amat sesuai utk orang macam saya. badan bentuk pear.. hehehe, kene admit potongan badan bukan cun sgt mcm model. untuk bakal pengantin nanti, ok, kita perlu tanya dulu cita rasa dia mcm mana.

Ok, sekian utk idea baju hari ini=)

05 October 2011

Mencari Cak Lempung..

Salam

Bila dah betul2 pasti perkhabaran ini, InsyaAllah, blog ini akan kembali memaparkan idea saya, ibu saya & adik saya mengenai majlis perkahwinan yang bakal berlangsung dlm keluarga kami. Jika telah tertulis jodoh mereka, sampai masa yg sesuai, InsyaAllah akan diadakan majlis walimah mereka.

Bakal pengantin dah bagi hint nak tema tradisional. perkara pertama muncul dlm kepala otak saya ni ialah nak carik Cak Lempung! hahaha.. Boleh?=)

04 October 2011

Al-fatihah..

Salam

Takziah diucapkan buat keluarga pakcik Emoon. pakcik Emoon ni adalah jiran mertua saya dikampung yang telah kembali  ke rahmahtullah minggu lalu akibat paru-paru berair. semasa majlis kami dulu, pakcik Emoon telah berbesar hati menawarkan rumah beliau sbgai persinggahan sementara utk pengantin bersiap2 & keluarga saya berehat2 sebelum & selepas majlis.

Dalam kenangan.. Pakcik Emoon kiri sekali.. Beliau merupakan antara orang kuat dlm bab memasak bila kenduri kendara dikampung. even kami suami isteri pernah curik2 tengok arwah masak nasi minyak sbb nasi minyak dia sedap berderai & nasi x berketul2 mcm selalu kita jumpa.


Rumah pakcik Emoon ketika majlis saya. kami di hidangkan dengan pau, karipap & minuman.

Ucapan takziah jugak buat keluarga mak andam kampung. saya xpasti nama sebenar sbb biasa panggil mak andam je. punca kematian tak dapat dikenal pasti. sakit misteri katanya. actually arwah mak andam bukanlah org yg make-up kan saya masa majlis kami di kampung. kami hanya menyewa pelamin saja dari beliau.

Pelamin semasa majlis saya dulu.

Al-Fatihah..

03 October 2011

pabila mengandung menjadi perkara wajib bila dah kahwin..

Salam,

Anak.

Topik seterusnya yg hangat sebaik saja selesai majlis kahwin. walaupun saya tak pernah menulis mengenai hal ini, tapi percayalah saya sendiri tak pernah terlepas dari melalui soalan2 cepumas pasal hal ini.

bagi saya, mudah. belum sampai masa yg sesuai & terbaik utk kami mendapatkan cahaya mata. bukan merancang. kami lebih suka secara semulajadi.. tidak merancang utk tidak mengandung & tidak pula terlalu merancang untuk mengandung. sbb sebaik2 perancangan adalah dari Allah yg Maha Mengetahui.

Kami gunakan masa & peluang semasa masih berdua ni sebaik mungkin. mengatur dan merapikan lagi hidup kami berdua. bagi saya, ada banyak hikmah tersembunyi. sebelum berkahwin,saya xpernah terfikir kami akan dapat tinggal sebumbung sebagai suami isteri. kami bersetuju utk melayari rumahtangga kami secara jarak jauh (PJJ) tapi Allah makbulkan doa kami. sebulan saja PJJ, suami saya dpt bertukar ke KL. Alhamdulillah..

Saya redha. Tuhan kurniakan saya seorang suami yg baik utk sentiasa menemani saya disisi. jadi, kami diuji dlm soal mendapatkan zuriat. ini semua ada hikmah yg tersembunyi. jika Tuhan sentiasa memakbulkan doa saya dengan cepat, pasti saya akan lebih cepat terleka dgn kurniaanNya. Allah Maha Penyayang.

Macam saya pernah cerita dulu, saya bukanlah seorang yg mahir dlm bab memasak. tapi berbekalkan usia perkahwinan yg hampir melangkah ke tahun kedua ni, Alhamdulillah, skil memasak dapat ditingkatkan & dah tak perlu risau kalau2 keluarga mertua serta ipar duai dtg bertandang utk makan tengahari atau makan malam. saya rasa ini  antara hikmah yg diberikan Allah. kalau saya ada anak, mesti sy akan sentiasa menjadikan 'menjaga anak kecik' sbgai alasan utama utk mengelak dari membuat kerja-kerja rumah baik dirumah sendiri mahupun ketika pulang ke kampung utk kenduri kendara.

Kami suami isteri bukan berasal dari keluarga yg berada. kami harus bekerja keras dlm mengukuhkan ekonomi kami. Alhamdulillah, Allah berikan kami rezeki dalam bentuk yg lain. tak pernah terbayang utk kami memiliki rumah sendiri dgn kapasiti 4 bilik tidur seawal usia kami begini. saya percaya, jika Allah berikan kami rezeki dgn rumah sebegitu, InsyaAllah Allah akan kurniakan kami cahaya mata utk menghuni & memenuhi rumah tersebut. dengan syarat jgn pernah putus berusaha, memanjatkan doa & bertawakal padaNya.

Soalan2 yg menjengkelkan mengenai isu anak ni mmg xboleh nak lari. nak emo lelebih pun buat penat badan je kan?=) jadi kita berfikir secara positif saja.

Mungkin selama ni kita suami isteri PJJ & belum dikurniakan anak sbb Allah uji kesabaran kita & sejauh mana kita berusaha utk tinggal bersama sbgai suami isteri mcm yg sepatutnya. Mana tahu berkat usaha, kita dah tak perlu PJJ & bakal anak kita berpeluang merasai kasih sayang dari kita suami isteri sejak dlm kandungan lagi? takdelah kita mengandung bawak perut tanpa suami disisi.

jgnlah pulak kalau ada pembaca yg PJJ & tgh mengandung atau pernah mengandung sewaktu berPJJ salah faham pulak dgn kenyataan saya di atas. setiap perkara ada hikmah. Tuhan berikan kamu rezeki mendapatkan zuriat supaya terubat sedikit kesunyian kamu. mana tahu tertulis rezeki dengan lahirnya anak tu, kamu dah tak perlu berPJJ. Allah Maha Adil. Ingat tu.

ini jelah sedikit sebanyak yg boleh saya kongsikan bersama mengenai isu anak ini.

jgn kita terlalu mengharapkan sesuatu yg belum ditakdirkan utk kita, sampai kita mengabaikan apa yg telah kita ada. Jaga kerukunan rumahtangga. jgn sampai kita terlupa hal itu dlm keghairahan utk mendapatkan zuriat.

Mulut org, mmg kita xboleh nak tutup. Mengandung awal/bunting pelamin pun org nak soksek soksek duk kira kita ni mengandung sebelum nikah atau selepas nikah (-_-"). Mengandung tapi gugur, pun nak sibuk2 jugak membebel kenapa xjagalah, apalah..macamlah dia lebih berkuasa dari Tuhan.. Lambat mengandung dituduh pulak menolak rezeki dgn merancang atau paling teruk, dituduhnya mandul!

so, kawan2 ingatlah kata2 ini..

IF ALLAH ANSWERS YOUR PRAYER,HE IS INCREASING YOUR FAITH
IF HE DELAYS, HE IS INCREASING YOUR PATIENCE
IF HE DOESN'T ANSWER, HE HAS SOMETHING BETTER FOR YOU.. 

Sekadar berkongsi rasa=)