25 May 2013

Mengdambakan Husnul Khotimah

Salam

Al-fatihah buat Abah tercinta.

17 Mei 2013
7 Rejab 1436
Jumaat
5.35 petang.

Alhamdulillah, selamat dikebumi secepat yg mungkin seperti yg pernah dipesan & diajarkan abah.
"Segerakan pengkebumian jenazah. jangan seksa jenazah"
itulah yg berulang kali dizikirkan pada kami adik beradik setiap kali kami menerima berita kematian.

Semua anak2 abah ada kecuali adik saya yg masih menuntut di UUM. Alhamdulillah, anak2 abah telah dididik sebaik mungkin. adik saya redha & pesan utk terus uruskan jenazah.

sebelum maghrib, jenazah dibawa ke surau. dimandikan & dikafankan selepas solat maghrib. disolatkan selepas solat isya' & terus dikebumikan. seperti yg selalu diceritakan abah, dia mahu anak2 lelakinya yg membawa jenazahnya. sehingga ke liang lahad yg turun masih lagi 2 anak lelaki abah & suami sy yg merupakan satu2nya menantu lelaki setakat ini. 

lebih kurang pukul 10 mlm selamat dikebumikan. adik sy sampai kl dari UUM pada jam 4.30pg menaiki bas kerana tiada flight direct ke kl (kawasan kecil, jd flight sehari xbyk).

semoga abah mendapat kemuliaan Husnul Khotimah yg sering diidam & dilafaz dlm setiap doanya.

genap 38 hari pulang dr tanah suci abah meninggalkan kami. moga kita bertemu di pintu Syurga. 
Amin..

Abah saya pergi meninggalkan kami secara mengejut. jika ada yg bertanya tentang apa sakitnya abah, kami tiada jawapan tepat untuk soalan itu. Maaf.

13 May 2013

anak yg suka berkawan vs yg suka memerap..

Salam

Makngah Ziyad on MHI today. talking about her passion. education +kids= Teach For Malaysia!
Seri ibu mengandung jelas terpancar.

Ziyad manja dengan makngah dia.. kalau tengah tidur, terdengar suara makngah dia, mesti bangun.

tengok! baik punya landing atas perut makngah sambil tgk tv.. sayang, dalam perut makngah  tu ada baby la..
Makngah Ziyad selalu singgah rumah nenek Ziyad after school. kalau makngah xpenatlah or tak banyak kerja sekolah *shuweet makngah hari2 ada homework*

Ziyad mmg rapat dengan semua orang dalam rumah. kalau 1 hari ada salah seorang xdukung or main2 dengan dia, selagi tu dia dok tegur2 orang tu..

Peramah jugak dengan strangers. bawak pergi makan Sushi King, boleh pulak dia tegur seorang budak umur lebih kurang 5 tahun kat seat belakang... nasib budak tu pun ok rajin melayan. sampai mak budak tu kata, maybe Ziyad nak makan sama kot. Sushi? gila ape budak 8 bulan layan sushi? hahaha..last2 bagi makan chawanmushi.. pandai pulak berkerut2 dahi xnak!

bawak jalan2 ke luar rumah, boleh tegur anak jiran yg tgh main dengan opah dia dalam rumah.

paling suka pergi kenduri kendara. ramai orang.. kembang kempislah hidung ziyad orang duk dukung2 bawak main.

kadang2 bahaya jugak kalau ada anak yg terlalu peramah & xtakut orang.. semua strangers dia anggap good friends.. kalau dah pandai jalan, mmg kene selalu perhatikan dia takut main ikut je tah sapa2.. iya, ada good and bad side utk anak mcm ni.. kalau takut orang pun, xbgs jugak.. asyik nak ngam dengan kerabat dia je..

so, semua benda ada baik & buruk.


10 May 2013

Orang kata, anak penyejuk hati..

Salam

Allahuakhbar Allahuakhbar! Jom solat semua..
Salam Jumaat dari Ziyad, Ibu & Ayah.
Selamat datang Rejab!

09 May 2013

TTC #5 : Makanan Islam : Delima

Salam

Kali ni cerita pasal delima.

Masa 1st visit ke Az-Zahrah, Dr. Fazlina ada pesan untuk amalkan makan buah delima. katanya buah delima bagus utk perempuan terutama ttc. terus keluar hospital, pergi jj & cari buah delima. selama ni tak pernah pun nak makan buah delima. so, mmg xtahu lah range harga berapa. sekali tgk, RM4.50 utk SEBIJI!

Demi zuriat. Beli 2 biji.
tengok buah delima ni pun ada sedikit rupa macam ovari yg didalamnya dipenuhi dengan ovum. SubhanaAllah!
kalau nak tahu khasiat buah delima ni, boleh google. Banyak sangat info boleh dapat.

Husband bagitahu, dulu arwah mak mertua pesan kat husband kalau makan buah delima, kene makan sorang2.. xleh share n kene habiskan setiap butir sebab didalam ribuan butiran kecil tu, terdapat 1 butir adalah buah dari syurga. so, mmg setiap kali makan, makan sebiji terus.

rasa dia not bad lah.. boleh terima.. lagipun, demi zuriat..

so, kami amalkan makan buah ni. bukanlah sampai hari2 makan. kira dalam seminggu tu adalah 3-4 kali makan.

GE13 : ingat nak bawak ziyad tapi ibu saya xbagi. syukur juga xbawak dia. 2008 saya xperlu beratur pun. kali ni, beratur hingga 1 setengah jam! mungkin 2008 saya pergi petang, kali ni saya pergi pagi. takut petang hujan.. lagipun lari kejap sementara ziyad tidur kat rumah.


sampai2 terus terkejut tengok que panjang. xtoleh kiri kanan, terus whats app husband, mengadu! hahaha.. whats app adik di rumah mintak call kalau2 ziyad dah bangun. Alhamdulillah, Ziyad ok je ddk dengan makteh dia kat rumah.. xperlu ibu ulang alik 2 kali.