29 August 2012

Baby Cot, Stroller & Car seat : Perlu atau tak?

Salam

keterujaan sediakan barang baby mmg lain mcm sikit. lagi2 kalau husband asyik bagi green light ambik ape saja untuk baby bila kami shopping barang baby & dia bayar.. memang boleh ambik kesempatan jadi pisau cukur.. hehehe.. tapi mungkin jugak sebab husband tahu isteri dia jenis berjimat cermat & cerewet punya olang sejak belum kawin lagi, tu la sbb dia berani offer.. sebab dia berani jamin, bini dia xkan jadi pisau cukur kot?

memang setakat ni, saya hanya beli barangan asas je.. yang saya rasa saya akan guna masa dalam pantanglah.. tapi still tak tahu ape yg saya rasa perlu tu, sebenarnya penting ke x, kan?

Baju, barut, selimut, towel, napkins & lain2 tu mmglah perkara asas.. dah ready siap basuh pun. tapi dari segi kuantiti samada cukup ke x, atau berlebihan sangat ke, xtahu lah.. xde pengalaman. saya xikut sangat list barang baby yg saya google mahupun yg saya bertanya pada orang berpengalaman.. semua ikut logic & instinct saya saja (-_-")

Baby Cot

Belum beli lagi. tak tahu lagi perlu ke x. bagi husband, dia nak anak dia tidur satu katil dengan kami. wujudkan 'bonding' di situ. tapi saya agak ragu2 sebab saya rasa kami berdua mmg fully utilized ruang yg ada dikatil. mana nak letak Little Caliph? husband kata, xpe nanti dia tukar dari queen ke king! nak jugak (-_-")


menghias bilik baby memang mengujakan..

hamboi! kecik2 dah tidur dalam katil mcm ni, mmg melampau.

katil macam ni, boleh pakai lama sikit sampai umur 4-5 tahun kot?

Stroller

belum beli lagi, tapi akan beli. sekrang baru survey2 je.. tu pun dah pening nak pilih yang mana.

tengah find out ape beza roda 4 dengan roda 3.

Car Seat

Mula2 fikir xnak beli car seat sebab rasa macam membazir je. nanti dah pindah rumah baru, saya & husband akan carpool ke rumah ibu untuk hantar Little Caliph. so Little Caliph saya boleh jaga dalam kereta. duduk seat belakang & baringkan je. sampailah saya terjumpa satu artikel yg menerangkan kepentingan car seat untuk keselamatan anak. ramai ibu bapa take for granted pasal bende ni. just alaskan seat & bagi anak tergolek tidur kat seat belakang. sangat bahaya sebenarnya ok!

sedangkan orang dewasa pakai seat belt, bila tiba2 emergency break, or apape yg xdiingini berlaku, boleh tercampak keluar beberapa meter, inikan pulak anak kecil yg xde apape protection. iye, malang xberbau. walau ikat anak mcm mana sekali pun, kalau nak jadi, jadi jugak. tapi sekurang2nya kita dah ambik langkah untuk minimized kan kejadian tu dari berlaku. jadi marilah kita invest sikit duit beli car seat demi anak. 

mungkin akan beli yg boleh attached dengan stroller. kalau anak tidur dalam car seat, kita hanya perlu keluarkan car seat dari kereta & letak dalam stroller tanpa perlu angkat anak/ganggu tidur anak.


Sesiapa yang ada pengalaman, nak berkongsi dengan saya, amat dialu-alukan..

24 August 2012

Anak Merdeka

Salam


dah 6 tahun kerja.. xpernah terfikir pun nak jadi model. sekali time perut tengah sarat, muka pun dah tak berseri letih puasa & menahan gastrik, designer mintak jadi model bidan terjun. hari Selasa ambik gambar, Khamis dah keluar dalam Metro.

Mana tau, tah2 Little Caliph lahir 31 Ogos. kebetulan ibu jadi model utk promotion merdeka, sekali beranak anak merdeka. Dr. Norshida pun dah masuk kerja time tu.. Little Caliph pun dah 38 minggu. dah full-term.. sedang elok sangat.

Kerja2 ibu pun ibu dah hand over kat Dr. Tini. tinggal nak update sikit2 je lagi terutama post moterm report.

apape pun, mohon dipermudahkan semuanya.. 
Amin..

23 August 2012

Raya seorang ibu mengandung

Salam

beberapa hari sebelum raya, berbuka puasa bersama keluarga besar. keluarga besar disini maksudnya selain ibu abah & adik beradik, termasuk sekali atuk, tunang adik, adik kepada tunang adik & husband. hehehe..10 orang semuanya.

Restoran Cerana. maybe last makan kat sini sebab makanan dah xsesedap macam dulu..

Berbuka puasa Dataran Putra. mula2 plan nak buka puasa di Alamanda sebab nak shopping kat Modernmum. siang tu, pergi hantar cookies raya yang Kak Ros (kawan masa kerja sementara di JKM, 6 thn lepas) tempah. rumah dia kat Putrajaya. sekali semua restoran full house. jadi bukak puasa beli air kat Watson, solat maghrib & tapau Kenny Rogers. Ibu mengandung dah pedih perut gastrik, xleh tunggu lama. dapat order, terus keluar dari Alamanda & lepak kat Dataran Putra. bukak puasa romantik dengan husband pakai cahaya lampu jalan..

Raya tahun ni giliran di kampung husband. hari Sabtu saya dah start cuti. tapi pulang ke kampung petang & sampai sebelum berbuka puasa. siang tu, saya kemas rumah sikit2.. bukan kemas sebab nak raya, tapi kemas untuk berpantang.. hahaha.. kemas almari.. mana baju2 yang nak pakai masa berpantang, saya letak dirak almari atas.. nnt tak perlu terbongkok2 kan? ala, kain batik dengan t-shirt je pun..

Mengemas rumah masa sarat mengandung bukan mudah. kemas 5 minit, 10 minit duduk rehat.. hahaha.. berjam2lah nak kemas rumah comel tu..

berdua di pagi raya. InsyaAllah, tahun depan bertiga pulak. suami berjubah di pagi raya. jubah FIL beli kat Mekah masa umrah aritu. post gambar ni kat facebook. ada kawan cina dari Sabah comment baju kami sama.. haruslah explain kat dia yg ni namanya jubah. nnt dia ingat husband pakai maternity dress saya pulak (-_-")

orang lain bersungguh cari ketupat rendang dihari raya. saya boleh pulak tiba2 mengidam nak waffle A&W? balik KL, terus cari A&W. time nak sesuatu tu, mmg susah nak dapat. kalau xnak tu, ada je depan mata.. mula2 kami ke JJ AU2 Setiawangsa. sbb ada A&W sebelah Pizza Hut. mana tau rupanya dah tutup (-_-") pergi pulak ke Wangsa Walk. mana tau, machine waffle rosak (-_-") terus balik rumah. esok tu baru pegi carik lagi. sampai ke PJ, baru dapat!

masa on the way balik KL, singgah rumah baru. dah siap renovate bahagian depan. selama ni abah dengan husband je yg monitor kerja kontraktor. kali ni makcik cerewet pulak pergi lawat kawasan. kebetulan hujan. dapatlah check sekali samada rata atau x simen yg dorang buat. kalau x ujan, saya ingat nak simbah air je.. penting sbb boleh detect kalau xrata, nnt berlopak2 pulak depan rumah.

tahun ni tak beraya sangat ke rumah orang. banyak duduk rumah je. mana yang jauh tu, saya xdapat pergilah.. sebab takut tengah beraya jauh2 dari hospital, nak terberanak pulak. lagipun saya kene diet & kawal kadar gula. kalau beraya tu, confirm2 air bukan air masak kosong & mesti berais!

beg baby & bag hospital memang dah standby dalam MyVi. so kemana pun saya pergi, mesti kene naik kereta saya. xleh naik kereta husband sbb mcm leceh nak pindah2kan beg standby tu.

itu je lah kot raya kali ni. tiba2 teruja nak pindah rumah!

17 August 2012

Little Caliph dalam perut ibu, dah dapat duit raya?

Salam

Terima kasih kat officemate husband bagi duit raya kat Little Caliph walaupun belum menjengah dunia lagi.
Semoga beliau dimurahkan rezeki.

Sampul duit raya ni kene masuk dalam album Little Caliph ni.. kenangan sampul duit raya pertama dia. 20 tahun akan datang sampul ni dah jadi classic..

08 August 2012

buat ibu mengandung yg mencari baju raya

Salam

Misi mencari baju raya tahun ni bukan mudah. 

eh, sebenarnya salah sendiri xcari awal2. bukan ape, xde semangat nak raya.. lebih semangat nak beranak! hahaha.. time orang sibuk buat persiapan raya sebelum Ramadhan, kami sibuk lengkapkan barang baby.

bila tinggal beberapa hari nak raya ni, baru terasa nak beli baju raya. ingat senang je nak cari jubah je. sekali baru tahu sekarang jubah semua dah berevolusi.. semua ada cutting kat pinggang.. memang xmuat nak masukkan perut ada baby 8 bulan ni.. lepas tu, nak kene bersesak2 dengan orang.. kesian Little Caliph, asyik nak terpenyek je.. dengan energy sekarang, baru jalan sikit dah penat.. kene rehat.. mmg mencabar betul.. kepada saya & kepada suami yg jadi peneman setia.

last2 fikir nak beli online saja.

bila blog walking terjumpa blog yg suggest Butik Mama.


last2 bukan beli online, pergi sendiri ke outlet dia kat Bandar Sri Permaisuri=)

saya rasa berbaloilah kot beli jubah kat sini sebab dia ada button kat leher sesuai untuk menyusukan anak lepas bersalin nanti.. memandangkan raya nanti adalah waktu kami menghitung hari & bersedia sbb bila2 masa boleh bersalin, bagi saya lebih berbaloi beli jubah yg boleh pakai untuk nursing. sebab pakai waktu raya kejap je, pastu dah bersalin. lainlah kalau waktu raya ni, saya baru 6-7 bulan, masih boleh melaram dengan jubah ni lebih lama..


Convenient jugak pergi outlet ni sbb xramai orang.. xperlu bersesak2.. boleh rasa jenis kain, jarang ke x, melekat ikut bentuk badan ke x, yang penting boleh try sbb ada fitting room.. kalau nak beli online, risau size x ngam. paling best sbb boleh pilih sambil duduk=)

dah, selesai bab baju raya.. rembat sekali 2 helai terus.. cukuplah.. banyak2 pun bukan boleh beraya sangat nanti.. sebab kene standby nak bersalin.. doakan kami ya..


06 August 2012

tips mudah bersalin : urut perineum/perineal massage?

Salam

kan saya ada beli VCO dari Tanamera kan? sebab utama beli ialah untuk urut perineum.. masa tu xtahu pun urut perineum ni macam mana. ingatkan main sapu je.. sekali google kat you tube, hambik!


tetiba rasa ngeri & xconfident nak buat.. hahaha.. ada tak sesiapa yg amalkan urut ni? sekarang perut dah boyot, susahlah nak nampak... mcm mane nak urut?

05 August 2012

hilangkan/avoid stretch marks? saya guna..

Salam

saya tak tahu pun pasal stretch marks sampailah lepas kahwin, saya terbaca dalam blog2 pasal nak hilangkan stretch marks bagi perempuan mengandung. terus google. baru tahu. sebab selama ni, saya tengok perut ibu saya yang dah beranak 5, xde langsung stretch marks.. bila saya tanya ibu, ibu kata mmg kebanyakkan perempuan mengandung akan ada stretch marks.. tapi alhamdulillah, ibu saya mmg xpernah ada stretch marks sampai nurse2 dan doktor2 pun pernah puji sebab perut cantik tanpa stretch marks..

cuma bila dah berumur, perut dah xkempis & anjal sebab masa berpantang dulu tak jaga.. jadi sekrang ibu sangat2 pesan kat saya utk jaga perut.. hehehe..

ibu kata, kalau ikut ibu, InsyaAllah, xde stretch marks. sampailah bila saya mengandung, saya xambik kisah pun pasal stretch marks.. konon2 genetik dari ibu banyak dapat kat saya lah.. tambahan pulak, perut saya langsung xgatal2 atau kering mcm kawan2 saya yg sebaya usia kandungan mereka dengan saya.. ada seawal 4 bulan, dah start gatal2.. nak mengaru je sepanjang masa.

ada yang start kulit mengering. mereka tanya saya ada sapu stretch marks losyen x? jawapan saya, x. dorang nasihatkan saya sapu je losyen walaupun tak gatal.. katanya nak bagi kulit lembap. tapi masa tu, saya pulak yg risau, xpe ke main sapu2 je kat perut.. takut absorb masuk dalam perut effect baby pulak. so, saya xsapu.. lagipun ok je saya rasa.

pernah kawan saya bagi sampel stretch marks losyen Cocoa Butter. saya cuba sekali je.. tu pun xsampai 5 minit, pergi mandi terus sbb saya nak muntah bau Cocoa.. memang xserasi..

ramai jugak yg saya baca di blog2 kata mereka pakai Bio Oil.. sebelum kawin dulu, ada kawan bagi Bio Oil pada saya utk cuba sbb masa tu kat tangan ada kesan kene minyak panas (terror sgt memasak sampai terpercik minyak panas..hehehe). lepas hampir setengah botol pakai, xde apape perubahan pun. terus sy stop.. lama2 kesan minyak panas tu, hilang sendiri..

so, saya & Bio Oil pun xde keserasian.

masuk 6 bulan lebih, perut saya start gatal2.. masa tu, garu pun bukan dengan kuku.. kadang2 just usap2 je dgn kain.. kadang2 garu pakai sikat=) itu pesan ibu. jgn garu pakai kuku!

lepas tu, saya tgk kulit saya mulai kering. waa.. panik! tanya doktor boleh x sapu apape krim.. doktor kata boleh sapu stretch marks krim atau  baby oil pun boleh. so, saya sapu je dengan olive oil dari Ginvera (botol biru).. olive oil ni mmg ada kat rumah. saya pakai utk rambut & utk bersihkan telinga.. tapi lama2 saya perasan, minyak ni xlembapkan kulit saya utk tempoh yang lama.. kejap je dah kering, kena sapu lagi.. dan lagi.. gatal pun x berkurangan.

bila minyak olive ni dah nak habis, baru teringat saya ada beli Minyak Kelapa Dara dari Tanamera.

Ingat entri saya di blog Little Caliph Kami pasal Petua Mudah Bersalin/Beranak?


dalam petua itu ada sebut pasal urutan di perineum & minum minyak kelapa.. kebetulan ujung bulan 4 haritu masa keluar lunch di CM, nampak kedai Tanamera ni.. memang dah aimed nak beli minyak kelapa dara dia lepas baca & google pasal set bersalin Tanamera. so, saya beli sebotol & terus simpan konon nanti dah 7 bulan baru nak urut & minum. last2 lupa ada beli (-_-")

bila teringat, saya gantikan olive oil & sapu minyak kelapa ni kat perut. bagi saya, VCO Tanamera ni buat kulit saya lembap dengan tempoh yg lama & perut saya xgatal=) tapi kekurangan dia ialah bau dia mmg betul2 bau minyak kelapa.. so, agak xsyok sikit bila pakai nak pergi office.. terasa badan mcm bau biskut kelapa utk raya..

saya selang selikan dengan olive oil.. time kat office pakai olive oil.. kat rumah baru pakai VCO.. tapi akhir2 ni, saya hentam je sapu VCO... lantaklah.. janji perut xgatal & tiada stretch marks.. perlulahkan berkorban bau sikit time pregnant ni utk cantik didepan suami kemudian hari...=)

itu sajalah yg saya gunakan untuk elakkan stretch marks.. mungkin lain orang, lain kesannya.. tapi xsalah mencubakan?

Diari Ramadhan Minggu 2 xdapat buatlah.. terlupa sudah..

01 August 2012

boleh ke berurut masa mengandung?

Salam

Waktu awal2 pregnant, ada juga kawan2 dan saudara mara yang suggest untuk saya pergi berurut bila usia kandungan 7 bulan. kata mereka sebagai persedian untuk bersalin. ada juga kata untuk lancarkan susu badan. so lepas bersalin, insyaAllah, susu mudah keluar. ada yang kata untuk betulkan kedudukan baby. betul atau x, saya xtahu.

yang saya tahu, kalau tanya pendapat para doktor, memang mereka xbenarkan. even gynae saya di Az-Zahrah pun xpercaya pada urutan2 ni sebab saya pernah tanya dia, kalau rahim saya ni terbalik/kebelakang, then saya pergi berurut, boleh x? jawapannya tidak! rahim xboleh dicapai melalui urutan. nak tahu kedudukan rahim pun kena buat TVS (Trans vagina scan)- scan melalui vagina.. bukan macam scan biasa kat perut tu..

rahim terbalik ni, adalah normal. sejak lahir memang dikurniakan begitu bagi sesetengah perempuan. memang susah nak pregnant, tapi bila pregnant, rahim akan kembali ke hadapan sebab baby membesar & menolak rahim.

jadi saya pun google, cari maklumat dari internet. cari pendapat lain pulak.

last2 saya pergi jugak berurut. bagi saya tak salah kot berurut untuk segarkan badan. lancarkan peredaran darah. tapi kene cari orang yang betul2 pandai berurutlah. bukan sembarangan orang boleh mengurut terutama urut ibu mengandung ni. saya bagitau ibu, saya nak berurut. mintak tolong carikan tukang urut. syarat, nak orang yg moden, xnak mak bidan yg jampi serapah, xnak mak bidan yang suka paksa2, xnak mak bidan yg urut2 perut.. just nak urut kaki & tangan je.

Waktu kandungan 30 minggu, saya pergi berurut dengan makcik Zai. ibu yg kenalkan. actually dia ni, adalah mak tiri kepada mak uda saya. kira saudara juga lah.. tapi xrapat sebab mak tiri kan.. saya pun baru 1st time jumpa makcik ni. tapi ibu saya pernah pergi berurut dengan dia.. orang panggil sengkak kot.. yg naikkan balik peranakkan tu.. sebab masa ibu lahirkan 2 orang adik yang last, ibu xpergi berurut atas nasihat doktor.. dah berbelas2 tahun, baru nak berurut balik.. hihihi.. bukan ape, ibu saya pun jenis berhati2 pilih tukang urut. sebelum ni pernah berurut sengkak dengan orang lain.. ibu kata sakit gile sampai ibu demam lepas tu.. tapi ibu kata dengan makcik zai, dia sengkak xsakit & elok.

ibu suggest saya booking makcik ni utk urutkan lepas bersalin nanti. ingatkan makcik ni mcm tipikal bidan mengurutlah. sekali x.

masa saya berurut dengan dia, saya bayangkan pakai minyak angin/urut yang berbau kurang menyenangkan. sekali, makcik keluarkan minyak aromatherapy lagi.. wangi.. nyaman je rasa..

beberapa hari sebelum berurut tu, memang badan saya sakit2.. sampai saya bagitau husband, saya perlu solat duduk. dah xmampu nak solat mcm biasa. bahagian punggung selalu sengal2.. rasa mcm berat sangat.kalau tengok saya berjalan pun, mcm orang dah sarat nak beranak je gayanya.. tidur malam tak lena sebab sakit2 badan. ada sekali tu, waktu bangun pagi, kaki cramp untuk pertama kali sepanjang pregnant! wah, terus menjerit kejut husband.. terkejut husband bangun tergopoh gapah tolong urutkan.. terima kasih =')

makcik zai hanya urutkan bahagian kaki, tangan dan kepala.. bahagian perut dia ada usap2 lembut jelah. katanya urat kaki saya ada dah bersimpul.. darah jalan xberapa lancar. dia jugak ajarkan husband cara urut yg betul kalau2 saya cramp kaki.

waktu urutkan bahagian belakang badan, rasa lega sangat.. dia tengok jugak perut saya. lepas tu ibu suruh dia teka baby apa.. girl or boy.. saje je tanyakan. padahal kami dah buat 4D scan time tu & jelas dah nampak gender baby. sekali makcik zai teka betul. dia pun explainla ikut pengalaman dia, perut bentuk lonjong baby apa, ada shape kat pinggang baby apa..etc2.. hehehe..

dia jugak ada usap2kan perut saya. urut lembut. katanya baby saya agak ke bawah. tu sebab saya selalu sakit punggung. dia urutkan lembut utk betulkan kedudukan baby. memang xsakit langsung.

lepas berurut, dia jamu kami dengan milo panas & karipap. sambil borak2lah.. dia ada bagitau beberapa petua untuk banyakkan susu badan, petua berpantang, & macam2 lah.

bagi saya, pengalaman berurut waktu 30 minggu, mmg best.. sebab lepas tu, badan saya xsakit2.. saya boleh solat seperti biasa (xperlu duduk), boleh tidur dengan agak lena. sakit punggung dah hilang.. badan rasa ringan je.

kalau nanti ada yang bertanya pendapat saya pasal berurut 7 bulan, bagi saya xde masalah. asalkan kita berurut dengan orang yg betul, insyaAllah, akan jadi pengalaman yg best. 

insyaAllah, ada rezeki, saya kongsikan pengalaman berurut masa berpantang pulak ye..

UPDATE : Phone makcik urut