26 June 2012

Makan Obimin, anak gergasi?

Salam

Mitos atau fakta? makan obimin, baby dalam perut besar? bila baby besar, nanti susah nak beranak terutama kalau anak sulung?

saya tak tahu orang lain macam mana.. tapi saya ada jugak di'momok'kan dengan perkara di atas.

"jgn makan obimin selalu. nnt anak besar, susah beranak"
"eh, hari2 ke makan Obimin? xelok lah.. nnt baby besar.. awak dahlah ada GDM"

Ok, fine. balik rumah sibuklah dok google pasal obimin & effect baby besar. memang ada je forum2 yg membincangkan isu ni.. tapi biasalah, yg dalam2 forum tu semua, bagi saya hanya berikan pendapat berdasarkan pengalaman yg kebetulan, baby mereka besar lebih dari 3.5kg.

jadi, saya tak puas hati. tanya pada ibu. terus kene jerkah!..

hehehe.. ibu saya xpernah skip makan obimin masa mengandung dulu. ibu kata, xde pulak kami semua lahir2 besar gabak.. semua pun berat dalam 2.8-3.0kg saja (kecuali anak sulung..ehem.. besar sikit). Tuhan Maha Mengetahui.. kalau dah badan ibu kecik, xkan Tuhan nak bebankan ibu dengan baby yg besar? apa yg Allah kurniakan, sesuai dengan kemampuan manusia tu.

lagipun, xsemestinya dalam diet pemakanan kita, dah cukup semua vitamin yg diperlukan. zaman sekarang bukan macam zaman dulu. tangkap ikan belakang rumah, terus masak. FRESH.. petik ulam, sayur belakang rumah, terus makan. FRESH. sekarang, semua barang beli kat market yg ambik beberapa hari utk supplier hantar bekalan ikan, ayam.. itu pun ayam suntik. sayur pun dah sembur chemicals.

ok, ada logiknya.

masa check-up di Columbia, tanya lagi kat doktor. padan muka kene gelak dengan doktor!

"badan ibu kecik, xkanlah anak gergasi kot.. lagipun awak baru gained 5kg sepanjang dah 7 bulan pregnant.. baby pun scan tadi baru 1kg.. Normal baby weight ikut usia kandungan" doktor kata, even lepas bersalin pun, dinasihatkan untuk continue makan obimin.

balik rumah, dengan happy, cerita kat ibu.

kene gelak lagi.

Kan ibu dah cakap! lagipun vitamin ni penting. memang baby sihat, tapi kalau cukup vitamin dibekalkan, baby akan cepat tegap. 3 bulan dah tegap. xdelah terlentuk2 kepala. tulang pun kuat..

jadi, saya akan ikut nasihat ini. teruskan makan Obimin walaupun dah selamat bersalin nanti..

Sepanjang pregnant, saya makan Obimin yg color pink tu sehinggalah last week masa 1st check-up di Columbia, doktor bagi Obimin Pluz ni. color dia merah gelap kecoklatan sikit. kat kotak Obimin Pluz ni pun tertulis 'Pre and Post Natal Vitamins'.. maknanya sebelum & selepas bersalin pun boleh makan Obimin Pluz ni sama mcm yg diterangkan doktor especially utk ibu2 yg menyusu badan..

18 June 2012

InsyaAllah, bersalin disini nanti..

Salam

Masa mula2 pregnant dulu, memang blur tak tahu nak check-up macam mana. maklumlah kawan office semua mana ada yg pernah pregnant. jadi terpaksa redah sendiri je lah.

Memang mula2 plan nak bersalin samada di Pusrawi atau Ampang Puteri. 2 options ni je yang husband bagi. kene pilih. tapi nak pilih pun xtau sebab xde sapa nak share experience bersalin kat 2 tempat ni. so, saya pun pergi jelah buat monthly check-up kat klinik kerajaan dulu. bukak buku pink sebab goggle dalam internet, katanya kalau ada buku pink lagi senang. in case nak beranak kat hospital kerajaan, just bwk je buku pink. kalau nak beranak kat private hospital pun, boleh je bawak buku pink bila dah decide hospital mana.

saya buka buku pink di KIA Tanglin walaupun KIA terdekat dengan rumah ialah KIA Kg. Pandan. tapi saya rasa lebih convenient di Tanglin sbb dekat dengan office senang saya nak berulang alik. parking pun banyak. husband saya selalu je outstation. jadi kalau di Tanglin, saya boleh pergi sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Bila dah nak masuk 7 bulan ni, tiba2 husband tambah 1 lagi option hospital. Columbia Asia Hospital. saya memang dah pilih mahu Ampang Puteri pada mulanya. tapi husband selalu kata "Ampang Puteri crowded lah.. dah xmacam private hospital".."kawan abg kata, Columbia service dia tiptop".. "kat Columbia, food dia sedap".. "kat Columbia, hospital dia 2 tingkat je".. "kat Columbia, kite ddk je dlm bilik.. nurse yg bwkkan bil semua"..

Ok, dalam sehari asyik berzikir "kat Columbia...""kat Columbia.." haruslah bini dia faham. terus bukak website Columbia tengok yang terdekat. Columbia Asia, Setapak. baru je bukak. tapi malangnya xde pulak doktor muslimah. ada 2 doktor lelaki melayu & seorang doktor india perempuan.

lastly, saya buat appointment kat Columbia Asia, Cheras Selatan. sebelah JJ Cheras Selatan. booked Dr. Norshida untuk 3D/4D scan. bila tanya nak register sekali utk deliver kat sana, customer care consultant dia suruh consult dengan gynae sendiri.


tarikh appointment adalah Jumaat lepas. masuk je hospital, mmg impressed gile.. terasa ke'eksclusive'an nye.. hehehe.. register xsampai 5 minit.

dapat kad biru tu.. siap ada gambar sekali. gambar dorang scan dari IC saya. sekejap je dah siap. lepas tu siap di escort ke depan bilik doktor.


Sementara tunggu doktor sebab appointment pukul 3.30.. tapi 2.45 kami dah sampai.. masa tunggu tu, ada nurse timbang berat badan. dia tanya nak scan saja ke.. so, saya terus kata kalau boleh nak register utk deliver kat sini. saya terus bagi buku pink pada dia. terus dia bawa saya ke lab untuk urine test. semuanya kat floor yg sama & xjauh.. xdelah penat ibu mengandung ni nak berjalan.

jumpa Dr. Norshida.. punyalah friendly.. lepas dibelek2 buku pink saya, ada beberapa benda yg dr. suruh saya request dari KIA sbb ada report yg x attached dalam pink book tu. Alhamdulillah, saya boleh bersalin di sini=).. kebetulan, EDD saya selepas raya, so Dr. Norshida ada.. sbb masa raya dr. pergi umrah. insyaAllah, ada rezeki bersalin dengan dia.

kemudian kami proceed dengan 3D/4D scan.. lama jugaklah.. semua ditengok. jantung, alhamdulillah ada 4 chambers, tali pusat normal dengan 1 ruang besar & 2 ruang kecil. mula2 Little Caliph agak pemalu sikit.. sorok muka dengan tangan.. last2 doktor pujuk2, nampak jugaklah muka dia.. siap senyum lagi=)

Dr. Norshida bekalkan saya dengan vitamins ni,

Sebelum ni pun memang saya tak ambik apape supplement dari KIA. sebab lepas je confirmed pregnant kat klinik, terus saya ambik Obimin & Folic acid beli sendiri. jadi saya dah xambik apape supplement dari KIA. Obical pulak saya ambik masa masuk 2nd trimester. pun beli dari farmasi. utk fish oil, saya hanya ambik Neurogain. semua pun masih ada stok lagi. baru je beli tambah stok.. 

tp Dr. Norshida bekalkan lagi Obical. cuma sebelum ni saya makan Obimin biasa, tapi kali ni Dr. bagi Obimin Pluz.. takyah makan folic acid sbb semua dah ada dalam 1 pil. fish oil pulak, tukar brand.. tak tahulah apa bezanya dengan Neurogain.

next appointment adalah lagi 2 minggu.. sekarang ni check-up kene tiap 2 minggu pulak.

lepas dah ambik bil & supplement, ada pulak tour. melawat wad dan labour room. wah..wah.. wah.. terasa mcm VVIP pulak bila dibawa melawat wad dan labour room.. yang bawa & beri penerangan pada kami ni ialah Customer Care Consultant. dia tunjukkan charges bagi wad2 yang ada. dia tunjukkan wad 2 beded.. kebetulan ada wad kosong.. sangat selesa juga wad dia.. maklumlah, baru kan.. nmpk cantiklah semua..

wad single pulak kami hanya lihat dari luar je sbb penuh. xde wad kosong. InsyaAllah kalau ada rezeki masa bersalin nanti wad single kosong, dapatlah duduk wad single. selesa sikit kalau nak husband or 1 family pun boleh stay overnite kat wad.. tapi kalau 2 beded room, dorang xgalakkan family members stay utk jaga.. sbb takut ganggu patient yg katil sebelah tu pulak..

masuk labour room pulak, terus rasa seram.. hehehe.. terbayang diri sendiri tengah meneran nak beranak kat katil tu.. hehehe.. nasib baik labour room dia hanya 1 katil je dalam 1 bilik.. sebab selalu baca pengalaman orang bersalin, dalam labour room ada byk katil dan siap boleh dengar lagi orang sebelah bersalin... nurse kat situ baik.. siap borak2 and explain lagi ape yg dorang buat if kita nak breastfeed baby sendiri or nak terus bagi susu formula je.. InsyaAllah, Little Caliph akan di breastfeed.. mudah2an murah rezeki la ye.. amin..

ok, overall inilah 1st impression tentang hospital yg dipilih untuk deliver nanti. nanti dah bersalin, baru boleh share dengan lebih lanjut lagi.

16 June 2012

dari dalam rahim ibu

Little Caliph : Assalamualaikum kawan-kawan blog ibu...

13 June 2012

Latih little caliph berpuasa

Salam..

Hari ini adalah sesi latihan untuk Little Caliph belajar berpuasa untuk pertama kali =)

Pukul 5 pagi dah set alarm utk bangun sahur. sebelum tidur dah bagitau Little Caliph yg hari ni ibu dia nak berpuasa & dia pun boleh start belajar puasa since Ramadhan just around the corner. kira ni mcm rehearsal la.. so, kami kene bangun utk bersahur & bertahan lapar sampai tiba waktu berbuka. mintak little caliph behave and be strong kat dalam tu.

tepat pukul 5 alarm bunyi.. being me, tutup alarm & tidur balik.. konon lagi 5 minit bangun la.. memang mengantuk sbb sebelum tu tidur agak lambat nak dekat pukul 1 baru boleh tidur, tiba2 kul 5 pagi alarm dah bunyi, mmg liatlah nak bangun.. sekali, baru nak lelap mata, dapat 'tendangan' padu dari Little Caliph..

terkejut, terus melompat bangun! rasa kelakar pun ada.. tapi bersyukur=) sbb at this stage, baby dalam perut dah boleh mendengar & recognized suara ibu dia. digalakkan selalu bercakap2 dengan baby. tapi saya mmg dari awal pun dah bercakap2 dengan baby walaupun masa tu masih 1st trimester kot.. masa tu selalu cakap kat dia "please, pegang ibu kuat-kuat" (maklumlah, risau apape jadi masa tu since saya RU)

so, bila dapat tendangan padu tu, saya anggap apa yg saya cakap pada baby, dia dah boleh mendengar & 'faham'. hehehe.. SubhanaAllah.. hebat betul kuasa Allah yang mewujudkan bonding antara anak dengan ibu ni.

setakat ni, alhamdulillah, masih bertahan.. walaupun hampir2 tewas dalam pukul 11 pagi tadi.. Little Caliph pulak start pukul 9.30 pagi mcm tu dah kurang bergerak. biasanya aktif saja dia sbb waktu tu mmg time ibu dia makan.. tapi, Alhamdulillah, sekarang dah aktif balik lepas pujuk2 sikit..

..............

cuti sekolah yg lalu, dapat banyak gak jemputan kawin. mana yang sempat pergi, kami pergi lah. tapi tah kenapa, semua caterer agak mengecewakan.. ada yg tawar, ada yg langsung xterasa rempah, ada yg nak basi.. adakah disebabkan mereka menerima terlalu banyak tempahan pada musim cuti sekolah menyebabkan dorang masak cincai je? isk.. kepada para caterer, please.. xbaik buat customer mcm tu tau..

07 June 2012

Trying To Conceive (TTC) : Our journey

Hi

Kami mulakan langkah pertama masa hujung bulan Mei tahun lepas, 2011. mula-mula serius blur nak pergi doktor mana? klinik mana? mmg, gynae paling famous ialah Dr. Hamid Arsyad. tapi kalu boleh sebelum call buat appointment dengan dia, nak lah jugak tahu gynae mana lagi yg ok and yg penting seorang muslimah. kalau dah xde sangat, barulah cari Dr. Hamid Arsyad.

Lagi satu, sbb takut Dr. Hamid mahal dan ramai sangat patient. maklumlah, nak buat rawatan ni, every month adalah 2 kali jugak jumpa gynae.. mahu kopak jugak kalau xbetul2 ready. lagipun masa tu kami dalam preparation nak masuk rumah baru. banyak duit nak pakai.

Last-last saya call Az-Zahrah je sbb ada kakak sepupu pernah buat treatment kat situ tapi masih belum rezeki dia lagi masa dia buat rawatan kat situ. Saya duduk area Ampang. Az-Zahrah pulak area Bangi. dah masuk beberapa bulan treatment, baru rasa tindakan yg agak kurang bijak disitu sbb jauh jugak nak berulang-alik dan mmg kene ambik cuti setiap kali appointment. tp sebab masa tu cetek ilmu lagi, jadi redah je lah.. belajar melalui pengalaman.

sebelum ke Az-Zahrah, kami suami isteri pergi juga ke pusat perubatan islam. byk sekarang ni.. tapi kami pergi ke Darul Syifa'. alhamdulillah, ustaz disana kata kami xde apape gangguan dan nasihatkan kami dapatkan rawatan moden.

akhirnya, 1st appointment rawatan moden di Az-Zahrah adalah pada 1 Jun 2011. birthday suami. hehehe.. Gynae saya ialah Dr. Fazlina. 1st appointment doktor tanya pasal period. cycle macam mana, berapa lama, senggugut ke x, suami tinggal sama ke, selalu outstation ke, berapa lama kalau outstation tu, berapa kerap bersama suami isteri.. mcm2.. jgn malu utk cerita sbb gynae perlu tahu semua tu utk tahu samada gagal utk pregnant disebabkan apa.

Kemudian, doktor scan. tak nampak jelas. jadi gynae perlu buat trans vaginal scan (tvs). TVS tu apa? TVS tu ialah scan melalui vagina. stick scanner dimasukkan ke dalam vagina. wah.. kagum saya sebab dari form 4 belajar biology, selalu lukis/tengok gambarajah sistem reproduktif perempuan. tahu ada ovary bentuk bulat, dalam ovari ada ovum.. masa scan tu, betul2 nmpak ovary.. lepas tu nampak byk bulat2 dalam tu.. itulah ovum! siap boleh ukur lagi saiz ovum berapa mm.. dah matang ke belum..

1st sekali gynae detect rahim saya jenis retroverted uterus (RU)

garisan putus2 tu menunjukkan rahim yang kehadapan seperti rahim kebanyakkan perempuan.yang warna pink tu, keadaan rahim yg retroverted. RU ni adalah semulajadi. 1 daripada 5 perempuan rahimnya adalah jenis RU sejak dilahirkan. gynae saya kata, ia ibarat mcm ramai orang adalah right handed tapi ada juga left handed. ia bukan kecacatan atau penyakit.

Alhamdulillah, saya xde apape penyakit seperti PCOS ke, Endometriosis, cyst,fibroid dan sebagainya.. saiz telur/ ovum pun ok.. alhamdulillah.. just gynae kata RU ni jenis susah nak lekat tapi senang nak gugur!

Gynae suggest makan Clomid utk rangsang lebih banyak ovum matang & dikeluarkan dalam 1 cycle. Jadi peluang untuk sperm bertemu dengan ovum akan meningkat. Dipendekkan cerita, saya makan Clomid untuk 4 cycles.Clomid ni saya makan hari ke 2 period. kemudian hari ke 12, saya kene jumpa gynae untuk buat TVS dan check tahap kematangan telur. pernah sekali 2 ovum saya matang dalam 1 cycle. tapi masih belum rezeki kami.

pada hari ke 12 ni, selain buat TVS utk check saiz ovum dan kematangan ovum, gynae akan suntik ubat utk memastikan ovum yg matang tu pecah dan keluar dari ovari untuk disenyawakan dalam tiub fallopian. tempoh untuk ovum dipecahkan adalah dalam masa 24-36 jam selepas suntikan.

selepas cycle kedua dengan Clomid tak menjadi, saya stop makan Clomid sbb masa tu bulan Ramadhan dan gynae refused utk buat TVS masa bulan puasa. lepas raya baru start balik. Clomid ke3 gynae naikkan dos dari 2 biji kepada 3 biji.

akhirnya sampai ke Clomid cycle ke 4, gynae nasihatkan untuk stop makan Clomid dan buat ujian HSG. ujian HSG ni lebih kurang mcm x-ray saluran pembiakkan kita. gynae kata mungkin ada saluran yang tersumbat atau bocor. melalui HSG ni, boleh nampak.

masa tu dah bulan Dec 2011. kami berbincang & akhirnya kami putuskan untuk tangguhkan HSG sebab nak concentrate  hal2 rumah baru. sebenarnya excited nak spend money dan deco-deco rumah baru=) kebetulan pulak adik nak kawin, lagi super duper excitedlah kan?

walaupun dah stop Clomid dan tangguhkan HSG, kami tetap amalkan memakan vitamins dan juga makanan-makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W seperti kurma, madu lebah, habbatussauda', pati delima, buah delima. vitamin lain yg saya ambik ialah EPO, Multivitamin for women etc..

sampailah masa anniversay kami yg ke2, pada 1.1.12, saya muntah-muntah lepas balik dari rumah baru kami. masa tu tak fikir apape.. yang saya fikir mungkin sebab perut kosong lepas tu terus makan durian. hehehe.. sejak tu badan rasa xsihat. suami pulak bila malam je, mesti demam. siang sihat pulak. last2 walaupun belum lewat period, saya senyap2 buat UPT sensorang kat rumah.. taknak bgtau husband sbb xsanggup dah tengok air muka kecewa dia. tambah pulak dengan rasa kecewa diri sendiri, xlarat dah rasanya..

tiba2 rasa macam nampak double lines.. fainted double lines sebenarnya. rasa mcm menyesal pulak sbb buat sensorang so takde siapa boleh yakinkan saya nampak 2 lines atau ilusi saya semata-mata.. hahaha.. terpaksalah ambik jugak gambar & emailkan kat husband. husband kat office dah masa tu..

husband terus call dan cakap dia pun nampak double lines.. hehehe.. next day, kitorang buat lagi UPT. kali ni line lebih terang.. teruslah pergi jumpa doktor untuk buat pengesahan sebab husband kene g outstation petang tu. tidur di Marriot Putrajaya selama 3 hari. Alhamdulillah, positive! baru 4 minggu (yelah, period belum delay lagi pun). sbb bini dah pregnant dan gynae dah pesan pasal RU senang miscarriage, saya jadi princess sejak hari tu sampai sekarang=) hehehehe..

inilah cerita perjalanan TTC kami yg dah dipendekkan. Alhamdulillah, selepas 5 bulan buat treatment, akhirnya kami conceived secara semulajadi. kuasa Allah, kan?

Sepanjang TTC jugak, saya banyak melayari blog2 yg menceritakan pengalaman TTC mereka. ada yang masih berusaha & ada yang dah berjaya. dapat kembar pun ada!

jadi, saya rasa setiap orang perempuan harus juga ambik tahu pasal kesihatan dalaman diri. perkara2 macam ni kadang2 memang tak nampak atau beri apape simptom.. 

tak sanggup rasanya nak tgk drama Ameera lakonan Rita Rudaini tu..