23 January 2014

macam mana nak bagi rumah kekal kemas cantik tersusun?

Isteri dan rutin mengemas, mmg macam tak pernah ada ending.

lagi2 bila dah jadi mak-mak. sebab dah ada 'pembuat semak' bergerak. kita kemas sini, dia semak situ. sejak masuk rumah 350 ni, mmg banyak spend time kat rumah ni je.. rutin dah berubah. dulu duduk C3, balik kerja lepak rumah ibu dulu, dah malam2 baru balik C3.

sekarang balik office, direct terus rumah 350. Husband dah ambik ZIyad dulu dari rumah ibu sbb biasanya husband sampai rumah dulu. vroom..vroom.. mmg cepat sikit sampai rumah dari kita yg melangut dalam kereta hadap jem!

balik rumah, terus pungpangpungpang kat dapur masak. berasap juga dapurku setelah sekian lama.. so, recipe books, youtube, please be kind to me.. and bloggers! pleaselah share resepi2 mudah2 yg korang tahu. lagi best kalau letak video.. saya mak budak nak belajar masak=)


Masa ni tinggal berdua dengan Ziyad. Ayah dia outstation. mmg dah macam tongkang pecah.

Ibu.. chillax! nak bun?
ok, sebenarnya nak mintak maaf banyak2 sebab last week ada cakap nak update pasal bilik Ziyad (350). tapi xdptlah nak mengotakan janji pasal bilik tu xde apape perubahan pun minggu ni.. perkara yg tak disangka-sangka terjadi.

paksu saya accident. agak teruk. mohon doa kalian juga agar dia diberi kesembuhan dengan segera.

16 January 2014

Dapur (350) : Carpet di dapur. perlukah?

Again, (350) refer to rumah sewa kami. if (AG), refer to rumah persinggahan hujung minggu.

Isnin lepas baru dapat kemas dapur. tu pun masih belum siap sepenuhnya. deep cleaning. dekat dapur tu ada carpet yg penyewa lama letak & tinggalkan. saya pulak jenis x suka ada carpet di dapur. apatah lagi dapur tu mmg dapur basah. saya lebih suka lantai kosong saja. senang, lepas masak, boleh terus mop. xdelah basah2 percikkan air dari singki or minyak2 kesan masak terkepam dalam carpet.

so, dengan gigihnya saya tanggalkan carpet. carpet masih elok, cantik. jenis yg berkualiti. kononnya nak tanggalkan & jemur lepas tu boleh reuse kat tempat lain.

sekali, bila nak tanggalkan tu, bahagian bawah carpet jenis rubber mcm tu. supaya carpet tak bergerak2 kan. tapi rubber tu dah melekat ke lantai. terutama di kawasan bawah sinki.


saya rasa maybe kesan dari air yg terpercik di sinki. mmg kawasan tu selalu basahkan? normally saya suka letak alas kaki dari jenis kain towel je kat kawasan bawah sinki. senang nak basuh & sentiasa bertukar baru. bersih sikit.

saya tarik jugak carpet yg melekat tu. akibatnya, carpet rosak, lantai pun comot 
(-_-")

saya jemur je dulu carpet tu. 

lantai pulak dah puas sental, tapi stil ada lagi bekas2 rubber melekat di lantai. yg tak syoknye, dahlah comot, pastu rubber tu buatkan habuk2 terperangkap sama..bila menyapu, jadi tak smooth.

Lama2 nnt hilang la kot. or sesiapa ada petua or tips utk atasi masalah ni, boleh share?

Lesson learnt! jangan sesekali letak carpet terutama kat dapur basah. kalau dapur kering, no problem rasanya.

*sorryla, kalau biasa tgk blog orang deco rumah lawa-lawa masuk blog, ai bagi gambar rumah buruk masuk blog. harap tak kembang tekak ye.. but, what to do? mmg realitinye mcm ni.*

15 January 2014

pindah rumah, projek bilik Ziyad hold dulu ye.. weekend ni kita sambung..

hujung minggu yg panjang. ambik cuti isnin, sambung dengan public holiday semalam.

sebab utama cuti panjang, ialah ini,


pindah rumah. dari rumah c3 ke rumah 350 officially. 

pilih hari sabtu lepas sebab almari tv yg ibu saya tempah, dipasang pada hari tersebut. kami sewa lori yg sama hantar almari ni utk pindah rumah. dapat murah sikit compared sewa lori yg betul2 utk pindah barang.
almari TV ni dah lama siap. dekat setengah tahun kot. tempah dah lama, sejak arwah abah ada lagi. bila arwah meninggal, ibu postponed dulu installation padahal almari dah siap. 

terima kasihlah kepada pembuat almari sebab bagi tumpang almari ni lama2 duduk kat bengkel dia tanpa apape charge tambahan.


almari ni arwah abah yg sama2 ukur dengan pembuat almari. idea bersama dengan ibu. cuma arwah tak sempat nak tengok. redha.

sekarang rumah macam tongkang pecah. projek bilik ziyad hold dulu. tinggal nak settlekan feature wall je lagi dengan susunan perabot dan barang.

sabtu pindah angkat barang. Ahad pergi balik rumah AG bawak pembuat almari yg sama utk ukur rumah sbb nak buat build in wardrobe utk 2 bilik di rumah AG.

kalau 2013 adalah berkenaan dengan 'adjustment', nampaknya tahun 2014 adalah berkisar tentang rumah. moga terus dikurniakan rezeki.

09 January 2014

Bilik Ziyad (350) : The paint & color (s)

Bilik Ziyad..

tak leh nak kata playroom sangat. sebab si little caliph tu bukan jenis suka di kongkong. jadi jangan harap dapat confined dia dalam 1 bilik utk bermain. dia suka bermain round 1 rumah.

tak leh nak kata bedroom juga. sbb si little caliph still co-sleeping lagi. masih bangun malam 2 kali around 1 pagi & 5 pagi untuk menyusu.

so, lets call this room as bilik Ziyad. why (350)? sbb bilik ni kat rumah sewa harga 350.. hahahaha..

sikit je dulu. belum siap sepenuhnya.
saya agak nervous dengan  kombinasi warna yg saya pilih. bila whats app dengan adik-adik, dorang agak terkejut dengan pemilihan warna saya kali ni. sebab biasanya saya suka warna pastel. tapi kali ni, warna agak terang.

"kenapa tak biru cair?"
"tah, cliche sgt kot"

"tak terang sangat ke?"
"terang ke?"

"nnt nenek nak masuk bilik Ziyad, nenek kene pakai spek itam"

=)

Sebenarnya, bilik tu tak besar pun. iyalah, standard keluasan bilik sebuah rumah flat. jadi, atas faktor tu, saya pilih utk warna terang. bagi nampak 'luas'. tapi sekarang ni berdebar2 pulak. takut tak cantik. takut color macam cacamerba.

tapi semalam husband kata

"takpelah, cat sampai habis dulu. kalau sayang rasa tak cantik, kita cat lagi color lain"

Itulah perasaan mak-mak ni. Selalu nak yg terbaik untuk anak. macam tu lah perasaan ibu & abah kita dulu. giving their best!