27 March 2015

Pengasuh Anak : cari sebelum atau selepas bersalin?

Salam.

Masa mengandungkan anak pertama dulu, awal-awal lagi ibu & arwah abah dah cakap yang mereka volunteer nak jaga.. maklumlah cucu pertama.. 

"dari bagi duit kat orang suruh jaga anak, baik ibu je jaga"

so, memang kami takde masalah nak cari pengasuh. just masa family saya mengerjakan umrah je, ada pening2 sikit cari pengasuh untuk 2 minggu.

untuk anak yang kedua ni, InsyaAllah bakal lahir bulan 8 nanti, kami berhasrat nak carikan pengasuh. tak sampai hati pulak nak bagi ibu saya jaga lagi sebabnya bulan 11 tu pulak, InsyaAllah, adik ipar pulak akan bersalin. orang tua-tua kata kami ni berjangkit =P rezeki kan? 

walaupun perancangannya adik ipar akan berpantang dirumah dia sendiri dengan mengupah confinement lady selama 44 hari, siap jaga pantang & masak pantang sekali, tapi berdasarkan pengalaman lepas, saat2 akhir, akhirnya adik ipar berpantang kat rumah ibu saya untuk anak sulung mereka masa tu. jadi, kami tetap perlukan back-up plan. sebab kita hanya merancang je kan? kesianlah pulak ibu nak handle 2 orang kanak2 & 2 orang baby dgn seorang ibu dalam pantang. kelam kabut kang darah tinggi pulak..

sejak 2-3 hari ni adalah bincang dengan ibu.. survey2 jugak pengasuh baby dekat area kawasan rumah kami tu. kalau boleh, saya nak sorang makcik ni. memang dekat dengan rumah ibu. senang nnt hantar ziyad terus hantar baby. 1 jalan je.. tapi makcik tu dah ada 4 orang baby sekarang.. huhuhu..

last-last, ibu cakap macam ni,

"beranaklah dulu, lepas tu baru cari pengasuh"

terus diam dan tak bukak dah topik tu.. hihihi...

kalau ikut pengalaman korang semua, cari pengasuh sebelum atau selepas bersalin, eh?