21 November 2014

When was the time u had your pillow talk?

Perasan tak, masa bercinta, every single thing kita mesti nak share dengan pasangan. even small thing like what u r wearing on that day pun nak jugak bagitau pasangan and the conversation will take more that a minute or more than a line if we r sharing via sms/text. apatah lagi kalau pakai baju baru or kasut baru.. 

kita sharing all the opinions. "kasut baru awak ni cantik pakai dengan baju kurung" atau, "saya suka tengok awak pakai kasut ni dengan stoking". camtu.. all the feelings, the opinions kita luahkan.. kita bagitau kat pasangan.

tapi bila dah kawin, jgn kata nak bagi pendapat.. nak cakap "u look great" pun payah. Complimentary become so expensive secara tiba2..

Masa dah bercinta, rasa macam setiap saat nak berbual2 dengan pasangan. ada saja perkara/benda yg kita jadikan 'modal' untuk bercerita. ada saja cara/alasan yg kita cari agar dapat berbual.

tapi bila dah kawin, secara tiba2 kita rasa tak perlu dah nak luah. tak perlu nak cerita. sebab kita anggap pasangan kita sepatutnya dah faham perangai kita. tak perlu cakap. mungkin jugak sebab hari-hari jumpa, jadi tak perlulah nak cerita banyak. pasangan kita boleh tahu sendiri. kita lupa pasangan kita bukannya magician yg ada telepathy boleh 'baca' apa yg ada dalam kepala otak kita atau boleh tengok 'cermin' ajaib apa yg berlaku kat kita sepanjang hari tu.

Faham-faham sendiri, tak boleh pakai dik.. kene jugak bercakap. luahkan semua.. suka ke tak suka ke.. supaya nanti nanti takdelah mengungkit "sepanjang 5 tahun kita kawin, awak selalu selekeh & busuk".. dah 5 tahun baru nak cakap.. kenapa tak bagitau masa hari dia busuk tu? senanglah kan esoknya blh terus mandi bunga & limau..

"bini saya asyiklah potpet potpet je sejak duduk rumah ni.. saya dahlah balik rumah letih2 ingat nak rehat, kene pulak dengar dia potpet potpet" luah kawan pejabat saya. bini dia jadi surirumah lepas dapat anak.

"dengarkan saja.. saya jugak macam kamu dulu.. letih2 balik ke rumah, belum sempat duduk pun, bini sudah potpet potpet.. tapi mak saya pernah ingatkan, bini kita seharian dirumah mengurusi rumah & anak. tiada teman bicara..takkan sih dia mahu luahkan sama anak.. masih anak2.. rasanya tak sama seperti meluahkan pada org dewasa.. jadi kamu dengarin aja.. kalau tiba2 dia diam, pasti kamu pulak yg resah.. bila ada kamu rimas, tapi kalau tiada nanti, kamu pasti rindu" nasihat rakan pejabat saya dari Indonesia yg dah berusia.

bini punye cantik seksi menggoda kat sebelah tercongok pun boleh buat tak heran... penangan smart phone! - sumber goggle.
komunikasi penting dalam perkahwinan. itu yg selalu saya dengar dari orang2 yg makan garam dulu. berusaha untuk bersosial dengan pasangan sendiri sebab sekarang ni kelihatannya bersosial dengan media sosial lebih mengujakan. lebih teruja weh 'layan' instagram, facebook, berpuluh-puluh whatsapp groups, wechat, telegram, & lain-lain dari layan, dengar & pandang (eye contact) dengan pasangan yg tercongok kat sebelah. dan kebanyakkan kes masalah rumahtangga bermula dari media sosial.. be careful peeps!

logiknya, dari berbual2 tulah boleh wujudkan kemesraan. mana lebih mesra? dengar gelak tawa secara langsung melalui perbualan, atau dari baca 'kahkahkah' atau 'hahaha'?

dalam 7 hari, 5-6 hari adalah bekerja. dari pagi bawak sampai ke malam kadang2..belum kira kalau yg berhari2 outstation takde kat rumah.. balik rumah masing2 penat terus nak tidur saja. bila la masa nak berbual? belum lagi kira perasaan anak yg terabai.. main sorang2 atau main sesama sendiri je.. jom! take few minutes, do pillow talk.. not just talking about your kids only. talk about 2 of u..  


Jom!

18 November 2014

anak dah besar, senang nak jaga.. nak jaga anak kecik balik...

Perasaan pelik akhir-akhir ni, teringin nak ada baby balik. tapi perasaan tu muncul bila masa tengah shopping, lalu bahagian baby.. waaa.. terbau-bau harum baby bauan syurga.. tapi bila masa2 biasa, takde pulak rasa teringin tu.. hahaha.. mungkin lebih kepada nafsu nak bershopping barang baby kot..

Perasaan tu akan muncul balik bila tgk baju2 budak2 perempuan yg kiut miut.. timbul perasaan nak tahu macam manalah muka anak kalau ada anak perempuan. lepas tu perasaan nak 'melaram'kan anak perempuan dengan stoking renda-renda, kasut kilat, gaun kembang.. yg ni pun mungkin lebih kepada nafsu tgk barang2 & baju2 budak perempuan yg cantik2 kot.. untuk memuaskan nafsu, saya akan beli gaun yg paling & betul2 saya suka utk Humaira. Jarang belikan seluar. sbb budak perempuan, biarlah oh dia pakai gaun, skirt pendek2, seksi2 masa kecik sampai puas. then slowly ajar tutup aurat sampai dia akil baligh terus suruh tutup aurat. nanti dia x boleh claimed kata masih belum puas pakai gaun, skirt pendek semua. 

selepas saya D&C bulan Julai lalu, kami xde plan langsung pasal anak. maksud xde plan disini ialah, xde usaha langsung utk dapatkan anak. sbb dulu pernah TTC owh, jadi not advisable utk family planning dengan protection.. dah memang sedia maklum jenis susah 'lekat' buat apa mahu protect2 lagi.. hahaha.. lagipun doktor nasihatkan utk rest at least 2 bulan utk bagi rahim kembali pulih betul2 & ready utk pregnancy.

kebetulan jugak, akhir bulan 8, Ziyad admitted hospital because of Rotavirus for almost 2 weeks.. sepanjang bulan 9 & 10 kami hanya fokus kat kesihatan dia & selera makan dia sangat2 menurun dengan teruk. boleh kata setiap masa kat office rasa berdebar2 je.. asyik teringatkan camnerlah Ziyad kat umah.. nasib baik ibu yang jaga ziyad, jadi kepercayaan tu memang 100%. Alhamdulillah, sekarang slowly gaining his weight tapi bab selera makan tu masih mcm jigsaw puzzle.. selera utk makan nasi lagilah masih ibarat langit dengan bumi..

Ibu, dont worry.. i'm big enough and ready to become abang
 selepas macam2 perkara yang jadi, saya akui, saya fobia. fobia tengok anak sakit. rasa tak kuat dah nak tempoh lagi..

saya pernah bincang dengan suami pasal hal ni.

"tiba-tiba rasa macam nak pregnant.. tapi takut nak hadapi saat anak sakit.. saat nak beranak, tak setakut tu.."

"Kalau risau macam tu susahlah.. anak-anak ada ujian masing2.. ada rezeki masing-masing.. kita berusaha harap yang terbaik untuk anak"

ggggrrrrrrrrrrrr... 

30 October 2014

ternganga tengok cheeky dance

Salam

Kitorang terima jemputan dari kakak sepupu saya utk birthday anak dia di KFC. Earlier, bapak mertua pulak beriya-iya ajak pergi Jengka utk overnite and attend kenduri kawin. dan kami broke masa tu T___T

Lama jugak husband tanya nak pergi mana 1 sedangkan saya dalam keadaan serba salah yg amat. fobia ziyad masuk hospital belum hilang lagi. jadi, bab pemakanan & air adalah amat penting.

Jadi, setelah difikir2kan, kitorang decide utk datang 2-2 sekali. the reason is, birthday at KFC adalah fun! i can still remember masa kecik attended birthday party kat A&W dan McD. banyak games, ada mascot, walaupun makanan xdela mengenyangkan perut sgt. and this is the 1st time for Ziyad gets experience. skrg matlamat kami nak tingkatkan social skil Ziyad. lagipun, jarang-jarang weh, org nak jemput birthday kat tempat limited cmtu..
  
duduk sopan penuh ketekunan makan meals dia dengan sepupu-sepupu yg lain. banyak jugak dia makan. Alhamdulillah..

Kebanyakkan games xsesuai sangat dgn Ziyad. sbb kecik lagi kot, tak faham bahasa lagi kekdahnya. mungkin bila dah umur 3-4 thn, baru pandai main. so, dia main belon je la..tu pun bukan main meriah & seronok.

dengan Cheeky paling dia suka. tapi saya control bagi pegang kejap2 je pasal cheeky tu dah berkeladak sangat. tah berapa tahun xbasuh. so far, Ziyad xde masalah dengan animals. maybe dari dalam perut dah diberi 'pendedahan' kot.

Masa ni budak2 semua ambik group foto. tetiba ada 2 org mak budak kat situ -__-"

Pagi ahad keesokkanya, kami bergerak ke Jengka. balik hari je. and the best part is, kami saja yg pergi. yang lain2 cancel. agak meletihkan & Isninnya saya sakit tiba2..MC 2 hari.. nasiblah saya yg sakit, asalkan bukan Ziyad. Alhamdulillah..

15 October 2014

Sambungan dekorasi bilik Humaira

Salam

Sambungan dari cerita pasal bilik Humaira


Sebenarnya dah lama pun bilik siap.. tapi saya yg lambat kongsikan. hasil kreativiti abah Humaira.. Biasa mak-mak yg hover sikit bab2 deko bilik anak tapi ni terbalik..

Feature Wall

Yang ni sebelum siap


Hasilnya..


Bilik ni memang dah siap dengan build-in wardrobe.. Gambar bawah ni ialah bahagian tepi tingkap yg mungkin akan jadi meja study Humaira.. Gambar bawah adalah semasa proses transformasi..


Gambar bawah ini adalah selepas proses transformasi. Khabarnya langsir akan ditukar dengan yg baru yg lebih kemas & sesuai. buat masa sekarang, bahagian para/rak ditempatkan koleksi free gift yg 'rare' macam lori Milo, Hello Kitty dan Doraemon. Nanti dah start masuk sekolah, rak ni simpan buku la kot..


 itu sajalah setakat ni. nak kongsi susun atur wardrobe macam melampau pulak sebab wardrobe bilik ni memang besar. tapi setakat baju Humaira kalau isi dalam wardrobe tu, setakat 2% je kot.. jadi, takyahlah dulu.. tunggu dia jadi anak dara dulu.. hihihi

10 October 2014

kenapa suka makan?

Salam

Selamat Hari Raya Aidiladha yg dah berlalu. maaf terlewat.

Raya kali ni turn sebelah family saya di KL. jadi pada malam raya kami berkumpul adik beradik dan berbuka puasa bersama. selepas Isyak, kami adakan bacaan tahlil utk arwah abah. untuk menu berbuka puasa, ibu buat Nasi Bryani Pakistan bersama ayam goreng, kari kambing, arca sayur dan sweet sour crab.

lepas tahlil & makan2, masing2 balik ke rumah masing2. rumah dekat2 je kan. dan mulalah saya menyiapkan Triffle atas permintaan ramai nak makan lagi triffle ni.

yg sebenarnya, saya buat triffle pertama kali masa bulan puasa. Sebab bila dah jadi mak-mak ni, bila ada makan2 atau kenduri kendara saudara mara, macam tak sedap pulak kalau xde buah tangan atau asyik beli memanjang je buah tangannye. jadi saya berazam nak ada 1 signature dessert gitew.. alah, triffle je pun..hahaha..

masa adik saya buat makan2 kat rumah dia raya puasa yg lalu, saya buat la triffle ni bawak ke sana. kemudian utk raya haji ni, kami buat makan2 adik beradik sebelah ibu saya di rumah maklong saya. jadi, makcik saya request nak triffle macam kat rumah Qaiyum raya puasa aritu..

dapatlah 4 bekas triffle ni hasil dari 2 adunan.



Menu aritu adalah steamboat, BBQ dan nasi kandar. macam ramailah kan adik beradik ibu padahal 4 orang je.. ternyata dari menu yg dihidangkan, mmg kami kuat makan.. hihihi...


Petang tu, kami terus bergerak balik ke kampung husband pulak. bawak 1 bekas triffle utk mertua. perjalanan sejam setengah, jadi triffle masuk sejuk lagi.. lagi2 kalau simpan dalam cooler bag Tupperware, mmg tahan sejuk lebih lama.. tetiba promote tupperware (0 v 0)

dah makan banyak, memanglah mengantuk. Ziyad dah selamat beradu. saya pun dah tersengguk2 mengantuk. tanya husband, dia pun kata mengantuk sikit. jadi saya suruh dia pasang radio utk hilangkan rasa mengantuk kami. tapi dia pasang cerita P Ramlee.. saya bgtau saya bertambah mengantuk. tapi cara husband hilangkan ngantuk, cmtula.. bukan tgk pun cerita tu, dengar je pun dah cukup hilangkan ngantuk dia. iyelah, cerita dah berpuluh kali tgk, dengar je pun dah boleh gelak sbb dah dapat bayangkan pun..
 tak lama lepas tu, saya mmg lelap.

kami tidur di kampung 1 malam & esoknya balik ke KL semula.

gitula cerita raya. apasal rasa bosan sangat pulak ni? -___- 


03 October 2014

wake me up when september end..

Salam

Dekat 2 bulan owh tak tulis apape. macam2 hal berlaku sebenarnya. kerja di office memang bertimbun. biasalah kan.. kerja mana pernah habis..

Anak bertuah, Ahmad Zahin Ziyad masuk hospital 2 kali. jadi hidup agak tunggang langgang risau fikir anak.


Alhamdulillah, dah beransur sihat.

Malang tidak berbau, kereta park elok2 lurus masuk kotak pun kalau dah namanya takde rezeki, camtulah. orang langgar. masa tu tgh bawak ibu pergi Nagoya beli kain nak buat stok jubah. tiba2 kawan ibu yg merupakan jiran kami, call. mintak maaf sebab suami dia langgar kereta saya yg sedang parking elok kat kawasan rumah.



Makcik tu suruh repair & claim duit dengan dia nanti. tapi masih tak berkesempatan nak repair pasal kami laki bini sibuk. 'cedera' macam ni, mmg kene masuk workshop berhari2 la.. husband outstation sepanjang minggu ni. jadi husband guna kereta dia. takdapatlah saya nak pinjam. eh, tapi kalau husband bagi pinjam pun kereta dia, saya pulak yg tak confident nak drive kereta dia. myvi tetap dihati. comel, mudah nak mencelah=P

Gitu la update sikit. ok, bye. nak g meeting dah.


18 August 2014

'Aqiqah anak, bila patut buat?

Salam.

'Aqiqah biasanya kita dengar orang buat bila seorang baby baru dilahirkan. tapi sebenarnya tempoh 'aqiqah adalah dari anak dilahirkan sehingga sebelum anak tersebut baligh. Seelok2nya hari ke 7 selepas kelahiran. Tapi kalau tak mampu, boleh ditangguhkan.

Hukum 'aqiqah adalah sunat mu'akkad. Sunat yang sangat digalakkan utk kita lakukan. Selepas tertangguh atas pelbagai sebab tak dapat dielakkan, akhirnya dapat jugak kami lakukan ibadah 'aqiqah utk Ziyad. Perancangannya nak buat kat rumah AG. tapi disebabkan ibu masih belum 'kuat' nak ke sana, kami plan buat di rumah 350 je.. buat kat padang permainan, sewa khemah. kalau dalam rumah 350 mmg xmuat sbb rumah flat comel sangat.

lepas dah timbang tara, survey kos utk sewa khemah, jugak kos jika sewa dewan kecil yg bersebelahan padang tu, termasuk caterer, kambing, kerusi meja semua, boleh tahan juga harganya. dan boleh tahan jugak lecehnya nak uruskan dan deal dgn pelbagai2 org. Akhirnya, kami decide nak ambik je package dari Felda D'Saji. 

Felda D'Saji ada tawarkan pacakge utk majlis 'Aqiqah. boleh check website dorang utk tahu lebih lanjut.

Lepas tu, ibu invite adik saya utk buat 'aqiqah Humaira. Jadi kos majlis untuk 150 orang dah dibahagi 3 apabila kami putuskan utk buatkan majlis bacaan tahlil utk arwah abah. tapi tetaplah kos kambing yg berasingan perlu dibayar ibubapa anak masing2 sbb itu adalah tanggungjawab ibubapa yg buatkan 'aqiqah anak.

untuk Ziyad (anak lelaki), 2 ekor kambing dan utk Humaira (anak perempuan), 1 ekor kambing. memang ada ceramah ustaz yg saya dengar, jika ibubapa tidak berkemampuan, memadai 1 ekor kambing utk anak lelaki. tapi utk mendefinasikan pasal kemampuan, terlalu luas. jadi kami takmo ambik kesempatan atas faktor kemampuan ni. InsyaAllah, ada pendapatan tetap, rasanya berkemampuanlah kot. cuma cara pengurusan kewangan kenalah betul.

"kitorang buat 'aqiqah sekor kambing je.. tak mampu nak buat 2 ekor.. lagipun takpe kalau tak mampu, sekor pun boleh" sambil tangan bimbit handbag LV, baju bertag designer, kasut designer, tudung Fareeda.. 
ini yg diberikan contoh mengambil kesempatan atas faktor kemampuan. jangan macam ni ye ibu2, bapak2..bezakan antara kehendak & keperluan.

these are the pangantins of the nite.
 Ahmad Zahin Ziyad

Aisyah Humaira

Majlis bermula dengan ketibaan tetamu jam 6 petang. takdapat nak booked tempat tengahari sebab Felda Villa penuh booking sampai September. Kami memang nak buat sebelum September sbb nanti adik perempuan saya akan balik ke kampus awal September.

6.45 petang, kami adakan bacaan Yaasin & Tahlil didalam dewan kecil yg disediakan. Kemudian, solat Maghrib berjemaah dan jamuan makan. 2 ekor kambing dibuat kambing golek manakala seekor lagi kambing dimasak gulai kurma. By 10pm, tetamu dah pulang ke rumah masing2. 

the foods

the entrance of Felda Villa

Small air-conditioned hall. Mintak management pasangkan carpet n sejadah for solat jemaah. rasanya hall ni guna utk tempat makan kalau tak letak carpet tu.



 
tetamu

itu sajalah serba ringkas pasal majlis 'aqiqah Ziyad dan Humaira ni. InsyaAllah, ada rezeki boleh buat lagi majlis kat sini. Mudah. ibarat one stop centre gitu.. tak yah pening2..

11 August 2014

Jamu, supplement & herba berpantang?

So, ambik set bersalin mana?

takde maknanya set bersalin. unexpected nak berpantang masa usia kandungan baru nak masuk 12 minggu.

Pati haruan


Since D&C ni takde luka luaran, xde jahitan episiotomy, tapi saya masih tak boleh ambik enteng. bila baca procedure D&C ni, saya terbayangkan dinding rahim saya pasti 'luka' akibat proses tersebut. jadi, saya amalkan pati haruan. actually tak tahu nak beli brand apa, ambik je Hairwany bila terpandangkan wajah 'sejuk' Imam Muda Asyraf kat packaging dia..

tapi yang sebenarnya, lebih elok kalau dapat ikan haruan sebenar. malangnya, bukan senang nak dapat haruan tiap hari masa berpantang.


berstokin. yang sebenarnya orang dulu2 kata kena jaga ibu jari kaki jangan sampai tersepak or tersadung. mentang2 takde jahit macam beranak, senang hati betul sarung seluar. nampak sangat kain batik time berpantang beranak je..

Manjakani

Manjakani biasa saya beli kat kedai India berhampiran rumah. 5 biji RM 2. rebus dan air tu buat cebok. tapi baru2 ni balik kampung husband, rupanya kat kampung ada pokok Manjakani. tak perasan pun selama ni. husband pun tak tahu. rupanya Mak Ngah husband sy yang tinggal serumah dengan bapak mertua saya yg tanam.. hihihi.. katanya dia amalkan Manjakani sampai sekarang. Nanti nak mintak tolong Mak Ngah saya tanam pokok sireh pulak. boleh buat 'kebun kewanitaan'.

elok rebus dalam periuk tanah katanya. tapi saya xde periuk tanah. pakai jela periuk kaca.

sesuatu yg saya pelajari dari Mak Ngah ialah, jemur biji Manjakani tu dulu. tak tahu lah cara yg sbnrnya mcm mana sebb selama ni saya tak pernah jemur pun. beli kat kedai, terus rebus je. tapi memandangkan makngah saya ni 'org lama', jadi mungkin cara dia lebih berkesan kot.

rebus, tak perlulah lama2 sangat. dalam 10-15 minit je. tunggu suam2 sikit, bolehlah buat cebok.


Kadang2 saya rebus khas utk buat minum. tak minum hari2 sebab pernah terbaca kat mana tah, katanya Manjakani boleh buatkan kita menopause cepat. tak tahu kebenarannya. tapi kita berwaspada je. minumlah berpada2, jgn plk amalkan mcm minum air masak.

Ekstrak Kacip Fatimah.


EKF ni glamour dalam fb Dr. Zubaidi. saya yakini produk ni sbb dia keluaran hasil penyelidikan researcher kat UTM. saya beli online. baru beli 1 botol dalam tu ada 60 caps. belum habis lagi. Saya beli dah lama. sebelum tahu mengandung, masa nak start TTC for the 2nd, saya amalkan ni. tak sempat habis sebotol, dah positive pregnant. so kene stop. time pregnant takleh makan. sekarang ni, makan la balik.

Tonik Cap Gajah



Tonik ni ibu yang belikan. katanya dulu masa dia beranak, makan tonik ni dan bagus. makcik2 saya pun kata benda yg sama & menurut mereka, tonik ni paling glamourlah zaman dulu..

Pengalaman saya makan tonik ni, mmg ia melancarkan peredaran darah. saya ambik masa hari kelima selepas D&C. waktu tu, darah yang keluar dah hampir kering. tapi lepas je minum tonik ni, darah keluar balik & melawaskan perut serta senang nak buang angin. harapannya tgk darah keluar balik tu, moga2 rahim boleh bersih & xde darah kotor yg tertinggal.

setakat ni ini saja yg saya amalkan masa berpantang 2 minggu di rumah. tapi bila dah masuk kerja, MC dah habis sbb doktor bagi 2 minggu saja, saya tetap berstokin (mujur working attire sy membenarkan sport shoes) jadi kaki sentiasa hangat. saya masih pakai sweater, & untuk bengkung, saya gantikan dengan bengkung moden & girdle. sblm tu saya sapu juga lotion Anugerah yg warna hijau tu sebab nak sapu minyak NR kang, habis 1 bilik office bau macam orang beranak. hihihi.. lotion Anugerah tu, bau dia wangi & panasnya tahan lama. kalau rajin, waktu tghari, saya sapu sekali lagi.

Alhamdulillah, setakat ni, ukuran pinggang dah kurang 4 inci. harap kekal atau kurang lagi. jangan naik dah la.. takut macam beranak ziyad dulu, hari pertama masuk kerja, selim melim lebih dari sebelum kawin, sekali lepas 2-3 bulan, naik balik.. consistency is the keyword!

25 July 2014

pesanan yang agak cliche.. tapi bacalah sampai habis dulu..

Kedatangan Syawal kali ini, memang direntetkan dengan pengajaran & pengalaman yang berharga.

First time buat business online, Rak Bonda Collection. Alhamdulillah.
dalam berniaga ni, rugi itu pasti. tapi untung tidak mustahil.
terima kasih kepada semua customer Rak Bonda Collection.
Rasanya by this time semua dah dapat cadar patchwork. dah boleh tidur lena ya..

Lepas je register SSM, saya pregnant. mungkin mood teruja dengan Rak Bonda tu. hihihi.. masa dapat tahu pregnantkan Ziyad dulu pun, mmg saya tengah teruja dengan rumah AG & majlis adik saya. so,bila happy, no stress, ia macam stimulate hormon saya utk balance & senang conceive. semestinya rezeki dari Allah, kan?

bila pregnant, sy slow down sikit dgn Rak Bonda. kalau ikutkan byk plan nak buat. lagi2 Ramadhan just around the corner. nak all-out kononnya. tapi, Allah cepat2 sedarkan saya bahawa bila-bila masa Dia bagi rezeki, bila2 masa juga Dia boleh tarik. Alhamdulillah atas peringatan itu. tanda Allah masih syg pada hambaNya yg lemah ini. dan diberi pengalaman D&C.

"abang, ct tak tahu nak cakap macam mana. tapi ct syukur sangat sebab Allah bagi ct rasa kesusahan nak pregnant so that ct kenal apa itu TTC.. lepas tu Dia bagi pengalaman mengandung.. pengalaman induce.. sekarang ni, pengalaman D&C.. my motherhood journey is so colorful" - ini yg saya luahkan pada husband waktu perjalanan balik dari hospital lepas D&C.

Atas sebab inilah, saya kongsikan cerita & pengalaman ini dalam blog ini. dengan niat, mudah2an sedikit sebanyak dapat membantu pasangan suami isteri diluar sana. Saya tulis blog utk berkongsi ilmu yg sedikit ini. Maka saya menulis bukan pada waktu bahagia saja, tapi waktu berduka juga. asalkan bila saya rasa apa yg saya lalui itu dapat sesuatu pengajaran atau ilmu, maka saya kongsikan. 

Dari zaman perancangan nak kawin dulu, sampailah dah beranak ni. semuanya melalui pengalaman saya sendiri. suka atau duka. asalkan sy rasa ada sesuatu yg boleh dimanfaatkan, saya tulis.

Semua penulis akan mati, hanya karyanya akan terus abadi. Maka, tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan kamu di akhirat nanti -Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Dan saya berharap sangat, selama saya menulis ini, nawaitu saya tidak menyimpang. tapi, penulisan, tetap penulisan dan setiap pembaca mempunyai intonasi yg berbeza bila membaca sesuatu ayat. dan sebagai hambaNya yg lemah, saya tidak lari dari melakukan kesalahan.

dengan ini, saya memohon maaf, andai sepanjang penulisan saya di blog ini, ada ayat2 saya yg berintonasi mengguriskan hati sesiapa saja yg membacanya, saya mohon ribuan kemaafan.

Maaf Zahir & Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

23 July 2014

Rumah 350 : Jom berkemas raya!

Tinggalkan dulu hal berpantang & jamu..hihihi..

jom cerita raya!


Inilah anak bertuah yang paling rajin berkemas tanpa kenal erti penat..

Raya yang tak sempat nak buat persediaan.

Since sejak awal puasa saya dah tak boleh bergerak ke mana2 melainkan berbaring di katil & berpantang, jadi persiapan raya mmg takde. nasib baik baju melayu Ziyad saya dah sediakan awal2 sbb memang niat takmo berjalan time Ramadhan lagi2 time tu dah tahu pregnant. sekali, Allah makbulkan niat, xleh berjalan langsung time Ramadhan. Allahu Akbar! Allah Maha Mengetahui segalanya.

Baju melayu husband guna balik baju Melayu masa adik saya bertunang dulu. orang lelaki, baju melayu tak perlu tempah setiap tahun, rasanya. Kot ada jgk suami2 yg tiap2 tahun tempah baju melayu baru? ada?

Baju saya pulak, mmg awal2 dah sediakan jubah sebagai langkah selamat sebab tak tahu perut mengandung akan sebesar apa masa raya. sekali, ramping balik rupanya. jadi, pakai jelah jubah yg disediakan tu. Jubah yg keluarga saya beli di Madinah.

Kuih raya? xde pun. mungkin beli je kot kerepek2 since sepanjang puasa ni saya memang melepek je.

Rumah. Kami beraya di kampung husband tahun ni. dan rumah AG memang tak 'bersentuh' lagi. mungkin lepas raya ni kita buat sikit make over sebab tahun depan giliran raya rumah family saya & cadangannya nak berkumpul di rumah AG.

untuk pengetahuan, dah setahun lebih arwah abah meninggal & ibu saya masih tak sanggup nak jejak kaki ke rumah AG sebab few days before arwah meninggal, arwah ada ajak ibu pergi rumah AG & overnite. tapi tak terlaksana. begitu jugak dengan kampung husband. awal2 ibu dah cakap dia tak sanggup lagi nak jejak ke sana sebab arwah abah saya teringin sangat nak datang menghadiri majlis akad nikah bapak mertua saya, tapi tak kesampaian jugak. inilah 2 tempat yg masih 'pantang' bagi ibu. hopefully, by next year, ibu dah ada kekuatan utk ke AG.

Jadi, tahun ni kami akan bertapa di KL saja. rumah 350. last week, husband cat rumah 350. walaupun rumah sewa, tapi haruslah kita jaga & belai dengan baik kan? macam kita selalu harapkan agar penyewa tak jahanamkan rumah yg kita bagi orang sewa, macam tulah harapan tuan rumah kita.

Dinding rumah ni masih elok lagi sebenarnya. walaupun Ziyad dalam fasa suka pen & akan conteng2 apa saja termasuk diri dia sendiri (-_-"), alhamdulillah, we managed to train him not to conteng or buat sebarang vandalism terhadap dinding rumah! thanks to ibu saya jugak yg banyak ajar & train Ziyad utk lebih behave.

walaupun bersih dari contengan, tapi dinding ni dah nampak tompok2 kuning. mungkin kah cat lama tu dah berkulat atau chemical reaction of the paintings after some times? tak tahulah. jadi, kami cat kan saja. moga2 bila sampai masa kami dah tak sewa rumah 350 ni, tuan rumah akan berpuas hati dengan jagaan rumah ni. sedihkan, bila penyewa pindah keluar, tinggalkan dinding penuh berconteng & bertebuk? kalau boleh, tolonglah cat balik dinding tu. bukan mahal pun cat. yg mana dah bertebuk2 tu, tampal je dengan plaster simen. bila kita buat orang happy, insyaAllah, orang lain juga akan buat kita happy. cmtu la..


Inilah tompok2 kuning tu.. macam kertas yg dah lama akan ada kesan kuning, dinding ni pun cmtu..

frankly, we didnt expect ramai tetamu akan datang during this raya since we will organise Majlis Tahlil & Aqiqah at Felda Villa pertengahan Syawal nanti. ramai saudara mara terdekat dah dijemput ke majlis tu. but, still, kalau ada lagi tetamu nak datang rumah, we are more than happy.


the outcome.. baby blue..

dinding dah bersih di cat. tinggal nak menyusun & menyorokkan 'harta karun'. hihihi..



Dapur pun husbnad cat. perasan tak color tu? yup! lebihan cat dari bilik Ziyad.. hihihi.. jgn membazir and kebetulan dapur tu mmg nak buat tema biru hijau..

itu je lah persediaan raya. tak menarik kan?

22 July 2014

Lepas cuci rahim, perlu ke berpantang?

Sebenarnya, saya bukan dalam kategori keguguran. sebabnya kandungan tak gugur pun. rahim membesar sesuai dengan usia kandungan 11-12 minggu, hanya janin saja yg takda. bila dah janin takde, mestilah xde degup jantung semua. keadaan ni dipanggal blighted ovum atau bahasa makcik2, kandungan kosong. kalau ikut kepercayaan nenek-nenek dulu, janin di'culik' bunian. tapi kita ni sejak dari sekolah menengah sampai masuk universiti belajar biology, mestilah kata mengarut, kan? yup, mmg mengarut sebab secara saintifiknya, sperma memang dah berjaya senyawakan ovum cuma semasa pembahagian sel, berlaku kelainan samada pada proses pembahagian sel atau kerosakan kromosom secara genetik. wah, gitew kelas biology kita hari ini.

jadi, bila janin takda, maka tak perlulah nak biarkan rahim semakin membesar dengan kantung kosong sbb lama kelamaan, boleh bahayakan diri sendiri. sebab itulah, saya buat D&C.

"Nurse, after this, do i need to pantang?"

"eh, mesti! pantang macam orang bersalin jugak tau"

"oh, saya confused sbb ramai orang kata takyah pantang" (bukan orang kata, tapi baca kat internet, blog2 semua..hihihi)

"ooo... boleh je takmo pantang. tapi nanti dah tua, you sakit2 urat je lah"

nurse senyum & terus pergi. Saiko. sampai sekarang saya ingat & kejadian ini yg buat saya kembali semangat tiap kali rasa malas nak pakai bengkung, malas nak bertungku, pendek kata, malas nak berpantang, datang.

seriously, kadang2 lupa yg rahim kita ni tak sihat. besi2 dah godek2 rahim kita masa kita pengsan. sebab tak rasa sakit, tak kena jahit. tu yg selalu lupa diri.

oklah, saya berpantang dengan bersungguh kali ni berbanding masa beranakkan Ziyad dulu. mungkin pantang sorang diri, xde anak kecik nak jaga, nak susukan semua.Ziyad pulak tiap pagi husband hantar rumah ibu sebelum g kerja & tinggal saya sorang diri kat rumah belai diri. bertungku, berbengkung, mandi minyak, mandi herba, makan jamu dengan jayanya tanpa risau sebab mmg takde baby menyusu.

Mandi Herba

reneh dengan api kecil supaya khasiat2 herba dapat dikeluarkan.

Warna air mandian semakin pudar dari hari ke hari.. masa utk tukar uncang baru.

Mestilah mandi air suam. Since kat rumah 350 ni takde water heater, jadi saya masak air pakai cerek elektrik. biasanya 2 kali masak. 1st masak, masuk dalam baldi & campurkan air biasa. jadi suam2 je utk mandi. tambah dengan air rebusan uncang mandian herba ni. uncang ni, saya reneh dalam periuk kaca sbb syg cerek elektrik takut melekat bau herba. ikutkan hati, nak je masak dalam cerek skali.

uncang ni boleh pakai 3-4 kali mandian. makin lama warna herba makin hilang, maksudnya dah bolehlah ganti uncang baru.

Mandi minyak

Sapu minyak panas ke seluruh badan. biasanya lepas mandi dengan air suam, liang2 roma akan terbuka. jadi elok sapu minyak supaya meresap masuk. saya pakai minyak herbanika dari NR. memang suam je badan. memula saya akan sapu pada kaki pastu pakai stokin. lepas tu baru sapu kat badan, tangan, semua..

Berbengkung

Dalam pantang ni, bengkung kenelah ada 2-3 helai sbb seelok-eloknya pakai 24 jam kecuali waktu mandi je la. masa beranak ziyad dulu, saya paling culas pakai bengkung. lagi2 berat badan kurang dari sebelum mengandung, lagilah kembang hidungkan? kengkonon dah kurus lebih dari target asal. takmo lah berbengkung. leceh kononnya. akibatnya, lepas 2-3 bulan beranak, perut yg hampir six pack, kembali buncit. lagi2 lepas habis pantang minum ais. makin menjadi2.. so, sekarang saya insaf! in fact saya beli lagi bengkung baru sbb bengkung sentiasa.

awal2 tu, saya pakai krim herbanika barut & tuangkan setitik 2 minyak herbanika. sapu kat perut, pinggul, dan belakang pinggang. balut dengan kain lampin tak pakai, lepas tu baru ikat bengkung dari bawah ke atas ya! ni mak bidan masa ziyad yg ajar. kalau dari atas ke bawah, nanti peranakkan boleh tertekan turun kebawah. tak pasal2 nanti kene sengkak balik. azab sakit kene sengkak, ok!

reason lapik dulu dengan kain lampin before berbengkung, sbb taknak bengkung kotor. at least, kita just perlu tukar kain lampin yg baru je. bengkung boleh tukar hari2 seelok2nya atau 2 hari sekali. dalam pantang elok berpeluh supaya badan sihat. jadi, mmg bengkung kene basuh selalu & itulah sbbnya bengkung kene lebih dari sehelai.

selain dari sapu krim ni, saya juga amalkan petua turun temurun. sapu dengan campuran kapur makan & air limau nipis. Alhamdulillah, kulit saya xde alahan dengan bahan ni sbb kalau ikut ibu saya, mmg dia xleh.. kulit jadi gatal and ada sesetengah orang, kulit hitam mcm terbakar.

Bertungku


Ini boleh buat awal pagi sebelum mandi. tanggalkan bengkung & bertungkulah. bertungku pun kene cara yg betul. saya pun sbb mak bidan Ziyad yg ajar. sebelum tu, ibu pun ada ajar. kene ingat jgn tungku tengah perut. tungku di keliling bahagian bawah perut dgn cara menolak ke atas. alasan masih sama, takmo peranakkan jatuh. so, rutin saya, bangun pagi, bakar batu tungku. saya pakai batu sungai. bakar atas dapur dengan api kecik so panas batu tu akan tahan lebih lama berbanding panaskan dengan api besar. batu sungai saya xdelah besar sangat. kalau besar2, berat, pun xelok utk peranakkan. lebih bagus kalau ada daun mengkudu. letakkan batu aas daun mengkudu baru balut dengan kain. daun mengkudu ni bantu buang angin dalam badan. kali ni saya xpakai sbb xde daun mengkudu. time ziyad dulu, mak bidan bagi serimbun!.

kiranya, bangun -->bertungku -->mandi herba -->mandi minyak --> berbengkung --> baru boleh makan!

bertungku boleh buat pagi & petang. kalau rajin, malam. 3kali sehari. bagus keluarkan darah kotor.
Makan

Macam biasalah lauk orang pantangkan. husband cuti 2 hari lps D&C tu. so, awal2 tu mmg dia yg masak & buatkan semua termasuk jaga Ziyad. pastu bila dia kerja, dia dah siapkan bersihkan ikan semua. senang utk saya masak masa dia kerja.

 

Saya guna khidmat ibu & pakcik goggle utk tgk apa yg boleh & tak boleh makan. dalam pantang, masih amalkan susu kambing. Shaker dah tukar baru! Shaker lama susu asyik terkeluar time goncang. pastu susah nak bukak.. last2 beli shaker tupperware. puas hati! kalau nak, saya ada jual..hihihi.. whats app je 019 2567011..menyempat lagikan nak iklan?

next entri saya cerita pasal jamu & supplement masa pantang ni. kali ini lebih bebas pasal jamu sbb xsusukan baby.

18 July 2014

Ramadhan : Dilation & curettage (D&C) atau cuci rahim

Sebenarnya, saya sangat berdebar2 untuk jalani D&C. start google cari info masa bedrest seminggu tu. ada yang kata tak sakit sebab tak sedar apapa. tapi ada yg kata sakit contraction macam nak bersalin.

Memandangkan saya dah ada experience bersalin, jadi saya ingin kongsikan pengalaman D&C atau cuci rahim pulak. rentetan cerita macam mana & kenapa kena cuci rahim, boleh rujuk entri sebelum ni. kalau flashback lagi sekali, panjang berjela pulak entri ni.

hari Selasa tu, start pukul 5 pagi saya dah start berpuasa. Bulan Ramadhan kan, kira lepas sahur dengan suami, saya berpuasalah tapi bukan niat puasa Ramadhan, tapi puasa sebab nak bius utk D&C tu.. syaratnya kene puasa at least 6 jam sebelum D&C. D&C saya dijadualkan pukul 12 tengahari.

InsyaAllah, ada rezeki yang lebih baik selepas ini.
pagi tu sebelum pukul 8 dah sampai hospital. masuk day care saja sebab petang nanti dah boleh balik rumah. lepas register semua, nurse masukkan ubat untuk induce bagi pintu rahim terbuka dan 'lembut'. macam masa lahirkan ziyad dulu pun saya kene induce jugak. lps masuk ubat xboleh bangun or pergi toilet sebab takut ubat jatuh & tak berkesan. dalam pukul 9.30pagi macam tu, saya dah terasa mild contraction. kemudian Dr. Sudha datang utk check. tak lama lepas tu, anaesthetist datang untuk explain procedure dan ambik tandatangan kebenaran.

contraction. memang ada. tapi tak sehebat contraction masa kita betul2 bersalin ada baby kat dalam perut. mungkin waktu bersalin tu, berganda2 sakitnya sebab surges dari baby jugak. jadi, bila dah lalui sendiri baru tahu yg contraction utk D&C ni tak sama macam contraction bersalin. saya agak nervous pada mulanya sebab ada terbaca kat mana tah, katanya contraction sama mcm nak beranak. huhuhu...rupanya, bagi saya tak sama pun. contraction nak beranak, MAHA hebat, ok..

11.30pagi, dah siap2 untuk ke Operation Theatre (OT), sekali lagi jumpa anaesthetist yang sama, Dr. Zuraina. Dr. Zuraina siap2kan pakai drip, masukkan ubat bius/tahan sakit sementara ada 5 lagi nurse yg lain tengah sibuk2 setting alatan pada badan. kemudian, saya nampak Dr. Sudha. Dr. Sudha usap lengan saya & cakap "everything will be fine, dear.. keep praying". walaupun berlainan agama, tapi setiap agama pun ada Tuhan untuk bergantung harap,kan?

the best part yg rasa touching sangat masa Dr. Zuraina bagitau,

"saya nak masukkan ubat tahan sakit ni ye.. baca bismillah & mengucap syahadah"..

seriously, masa ni tersedar, i cant take this for granted. buatnya lepas kene bius, terus tak sedar2 langsung, cmne? sebab sebelum ni, bila dapat tahu perlu buat D&C, saya nervous sgt. tapi selalu pujuk diri "alah, cuci rahim je pun.. minor operation".. lagi2 bila baca dan dengar pengalaman orang lain, rata2 cakap "alah, cuci je.. takde pape. tak sedar..tak sakit pun". tapi bila Dr. Zuraina suruh mengucap tu, saya sedar, anything can happen & saya imagine the worst it can be.. sedangkan doktor yg hari2 dok bius orang tu pun masih serious dengan D&C ini. inikan pulak saya yg baru 1st time jalani operation.

lepas tu nurse suruh sedut gas. "ini gas oksigen ye, sedut dalam2".. rasanya 2 atau 3 kali sedut kot, saya pengsan.

Tau2 je, Dr. Zuraina kejutkan suruh bangun. semua orang hilang. tinggal seorang nurse je dekat sisi saya.

"dah siap ke nurse?"

"dah"

"dah? pukul berapa sekarang?"

"1"

lepas tu saya mintak nak tengok 'hasil' cuci tu. nurse tunjukkan. memang hancur. bukan berketul ke ape. tak lama lepas tu, saya dibawak balik ke wad day care. husband memang menunggu temankan dari pagi. kalau bersalin, bolehlah husband teman sampai labor room. tapi untuk D&C ni tak bolehlah masuk OT.

rehat & nurse suruh tido. tapi saya takleh tidur pun.tak lama lepas tu, Dr. Sudha datang melawat. dia bagitau yg rahim saya mengembang besar sejajar dengan usia kandungan nak masuk 12minggu. bila dengar ni, makanya, saya tahu, saya patut berpantang utk kecutkan balik rahim.

"your rahim besar ye. match dengan 11-12weeks."

"got baby tak doktor?" kalau ada betul ada pun, mmg dah tahu tak dapat diselamatkan. tapi tah kenapa spontan pergi tanya lagi.

Dr. Sudha hanya gelengkan kepala saja. lepas dah discuss pasal MC, next appointment semua, Dr. Sudha bagi discharge tapi perlu kebenaran dari Dr. Zuraina pulak. kemudian, nurse kata kalau dah tak rasa pening, dia akan orderkan makan. boleh makan & tengok muntah ke tak. kalau tak, boleh tukar baju & kencing. mesti kene kencing, baru boleh balik. hahaha..

lepas dah makan & tukar baju semua, bagitau nurse saya nak discharge. Dr. Zuraina datang utk check & bagi kebenaran utk balik. tapi stil tak boleh buat kerja berat & tak boleh memasak utk hari tu sebab kesan ubat bius akan hilang selepas 24jam. takut tgh masak, tiba2 pitam or pening, bahaya.

Alhamdulillah, sampai rumah pukul 5ptg. dan bermulalah episod cuti rehat selama 2 minggu..

macam tulah pengalaman saya Ramadhan kali ini.

#PrayforGaza
#PrayforMH370
#PrayforMH17
#PrayforSabah

30 June 2014

Ramadhan Eve : Yes! We are pregnant.. tapi..

Salam.

Masa saya menulis entri yang bertajuk 'Proses kenalkan susu formula untuk Ziyad', saya tak tahu yg saya dah pun pregnant. sedangkan dalam masa yg sama, kami baru saja memulakan usaha utk mengandung. Entri tu saya tulis dulu & simpan dalam draft. bila disahkan positif mengandung pada 14 Mei 2014, keesokkannya baru saya publishkan entri tersebut.

Alhamdulillah, kali ini dipermudahkan untuk saya mengandung tanpa perlu menjalani rawatan seperti dahulu. Susu kambing Purenat pun tak sempat habis lagi. Pati Delima pulak dalam proses nak beli botol yg baru sebab dah nak habis.

Kali ini, tah macam mana saya tak dapat nak daftarkan kehamilan saya di KIA Tanglin macam Ziyad dulu. saya harus ke KIA mengikut alamat rumah sedangkan saya lebih selesa di KIA Tanglin sebab dekat dengan office & dengan sejarah GDM yg memerlukan saya kerap berulang ke KIA nnt. akhirnya, husband bagi green lite utk bukak buku di klinik swasta saja.

Kami ke Klinik Melati Utama. Doktor disitu ialah Dr. Khaizan yg merupakan makcik kepada kawan baik saya, Anum. masa 7wks, saya pergi ke klinik tu utk scan dan bukak buku. hasil scan, baby tak berusia 7 minggu seperti yg sepatutnya. sebaliknya berusia 5minggu 5 hari. Dr. Khaizan kata normal memandangkan period saya adalah irregular, jadi ovulation saya mungkin lebih lambat & usia baby masih muda. dia nasihatkan utk datang sebulan lagi & baru bukak buku.

Mengandung kali ini, saya selalu rasa sengal di bahagian pinggul. kadang2 kaki kanan selalu rasa cramp. saya fikir mungkin sbb saya drive pergi & blk kerja dengan heavy traffic jammed. Masa 9 minggu, kebetulan kenduri di kampung, saya dapat rasakan sakit tu makin kerap. saya fikir mungkin sbb banyak duduk. lagi2 duduk dilantai sejuk. iyalah, kalau rumah sendiri, asal terasa sakit, cepat2 g baring luruskan badan atas tilam. kemudian, masa 10 minggu, terjadi lagi. kebetulan, mmg masa tu kenduri di KL. maklumlah, nak dekat Ramadhan, banyak kenduri kendara. saya anggap sakit tu biasa sj akibat duduk terlalu lama.

Kemudian, saya terkejut bila nampak kesan darah waktu ke tandas. masa tu mmg masih terasa sengal di pinggul dan bahagian kanan. terus bagitahu husband dan kami bergegas ke Pusrawi sebab hospital tu yg paling dekat dengan lokasi kenduri. tinggal Ziyad & ibu dirumah kenduri yg merupakan rumah pakcik saya. Sampai ke Pusrawi, terus ke bahagian Emergency. Malangnya doktor yg bertugas adalah lelaki & bukan pakar dalam O&G. Jadi kami terus ke Columbia Asia Setapak.

husband tgh register kat Columbia
Sampai di sana, nasib baik doktor O&G masih ada walaupun sbnrnya doktor dah dalam kereta nak balik rumah. rezeki. kalau tak, terpaksalah ke Ampang Puteri, hospital yg hanya akan dituju jika tiada pilihan langsung. 

Dr. Sudha scan. Hasil scan, usia kandungan baru 6minggu 6 hari . hanya ada sac, tanpa janin apatah lagi degup jantung. Doktor check pintu rahim. Closed. Jadi, doktor beri tempoh masa seminggu utk tgk progress memandangkan pintu rahim masih tertutup. kalau pintu rahim terbuka, itu bermakna, saya keguguran. doktor bagi Duphaston & bedrest dirumah. berehatlah saya di rumah.

sepanjang berehat tu, saya dah redha. saya dah dapat rasakan yg kali ini belum lagi rezeki kami.

sehari sebelum appointment dengan Dr. Sudha utk tgk progress, saya jumpa Dr. Khaizan. Seek for 2nd opinion. Dr. Khaizan diagnosed as Blighted Ovum. kandungan dengan kantung yg kosong tanpa janin dan nasihatkan for dilation & curettage (D&C) atau bahasa mudahnya, cuci rahim.

Keesokkannya, kami jumpa Dr. Sudha di Columbia. hari tu adalah Ramadhan Eve. bila scan, Dr. Sudha notice ada janin. kami buat TVS (Trans Vaginal Scan). tak mengerikan pun sbb waktu jalani rawatan utk mengandung, tvs tu mmg bestfriend sy setiap bulan utk monitor telur(ovum). ya, janin ada. tapi tak sihat. terlalu kecil jika dibandingkan usia sebenar & tiada heart beat. doktor nasihatkan D&C. macam yg saya katakan, saya dah redha. jadi hasil tu, tak begitu mengecewakan saya. itulah kot kemanisan redha. bila kita redha, seburuk mana pun berita yg di terima, insyaAllah, kita boleh terima dengan hati terbuka tanpa menitiskan air mata.

itulah cerita kami di hari menjelang Ramadhan.

Hari ini, sepatutnya sy jalani D&C tapi saya minta tangguh esok. dah seminggu saya tak masuk office. saya perlu siapkan kerja2 saya agar saya boleh berehat & berpantang dengan tenang. husband pun dah 2 minggu tak masuk office sbb outstation. walaupun Dr. Sudha keberatan sbb minggu ini, saya akan memasuki minggu ke 12 yg secara teorinya had selamat utk D&C dengan 1% komplikasi.

Mohon doakan saya dapat menjalani D&C tu tanpa komplikasi ya.. lepas tu berazam nak pantang elok2 & sungguh2 agar kembali sihat & boleh usaha utk mengandung lagi. Chayok!

12 June 2014

masalah rumahtangga, salah siapa?

Salam

Rasanya, dalam mana2 perkahwinan, perkara yang paling ditakuti ialah perceraian. iyalah, walau pun di bolehkan dalam Islam ,tapi ia adalah perkara yang dilaknat Allah. Nauzulbillah..

I wrote this as a reminder to myself and mungkin berguna untuk orang lain. Sebab dalam kehidupan sehari-hari, kadang2 kita tak sedar, atau mungkin tak terniat nak buat benda-benda yg akan memudaratkan perkahwinan kita.

Test 'market'

Ramai yang terperangkap sebab konon nak try market. nak tengok samada 'saham' masih laku ke x. ada yang directly taknak mengaku dah kahwin. Nak-nak kalau jenis muka memang baby face atau pun body masih solid, perut tak boroi.

takpun, dia tau the potential 'target' untuk test market tu mmg assumed dia belum kahwin padahal dah beranak berderet. Jadi, dia senyapkan saja. layankan saja. kata test market kan?

Test market ni agak bahaya sebenarnya. mmg pada mulanya xde niat. saja2 nak buang masa terluang 'melayan'. tapi syaitan tu pun tak pernah putus asa, tahu? sedikit 'ruang' yg kita bagi, yang kita alpa, yang kita lalai, itulah titik permulaan. mula2 layan biasa2. tanya khabar kononnya, lama2? 

"maaf syg, abg tak tahu macam mana. tapi mmg hati abg dah sayang kat dia. ia tiba2.. cinta tu datang sendiri"
konon...

"abg, syg mintak maaf. syg pun tak sangka jadi mcm ni. mungkin sbb abg selalu sibuk, jrg ada kat rumah, hati syg dah jatuh sayang kat si dia"
konon..lagi..

gitulah. byk jugak yg macam ni. ada kes, tersalah nombor phone je, layan..layan..layan.. rumahtangga melayang. byk kes kat tempat kerja lah. budak baru, tak tahu status, layan..layan..layan..ingatkan bujang. rupanya laki/bini orang.. alasan, dah terlanjur sayang.. budak praktikal pun boleh tahan tau skrg.. lelaki2 yg dah stable ni lagi dorang suka.. financial stable.. sapa taknak? laki orang, tunang orang, semua dia layan.

jadi, kalau dah berkahwin, percubaan utk test market ni, tak berapa elok sbnrnya. mmg TAK elok pun.. dah berpunya, nak test market lagi pasai apa?

Social media

Fuh~ cakap pasal social media ni, mmg seram. selain senang nak berkomunikasi dengan pantas, dengan kadar murah, applikasi yang semakin canggih termasuk video call, images semua, lagilah.. kamera 360 lagi ko.. kulit halus mulus gitew.. tengok ala2 artis korea, rupanya dah jadi mak/bapak orang.

untuk selamat, letaklah profile picture gambar family. family ok! bukan gambar ko sorang dukung anak. sbb nnt time gatal terkena hasut dgn syaitan, kenkonon nak test market, taknak ngaku budak kecik tu anak sendiri.. dikatanya anak buah..

selain tu, bila letak gambar family as icon/profile picture, secara tak langsung, orang2 yang kita kenal, yg samar2 tentang status kita, boleh terus tahu yg kita ni dah berkeluarga. InsyaAllah, kalau dia orang yg baik2, dia takkan kacau kita/pasangan kita.

Multiple Account

Biasanya kalau dah memang buat multiple account ni, mmg cari nahas sendirila.. mmg dah ada niat nak melencong dah tu.. xnak dikesan. tapi remember, Allah ada.. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak,kan?

Reunion

Read about this case a few days ago. rumahtangga berkecai sebab suami pergi reunion, jumpa balik girlfriend lama. pastu bagi alasan kat bini sebab kesian kat girlfriend lama tak kawin2 lepas ditinggalkan dulu.. padahal, the key point kat sini, kalau ko tak gatal2 g ambik phone number, contact2 balik dengan girlfriend lama konon tanya khabar, konon keep in touch, perasaan kesian tu tak wujud dan berkembang.

gitu lah. mungkin banyak lagi perkara-perkara yang harus kita berhati-hati. mungkin kita perlu jaga Iman kita. insyaAllah, bila iman terjaga, semuanya akan baik-baik saja.

selalu yg jadi permulaan setiap hubungan ni, dari bertanya khabar. mmg elok kita mengambil berat lagi2 saudara sesama islam kan? tapi adakah betul2 penting utk kita bertanya khabar? adakah dia orang yg betul & berhak untuk diambil berat akan keperluannya? lagi2 bila berlainan jantina?

Biasanya kita ambil berat bila orang tu penting dalam hidup kita. orang tu membawa makna dalam hidup kita. betulkan? kita tak simply2 ambik berat orang yg tah sapa2 dalam hidup kita.

peringatan untuk diri sendiri. menjaga & menjarakkan perhubungan adalah penting.

mode : takut dengar & lihat masalah2 rumahtangga ni. yg jadi mangsa, anak yg tak berdosa & mengerti apa-apa.. and i believe, its hurts! really HURTS!

05 June 2014

playpen, pentingkah? alternatif lain untuk playpen?

Salam

Sejak Humaira jatuh katil aritu, selain pergi beli baby cot, ibu & abah Humaira beli jugak swimming pool yang sangat besar ni. katanya boleh buat 2 in 1. kalau isi air, boleh jadi pool, kalau kering, letak comforter boleh jadi playpen..

kalau tiup manually, mmg semput.

dah siap! semua mainan sumbat dalam pool tu. jadi rumah tak bersepah sangat. senang ibu Humaira nak monitor bila pool ni letak kat ruang tamu rumah. takpelah, rumah jarang2 terima tetamu. kalau letak dalam bilik Humaira, susah nak monitor sambil buat kerja rumah.

Mungkinkah pool ini akan jadi 3 in 1? selain as swimming pool & playpen, boleh jadi library jugak? Kusyuk benar hah telek buku. ikut ibu la ni, ulat buku..

Lokasi dah berpindah dari sebelah sliding door, terus depan TV since dah pandai tengok TV.

Eh, boleh jadi ruang solat jugak? Hello Barney, awak tgk TV ni, sapa jaga bilik Humaira?

Mungkin kene pindah ke depan TV sebab abah & ibu awak tgh gigih nak setup sudut gym? selamat ber workout la ye..


Another alternatif utk ibubapa di luar sana. kalau rumah besar cmni, bolehlah. kalau rumah 350 kitorang tu, alamat xde ruang nak berjalan dah.