30 December 2011

langsir utk tingkap dapur

Roman blind/shades

jenis yang simple. boleh beli ready made. dah survey kat Nagoya=)

lebih classic & country sikit.. yang ni rasanya kene tempah.

dengan sedikit sentuhan DIY, jahitkan renda & tambahkan balls, dah boleh bagi roman blind lain dari yang lain.

Langsir Fabrik





cantik, kan?

=)

28 December 2011

siapa yang nak kawin ni?

Saya tahu, ada dikalangan pembaca disini adalah kawan-kawan kepada adik-adik saya. Adik saya ada 4 orang semuanya. Jadi dikalangan kawan-kawan adik yang 4 orang ni, ramai yang tertanya2, siapa yang nak kawin ni?

Qaiyum ke? – mungkin. Tapi budak tu baru je keje. Orang lelaki ni ada extra belanja sikit.. iaitu duit hantaran selain barangan kemas utk majlis merisik, bertunang & nikah.

Aimi ke? – kemungkinan besar. Sbb budak tu dah berapa tahun tah keje. Jadi tabungan dia lebih banyak dari semua adik-beradik.

Yang lagi 2 orang tu, adalah mustahil sbb xcukup umur lagi=)

jangan risau. sampai masa, adalah gambar2 sekitar majlis tu nanti di blog ni.. termasuk gambar pengantinnya sekali.. InsyaAllah..

Orang kata langkah bendul ni bila adik kawin dulu dari kakak, kan?

Habis tu, kalau adik kawin dulu dari abang, bukan langkah bendul lah kan?

21 December 2011

landskap belakang rumah & tips untuk cantik

Antara pokok2 yg ingin ditanam di belakang rumah nanti :

Pokok pandan! banyak kegunaannya. selain mewangikan kereta & peti ais, saya boleh guna masa masak nasi utk menambahkan wangi pada nasi.. kalau dah ada kat belakang rumah, hari2 dapat makan nasi wangi. sekarang ni belum ada kat belakang rumah, jadi kene pergi beli selalu kat pasar.. kita tanam sendiri, jimat pelaburan di pasar/Tesco..

bila ada saudara mara kawin, xdelah malu sangat bila boleh sponsor bunga rampai=)

Limau purut.. selain limau tu sendiri boleh dijadikan air mandian sebagai petua hilangkan bau badan, daunnya juga sedap utk masak tomyam kegemaran, daging masak merah kegemaran suami, paprik, telur bungkus, tiga rasa, bla...blaaa..blaaa...

serai.. mestilah utk masakan jugak..

cili padi.. 

Berjuta-juta Lemon! kat Tesco jual sebijik sampai RM1. Lemon bagus sbb dia adalah agen antioksida.. minum setiap pagi air suam yg dicampur madu dan sepotong lemon, mmg menyegarkan. selain utk aweks muda *cepat tulis, lagi petua awet muda ni*

of course, lidah buaya.. kekeringan kulit berkadar langsung dengan penambahan usia.. dengan adanya pokok ni belakang rumah, dah tak yah jadi member Watson & pergi beli Aloe Vera lagi sbb belakang rumah dah ada yg semulajadi lagi segar..


Ulam raja & pegaga.. lagi petua awet muda..

so, apa tanaman dirumah anda?




15 December 2011

candy buffet &dewan majlis

Hi,

Saya tahu sekarang banyak trend majlis kahwin sekarang ada candy buffet. Gila comel! beruntung kanak-kanak zaman sekrang. zaman kanak-kanak saya dulu bila pergi rumah orang kawin, kalau makbapak dapat telur rebus bungkus dalam kertas tisu, anak pun dapat bende yg sama. bila zaman berubah sikit, baru dapat merasa gula-gula pack dalam plastik kecil atau kotak kecil yg ada ucapan terima kasih.

sumber gambar dari blog Hanis Zalikha

Masa majlis adik nanti, kami rasa macam mahu buat juga candy buffet ni. bukak saja di google image dan taip 'candy buffet'. berlambak gambar-gambar contoh candy buffet ni.

tapi semalam, big bos (abah kami lah) dah cakap xyahlah buat candy buffet ni.. sbb xde orang nak jaga. elok sediakan doorgift utk kanak2 siap2 & bagi je bila budak tu datang.

untuk mengembalikan nostalgia lama, memandangkan adik saya pun nak sangat tema tradisionalnya walaupun ada usaha2 utk mengubahkannya kepada modern, saya terfikir utk jadikan ini sebagai doorgift..

Tora datang lagi!

keropok durian.. favourite ni..

hawflakes.. gigih dulu makan sekeping demi sekeping..

gula-gula white rabbit yg boleh dimakan plastik didalamnya.. owh.. sungguh jakun!


semua barang2 kegemaran kanak-kanak yg lahir zaman 80an..

Kita tgk dululah mcm mana nanti.. kot2 adik tukar fikiran & melonggarkan sikit tema tradisionalnya, barulah kakak dia boleh bagi idea lebih gigih. honestly, saya xberapa meminati tema tradisional ni. jadi agak sukar utk berkongsi idea tentang tema ni.

apape pun, kami masih mencari dewan yg sesuai dengan keramaian bilangan ahli keluarga yg besar utk majlis adik nanti.. ada sesiapa ada cadangan? dewan dekat area Ampang..

Saya dah update senarai blog utk bacaan saya.. kalau ada sesiapa yg sudi bagi saya melawat blog kamu, amatlah saya hargai=)