29 March 2010

dijemput hadir

ini adalah salah satu contoh jemputan yg pada saya agak kreatif. jemputan diterima dari seorang saudara mara saya yg telah pun berkahwin semalam..

jemputan bukan dalam sampul surat/envelope seperti kebiasaan..tetapi kotak nipis bercetak 'Wedding Invitation' disertakan nama pengantin & tarikh majlis...bukak kotak dan tadaaaa....

Table calender yg sangat comel..dipenuhi dgn gambar2 pre-wedding mereka.. kemudian diselitkan sekeping kad yg tertulis jemputan pengantin & disebelah belakangnya diletakkan map..pengantin perempuan berasal dari Sabah..jadi mereka tidak berkongsi kad jemputan seperti kebiasaan pengantin buat..dan kad jemputan ini adalah utk majlis disebelah lelaki.. namun seramai 20 orang ahli keluarga perempuan dibawakan khas sari Sabah..

Page pertama dimuatkan gambar2 pre wedding & juga vendors yg terlibat dgn sesi pre wedding mereka seperti photographer, make-up, dress & etc..


setiap muka surat tidak dibiarkan kosong & hanya tertulis tarikh & bulan2 sahaja..tetapi diselitkan gambar2 mereka serta kata-kata pujangga cinta..cececehhh..calender jiwang=) pemilihan gambar2 juga amat bertepatan konsep kalender..walaupun setiap page ada gambar pre wedding pengantin, tapi mereka tidak meletakkan gambar yg focus pada muka..agak praktikal sbb kalau asyik letak gambar focus muka, orang yg terima calender ni mesti bosan tgk..=)



idea ini sangat sesuai buat mereka yg berkahwin pada bulan Dec atau awal Januari..sekurang2nya ada lebih kurang setahun utk tetamu yg menerima jemputann kamu menggunakan calender tersebut..

nah..ini adalah vendor yg bertanggungjawab terhadap cetakan & penghasilan jemputan ini...


saya rasa ini sangat menarik..kamu?

27 March 2010

surat perakuan nikah/kad nikah pintar

rabu lepas bercuti sakan dgn Incik Asben utk settlekan hal2 berkaitan 'bukti' sudah nikah..=) selama ini kami hidup dgn berpegang pada surat perakuan nikah kepunyaan Incik Asben..

ok, sedikit info utk dikongsi bersama pengantin2 yang bernikah di Selangor. Selepas selesai akad nikah, jgn pulak korang berjimba sakan sampai lupa ambik sijil perakuan nikah. in my case, my kariah/ masjid yang memberikan surat kebenaran bernikah ialah di Kajang dalam daerah Hulu Langat. tetapi majlis akad nikahnya diadakan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

makanya, surat perakuan nikah a.k.a sijil nikah perlu diambil di Kajang. jgn lupa datang berdua iaitu suami & isteri sebab surat perakuan nikah ini hanya boleh diambil oleh tuan empunya diri sahaja.. ada 2 sijil nikah. 1 salinan utk lelaki (suami) & 1 salinan utk perempuan (isteri).. even si suami pun tak boleh ambikkan utk isteri sendiri & vice versa. Menurut pegawai/staff kat sana, kalau tak dapat jugak nak ambil sendiri, bolehlah wakilkan sesiapa utk ambik sijil tersebut dgn syarat perlu disertakan surat wakil.

lepas dpt sijil nikah, terus ke Shah Alam utk buat kad nikah pintar. sampai2 je terus ke kaunter pertanyaan. perlu isi borang yg dia bagi & lampirkan photostat sijil nikah beserta gambar suami & isteri berukuran passport. sebab sijil nikah baru ambik, jadi tak photostat pun padahal kena photostat. tapi nasib baik ada kedai photostat. lepas photostat & ambik pas, kena ke bangunan utara, tingkat 9. buat pembayaran disitu. RM 40.

dah selesai bayar, turun semula & ke bangunan sebelah pulak iaitu bangunan selatan utk buat permohonan kad nikah di tingkat 4. jgn tanya saya kenapa nak naik turun lif 2 kali sebab dlm hati saya pun tertanya2 apasal lah tak samakan saja tingkat utk urusan ini. paling tidak pun, sama bangunan dah kira ok.

sampai di tingkat 4, just serahkan resit pembayaran, photostat sijil nikah & gambar. lepas seminggu baru boleh datang & collect the card. but staff tu pesan suruh call dulu before datang utk ensure kad dah betul2 siap or not..ohh..itu sudah pasti..saya mmg 'berhati-hati & faham' sangat berurusan rasmi mcm ni..suka call dulu utk make sure saya tak kecewa bila dah tiba di lokasi sebenar.. saya sangat kedekut cuti=)

utk urusan kad nikah pintar, takyah datang suami & isteri pun takpe..sorang je dah ok..

harap dapat membantu..utk kawasan & daerah lain, saya tak pasti prosedur mcm mane..alangkah eloknya if semua prosedur nikah kawin ni diselaraskan.. mas kawin nilai sama, proses nak nikah sama, proses selepas nikah pun sama.. barulah 1 Malaysia kan?

*Gambar akan di tepek bila berkesempatan* 

22 March 2010

luar pintu/outdoor

Salam..

hari ni macam bersemangat sikit nak upload pics from our outdoor photo session since guna new lappy yg tahap kelajuan & kepantasan bekerja sangatlah membanggakan.. tapi si lappy yg lama tetap ada & elok lagi..just terkedek2 sikit..maklumlah, usianya semakin tua..

sekarang ni bidang photography berkembang dgn maju & pesat.. Si bongsu Irfan yg baru form 2 juga sudah berupaya memiliki  sebuah DSLR dari Nikon..Haih~~ i jugak dgn barang2 lapuk lagi..sekarang sudah trend utk mengadakan pre-wed photo session.. ada jugak yg prefer post wed..dan semestinya kedua2 photo session ini mestilah outdoor..
utk post wed ni memang dipilih pada hari lain..taknak sama dgn hari majlis sebab kami tak nak tinggalkan tetamu di majlis & pergi bergambar2 ditempat lain..tetamu datang mestilah nak jumpe pengantin, tapi pengantin pulak takde sebab g tangkap gambar kat tempat lain..Incik Tunang *pada waktu tu* pun berkeras tak nak buat outdoor hari yg sama dgn majlis..tapi kalau setakat outdoor dpn dewan/rumah, yg dekat2 je, oklah..

betul, kos akan meningkat sikit bila buat outdoor pada hari berlainan.. nak sewa baju lagi, make-up lagi..semua akan di charge semula..& mestilah photographer pun akan charge extra pasal dikira in different event/session.. 

pandai2lah buat pilihan..


the groom & the bride in very 'plain' look..suka-suki je baju sukahati & tak make-up..inilah diri sebenar dalam kehidupan seharian=)



saya prefer memilih post-wed photo session..boleh buat aksi menggedik berlebihan & melampau sebab sudah sah suami isteri..lagipun saya tak tahu nak guna pics pre-wed utk apa sebab saya ada sedikit paranoid dgn berimaginasi gambar2 saya akan masuk tong sampah jika digunakan pada barang2 kawin.. baik real photo ataupun ditukar ke bentuk kartun..dan saya harus berusaha mengelakkan fitnah serta tanggapan serong tetamu2 yang terdiri dari 'orang lama' yg masih nak kekalkan adab dalam berkawan lelaki & perempuan..

namun masing2 ada pilihan dan pandangan sendiri..jadi pilihlah ikut kesesuaian kamu..

 







sebenarnya saya tak keluarkan modal besar utk photo session ni.. Alhamdulillah.. sebab lokasi adalah tempat kerja sendiri..jadi masuk adalah percuma..photographers yg baik hati pulak tak charged extra.. dia kata dia bagi free.. kalau ikutkan sebenarnya, mahu jugak telan ratus2 utk 1 session ni sebab ia melibatkan hari yg berbeza.. jimat lagi bila takyah sewa baju pengantin or make-up..sebab macam tak kena pulak pakai baju kawin jalan2 dalam park..bagi saya lah.. mcm lebih comel berkasual saja..

pastu si photographers tanya masa di carpark 'eh, korang tak bawak props ke?'

haha..selamber je lenggang kangkung dtg bawak badan.. mungkin photographers dh biasa ambik gambar outdoor dgn props bagai..belon, tikar, bakul, payung, basikal, baju berpasang2 kejap2 nak tukar..padahal props kami dah ada kat dalam park..buat pe susah2 bawak kan?

props kami ialah pelbagai jenis burung jinak yg boleh dibelai2..=)


 ini ialah Malay Eagle Owl.. bahasa mudahnya ialah burung hantu.. nama dia Kitty..


"kitty sayang... look at the camera"..ha..jgn main2..burung2 ni sume belajar speaking english ok!=)



ini ialah di 'World of Parrot'


ok..cukuplah kot rasanya..tepek banyak2 sekali gus nanti kamu semua bosan & muak.. lagipun dah malam ni..nanti bila saya ada masa lagi, saya upload lagi ye.. maaf kepada sesiapa yg dah muak & bosan dgn gambar2 basi ni..

*best betul dgn lappy baru ni..teknology mmg semakin canggih*

DeepInsideMyHeart : Haih.. i bukan promote tempat kerja sendiri mahupun photographer sendiri.. kamu jgn pandai2 pergi Bird Park & mintak masuk free utk wedding photoshoot ya..saya tak jamin kamu masuk free=) jgn pulak kamu call si Azim Photographer tu & mintak free outdoor photoshoot dgn alasan si blogger 'idea kahwin saya' dapat free..tapi kalau rezeki kamu, mungkin boleh dapat kot=) atas budi bicara beliau lah..

17 March 2010

Tips mencari doorgift

Salam..

mesti ramai B2B yg pening2 nak bagi ape kan as doorgift? Macam saya dulu..pening2..kejap nak itu..nampak yg cantik, nak ini pulak..last2 semua pun DIY from A-Z..hahaha..siap hilang beberapa kotak..mungkin terbuang atau tercuri dek orang..ada yerk tercuri?

Doorgift/ wedding favor seolah2 menjadi main items dalam sesebuah majlis perkahwinan sebab ia antara barangan yg ‘wajib’ dibawa pulang oleh tetamu & semestinya menjadi tanda ingatan tulus ikhlas dari pengantin sekeluarga. Jadi pemilihan jenis barangan/ item yg ingin diberikan agak memeningkan kepala ditambah lagi dgn persepsi & mentality masyarakat terhadap sesebuah majlis diukur berdasarkan doorgift/ wedding favor ini..

Disini saya nak share beberapa tips/factor dalam pemilihan doorgift/ wedding favor.. ini adalah berdasarkan pengalaman saya & hasil buah fikiran serta pendapat saya yang tak seberapa ni utk dikongsi bersama dengan B2B..

Tips memilih doorgift/ wedding favor..

1. Makanan atau cenderamata 
-haruslah tentukan kamu nak bagi apa.. makanan or barangan atau kedua-duanya sekali. Kalau nak bagi makanan, kebiasaanya dari jenis pencuci mulut & tahan lama. Kalau nak bagi barangan, biarlah yg cantik & boleh disimpan lama sebagai hiasan atau boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

2. Budget
- Perkara yg perlu dipertimbangkan dalam semua hal termasuklah bab doorgift ini.

3. Kumpulan sasaran
- Cececeh..macam nak buat marketing pulak.. tapi memang perlu ada kumpulan sasaran.. mungkin kamu bercadang untuk membuat beberapa kategori doorgift mengikut kumpulan sasaran.. paling biasa, utk dewasa lain, utk kanak2 lain. Atau mungkin utk VVIP, VIP, rombongan sebelah, kanak2, dewasa..semua berlainan jenis.

- Tapi adalah disarankan supaya memberi sama jenis bagi mengelakkan tetamu berasa kecil hati & wujud double standard.

- Pemilihan jenis doorgift harus mengikut kumpulan sasaran *merujuk kepada siapa tetamu yg hadir*.

Contohnya jika kamu berhajat memberikan senaskah surah Yaasin berserta Tahlil, maka kamu harus pastikan bahawa tetamu kamu terdiri dari yg beragama Islam. Kalau jemputan kamu terdiri dari bukan Islam, maka pemilihan doorgift kamu sudah tidak menepati kumpulan sasaran.. harus cari alternative lain bagi tetamu bukan Islam & pastinya ini berbalik & bergantung kepada perkara no. 2 tadi iaitu budget..

4. Vendors/ source
- Bila dah tetapkan jenis barangan ape atau makanan ape, maka langkah seterusnya adalah mencari vendors/ source bagi mendapatkan barangan tersebut. Bagi yg gigih, mungkin boleh DIY from A to Z, DIY sikit2 utk tambahan & mencantikkan lagi.

- Senaraikan beberapa vendors yg membuat produk yg sama seperti yg kamu inginkan & bandingkan harga utk mendapatkan budget yg terbaik=)

5. Praktikal
- Fikirkan tentang practicality jenis doorgift kamu.. contohnya jika kamu memilih majlis dgn RSVP/registration yang semua tetamu telah ditetapkan table & seating, maka adalah praktikal jika kamu memilih doorgift yg cantik dihias disetiap meja seperti ini :

ini doorgift Amymizzunderstood..gambar diambil dari blog Anillutaze..

gambar dari sini

gambar dari gogle images

Bila cantik di display macam ni, ia dah jadi sebahagian dari table decoration.. mungkin sebagai ganti kepada centerpiece. Kan?

- Tapi, jika majlis kamu adalah berdasarkan free seating & buffet, eloklah memilih doorgift yg berpenutup & senang dipegang. Lagi2 jika doorgift itu diletakkan dimeja buffet & tetamu ambil sewaktu ambil nasi sekali..kan susah kalau tak berpenutup..tergolek2 pulak isi dalam bekas doorgift kamu tu..ingat, tangan ada dua je..mane nak pegang pinggan, jg doorgift tak tergolek, dgn pegang gelas minuman lagi.penuh tangan..

- Tapi kalau kamu ada dayang2 kenit tukang bagi2 kan doorgift pada tetamu pada setiap meja, mudahlah jugak jika doorgift tak berpenutup pun ok..

Ini adalah faktor2 yg saya ambil kira semasa menentukan jenis doorgift yg ingin diberi kepada tetamu. Tak seberapa pun..bukanlah tips dari yg pakar..hanya berdasarkan pengalaman & pemerhatian sendiri.. Jika kamu ada lagi tips2 yang lain, bolehlah share2 diruangan komen..

harap ini dapat membantu B2B..

14 March 2010

signboard penunjuk arah..

nampak macam remeh..tapi bila dah sampai ke 'tangan' pengantin ini, jgn pandai-pandai kamu mahu buat sambil lewa..maka, terimalah ini...

 'arrow' dibuat pada kepingan berasingan. bila time dah pacak, baru letak arrow ke kiri or ke kanan atau mane2lah ikut kesesuaian jalan. setiap helaian di laminated utk elak kena air sekiranya hujan..

signboard penunjuk arah pun mahu beria-ia..ok, bukan beria-ia..walaupun nampak enteng, but for me, ini sangat penting agar tetamu tak tawaf roundabout 3-4 kali. takut dah tawaf lama sangat pusing-pusing cari jalan, pening & terus pulang..jangan! nanti pengantin ini sedih..

makanya, pengantin telah menaip nama beliau & bakal suami tercinta *waktu tu masih bakal,sekarang sudah jadi Incik Asben* dgn font size paling besar. semoga dari jauh boleh dibaca..sebabnya saya selalu mengalami masalah utk membaca nama pengantin pada papan penunjuk arah. kalau tulisan halus mulus, i rasa macam nak kene tambah power spec je..lagi2 kalau saya yg tengah drive..mane nk pegang stereng, nak tengok jalan, nak baca papan tanda, tengok arrow..hish..sila lah kesian kat driver yg tak cekap mcm i ni..

memandangkan kad kawin sudah DIY dgn design sendiri, maka timbul idea utk letakkan corak berdaun hijau & berbunga pink itu pada papan penunjuk arah. kira kuntuman bunga pink & daun hijau ni dah jd 'trade mark' pengantin ini. semoga dari jauh dah nampak hijau2 & pink2 ni, terus boleh tau tu penunjuk arah kepunyaan pengantin ini..

ini adalah juga dengan harapan tetamu boleh tahu signboard mana kepunyaan pengantin jika terdapat 3-4 signboard ditempat sama. sebab design bunga-bunga pink ini juga adalah design dari kad kahwin pengantin sendiri..

dan idea ini dianggap berjaya sebab ada kawan ibu yg terlupa bawak kad undangan beria cerita hal kejayaan beliau mengikuti penunjuk arah hingga sampai ke dewan.

"kau tau, akak terlupa bawak kad anak kau kawin..abang kau dah marah..akak ingat dekat2 HUKM..pergilah ke arah HUKM. nampak papan tanda..akak cakap kat abang, macam kenal je corak bunga kat papan tanda ni..baru akak ingat kad kawin anak kau pun ada bunga ni..akak pun ikut je la..sampai pun.." penuh semangat kawan ibu cerita..

 
ini dia..20 keping penunjuk arah..

mungkin para B2B (bride-to-be) boleh sertakan nama parents masing2 pada penunjuk arah bagi memudahkan rakan2 parents mengenal pasti penunjuk arah mana kepunyaan kamu. seorang pakcik saudara tegur yg penunjuk arah saya ini tiada dinyatakan tarikh. oh ya, memang saya lupa letak (-_-")

11 March 2010

dengan tulus ikhlas..

Ramai blogger B2B yang akan melangsungkan perkahwinan pada 2 minggu ini..mungkin faktor cuti sekolah mempengaruhi pemilihan tarikh ini.. yelah if masa budak sekolah,kesianlah pulak pada makbapak..mane ada anak yg stay hostel, mak bapak terkejar2 masa nak hantar pulang ke hostel.. macam saya dulu lah,,that's why saya prefer majlis hari sabtu..ahad boleh rehat & memudahkan kepada sesiapa yag ada anak bersekolah..

dengan ini, saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN & JODOH YANG BERKEKALAN
DIKURNIAKAN ZURIAT2 COMEL YG SOLEH/SOLEHAH

SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN MENJADI KENYATAAN
SEMOGA MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR, PENUH BERMAKNA & PENGISIAN
MUDAH2AN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..

TAHNIAH!!

mesti ramai yang bernikah esok, Jumaat.. yelah, penghulu segala hari.. saya pun memang berimpian bernikah hari Jumaat sebab secara peribadinya ia mempunyai simbolik tersendiri.. pada hari penghulu segala hari,kita memulakan satu fasa kehidupan baru dgn lafaz ijab & kabul..

10 March 2010

Majlis Sanding lagi?

Incik Asben agak terkejut dgn penamatan episod Majlis Sanding.. "aik? ini je?"

nampak tak jam didinding tu? dah 4.30petang & mereka setia menunggu.. utk mengisi masa, setiap orang diberi peluang utk meluahkan pendapat, cadangan & ucapan.

hahaha.. sebenarnya after sesi bergambar2 'luar pintu' *outdoor* tu saya dan Incik Asben terus ke Rumah ERT utk menunaikan solat. tanpa sedar, rupa2nya di dewan, saudara mara terdekat sudah menunggu utk Hi-tea.. ini satu lagi tradisi keluarga, after selesai kenduri kahwin,mesti ada Hi-Tea sambil dgr ucapan tuan rumah & pengantin serta sedikit komen or post moterm apa yg terkurang & terlebih dalam majlis yg baru berlangsung agar menjadi panduan & iktibar pada majlis sepupu2 lain yg akan dtg. lepas je acara hi-tea & postmoterm ni, barulah sama2 kemaskan dewan, bungkus2 lauk, ambik bunga2 segar, pack semua barang2 milik sendirian berhad & sebagainya..

kamu tahu sajalah betapa susahnya nak cabut segala bulu mata, dgn make-up yg waterproof yg sgt diyakini air wudhu' tak sampai ke kulit & malangnya saya tak bawak make-up remover or even toner! jadi saya mengambil masa utk ini. lepas dah selesai, satu hal lagi nak pakai balik tudung & baju sanding tadi sebab saya tukar baju since baju sanding tu mempunyai lengan yg meleret2 & takut basah masa ambik wudhu'.. memang makan masa!



lihat si event manager ni..dah siap2 tukar baju.. dari berbaju melayu siap bersampin songket ke t-shirt biasa.. bersedia utk mengemas..

ibu dah col2 byk kali suruh cepat tapi tak hantar pun askar bantuan..saya jugak agak terkejut kerana mengikut perancangan hi-tea tidak akan diadakan didewan sejurus selepas majlis seperti tradisi terdahulu. sebaliknya akan diadakan di Taman Burung Kuala Lumpur pada 17 Januari 2010 *selepas selesainya majlis di pihak lelaki* . apape pun, dah ramai menunggu, terpaksa jugak cepat2 & panik2..


kesetiaan  & kesabaran ada hadnya... marilah kita berkemas.. si pengantin muncul lambat sangat..
sampai je kat dewan *actually rumah ERT tidaklah jauh, di blok sebelah dewan je* semua orang dah bangun dan dah start kemas2..we know, we already late for the hi-tea=( sampai sekarang agak terkilan.. dan sampai sekarang dok terfikir2 camne bride & groom manage time utk solat Zohor if majlis pada tengahari? and if majlis waktu malam pulak, camne dorang curi masa utk solat maghrib sebab ikut pengalaman, make-up biasanya ambik masa 1-2 jam..

09 March 2010

Majlis Bersanding #02

episod akhir 'Majlis Bersanding #02'....

hahaha..kejap je rasa nak pencen..dapat peluang update, terus grab..lupa terus niat masa merajuk nak pencen=)

selepas sesimemotong kek & suap menyuap suami isteri *pose yg wajib setiap photographer nak captured*, kek dipotong2 & diberikan kepada rombongan lelaki utk menikmatinya.. haruslah bagi tetamu rasa kek itu..tak baik dok tayang2 tapi tak bagi orang rasa.. kebanyakkan majlis kahwin kek gah bertingkat2,pengantin makan seciput je..pastu kek tu disimpan..isk..tak elok tu..

kemudian tiba masanya rombongan lelaki berangkat pulang..





setelah selesai menghantar rombongan pihak lelaki pulang,masuk semula ke dewan utk beramah mesra dgn tetamu didalam dewan sambil berkenalan dgn ahli keluarga yang lain.. tak lupa sambil bersalam dari meja ke meja berkenalan, haruslah mengucapkan terima kasih atas kesudian tetamu hadir ke majlis..personally..in person..


bergambar bersama tetamu..inilah antara gambar2 yang diambil..tengok! si caterer yang begitu cekap dah siap kemas VVIP tables sejurus selepas pihak rombongan lelaki pulang..nampak ruangan kosong disitu..


bergambar dgn rakan2..ohh inilah geng rumah banglo..

Dah puas bergambar sakan dgn tetamu didalam dewan,naik turun pelamin utk bergambar & bersalaman dgn tetamu yg pulang, & tetamu juga sudah mulai beransur pulang, ambik kesempatan utk bergambar diluar dewan..ini kira outdoor ke? pasal saya ada sesi outdoor lagi di hari yang lain..




kalau gambar konvo, tak sah kalau tak baling2..gambar kawin jugak begitu, tak sah kalau tak lambung-lambung..

-TAMAT-

05 March 2010

Majlis Persandingan..#01

Terimalah..
Majlis Persandingan
Sabtu 
02012010
Dewan Besar Institut Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur

Seawal 7.30 pagi kami sekeluarga dah bertolak ke dewan.. semua barang2 mmg dah dibawa ke dewan pada malam sebelum majlis & ditinggalkan di dalam rumah yg disediakan.. actually rumah tu adalah rumah utk guru2 yg menghadiri kursus di institut..since masa tu cuti sekolah & rumah ERT tu kosong, kami dapatlah guna..

rumah lengkap dgn perabot & ada 2 bilik tidur..memang selesa if nak bermalam tapi kami juz simpan barang2 for majlis je..

after breakfast with nasi lemak & susun2 barang *doorgift, centerpiece for every tables, paper bags & sabun riben for orang sebelah, & paling penting, tunjuk kat mane barang yg disimpan & disusun kat saudara mara y bertugas supaya senang dorang tak tercari-cari* Caterer datang at 10 am untuk setting buffet line n meja beradab..saudara mara terdekat juga sudah start dtg..

11.30am, jurumekap dah datang & start make-up.. my family pulak kul 10+am dah start bersiap-siap coz makan pangkal start at 11.30am..  

Sementara saya bersiap2 dgn jurumekap, di dewan sudah penuh dgn saudara mara terdekat.. abah bagi briefing sikit & ucapan aluan2 penghargaan & harapan tuan rumah *kami sekeluargalah* atas kesudian mereka dalam menjayakan majlis ini..tak lupa juga bacaan doa..



tradisi keluarga..sebelum tetamu hadir, mesti ada 'makan pangkal'..maksudnya semua saudara terdekat yg akan bertugas nanti diberi penghormatan utk makan dulu..taklah perut kosong je kan..biasanya dalam 11am or 11.30am mesti dah start makan pangkal..

12.45pm, rombongan dah sampai menaiki 1 bas ekspress & diiringi 2 buah kenderaan..agak ramai..meriah!..semua rombongan dijemput ke rumah ERT utk menjamu hidangan ringan..kuih muih & air sebagai alas perut sebab mengikut kad undangan, perarakan masuk pengantin ke dewan pada jam 1.30pm.. jadi, harus tepati masa & janji pada tetamu melalui kad jemputan.. lagipun si pengantin siap mekap kul 1.10pm..

kul 1.15pm, saya dah keluar dari rumah ERT. berpecah dgn Inick Asben sebab Incik Asben ikut pintu depan dewan bersama rombongan beliau.. saya bertembung dgn rombongan..dorang sume tak tau kami ada dalam bilik kat rumah tu tgh bersiap masa dorang sampai=) saya pulak 'lari' ikut pintu belakang & masuk ke dewan ikut pintu sisi..takde siapa pun perasan i dok sorang menyorok..tapi akhirnya my maksu dari ipoh yang nampak dulu=) saya berjalan sorang2 di red carpet dari pelamin menuju ke pintu masuk utama dewan..menunggu Incik Asben di depan pintu=)

ohh..Cinta Hatiku dah sampai=) saya malu2 kucing..nasib si pengapit 'tutup' muka saya dgn kipas tangan tu=) lihat bebola daun saya tu! saya rasa macam comel betul 5bijik tergantung disitu=)

sempat lagi ber'gosip' dgn pengapit=)

hah..jawab..jawab..=) sebelum 'mengambil' isteri, haruslah bersopan santun & beradab sikit kan?..sesi berbalas pantun..wakil tuan rumah menjemput rombongan masuk ke majlis secara berbalas pantun.. penyerahan 7 dulang hantaran dilakukan..

barulah si isteri menjemput suami=) salam dulu=)

dayang-dayang pembawa hantarans mendahului barisan perarakan..ceceh..mcm perbarisan kawad kaki je..

si 'gadis bunga' yang tembam tersenyum girang sambil menabur-nabur bunga rampai yg terdiri dari hirisan daun pandan & bunga kertas yg tumbuh subur di rumah saudara mara..=) *antara hasil dari gotong royong malam sebelum majlis*

terus ke meja santapan..tak naik pelamin dulu.. makan dulu, pastu baru boleh meng'gedik' lama2 atas pelamin.. kalau naik pelamin dulu, kesian rombongan lelaki terpaksa tahan lapar..

Meja untuk rombongan di'reserved' awal2 dengan hidangan di dalam 'dome' makanan & paper bag serta sabun riben sebagai wedding favor dah siap di setup sekali..

majlis didahului dengan bacaan doa dan ucapan dari ayahanda tercinta..mengalu2kan kedatangan tetamu.. mungkin bakat 'public speaking' dalam diri anak2, diwarisi dari ayahanda..

pengantin masih kenyang sebab melantak nasi lemak 2 bungkus semasa sarapan paginya..jadi makan sebagai syarat saja.. seronok dilayan 2 orang waiters..tak yah susah2 cedok sendiri..


Abah & Ibu memberi restu..tiada upacara merenjis or tepung tawar.. hanya bersalam dengan pengantin & bergambar sahaja..

Atuk tersayang yang banyak berjasa.. dapat hadiah kawin best dari beliau=)



Abah & arwah mak mertua.. saya sempat rasai kasih sayang beliau walau untuk seketika..semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

sesi bersalaman diteruskan mengikut senarai nama yang diserahkan pada emcee sebelum majlis supaya lebih teratur & tersusun..selepas sesi bersalaman, sesi memotong kek..meriah betul kek ni dgn bunga2..color ikut tema pada kat undangan..hijau & pink=)

bersambung...=)