12 November 2009

nak kawin kat mane?

Mmg menjadi tradisi, sepupu2 saya mostly kawin kat hall. Antara hall yang menjadi pilihan keluarga besar kami ialah:

1. Dewan Besar Institut Perguruan Teknik, Cheras.
2. Dewan KAED, UIA Gombak.
3. Dewan MBSA.
4. Dewan JKR.
5. Dewan RISDA
6. Restoran Seri Melayu
7. Dewan Merak Kayangan, FELDA.

Bila dah confirm tarikh kawin Mac lepas, terus nk booking Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang. Tapi hampa, sbb dah ada orang lain booked. Goes for Dewan JKR..uhh..already booked. Dewan MBSA, ibu cakap, too far from our house. Lastly, paklang yg tolong dapatkan dewan lain walaupun masa tu dah cuak sbb ibu kata buat kat rumah je dah..

Cuak bukan sebab ape..tapi sebab kami dapat bygkan buat di rumah, penatnya adalah double triple dari buat kat dewan.

Marilah kita lihat kebaikan majlis di dewan pd pengamatan saya:

1. Tidak perlu berkemas sebelum dan selepas majlis
2. Tidak perlu meminjam halaman/ parking jiran. Walaupun mereka tidak kisah, sedikit sebanyak pasti terganggu.
3. Ruang yang luas dan selesa untuk tetamu bergerak
4. Hidangan buffet memudahkan tetamu membuat pilihan.
5. Agak terjamin sekiranya hari hujan.
6. Kemudahan parking untuk tetamu yang hadir
7. Dewan yang berhawa dingin pasti membuatkan tetamu lebih selesa berbanding khemah yang agak panas (sekiranya majlis waktu tengahari).
8. Best..dapat sanding atas pelamin yang atas stage! Semua orang boleh nampak..tentu tetamu puas hati dapat tengok pengantin..nama pun dtg mjls kawin, mestila nk tgk pgntin!

TETAPI,

Beberapa factor lain yang perlu diambil kira bila majlis di dewan:

1. Pastikan anda betul2 berpuas hati dgn rekabentuk dalaman dewan agar bersesuaian dgn aturacara majlis anda.
2. Pastikan kemudahan parking yang luas utk tetamu.
3. Pastikan juruandam, photographer, caterer dan segala2 yang bersangkut paut dgn persediaan perkahwinan, betul2 tahu lokasi dewan.
4. Berikan ukuran stage utk pelamin jika anda menyewa sbb takut bridal house bawak pelamin tak match dgn keluasan yang ada..takut terlalu besar & tak muat atau terlalu comel sampai byk ruang kosong atas stage. Kalau boleh, tunjuk gambar keadaan dewan.. boleh bagi idea kat decorator untuk deco dewan tersebut.
5. Ada bilik utk pengantin berhias diri/ dihias mak andam.
6. Bilik utk rombongan bersiap sedia sebelum acara perarakan masuk ke dewan.
7. Bersiap sedialah untuk dikenakan charge tambahan utk pelamin, meja makan pengantin dan dekorasi dewan yang lebih luas berbanding di rumah.
8. Biasanya menyewa sebuah dewan tidak termasuk dgn kerusi & meja. So,kena confirmkan betul2 samada anda nak menyewa kerusi & meja dari pihak dewan atau pihak caterer.
9. Masa yang ditetapkan oleh pihak dewan biasanya terhad. Bermula dari jam 10pagi hingga 4petang. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan masa yang lebih, tidak menjadi masalah. Hanya perlu menambah RM utk jam berikutnya mengikut harga yang ditetapkan pihak dewan. *dulu kami kena bayar RM200 per hour sbb terhegeh-hegeh sampai exceed masa ke pukul 5 ptg(^_^)*
10. Pastikan berapa lama masa yang diberikan pihak dewan utk membuat persiapan pada malam hari sebelum majlis berlangsung..biasanya anda diberi masa dari jam 8malam-12tgh malam. Bolehla setup pelamin, meja & deco-deco..

Lecehnye…Hei! Majlis kawin memangla leceh.. terpulang pada anda untuk mengadakan majlis dirumah atau didewan atau kalau budget besar lagi, buatla dihotel (^_^)

Ala..kahwin je la kat mane2 pun tetap jugak boleh meriah jika kena gaya kan?

Tapi, masih lagi ada yg mempertikaikan keputusan tuan rumah utk mengadakan majlis di dewan/hotel. boleh difikirnya tuan rumah menunjuk2..nak berlawan2 buat majlis..siapa tahu,mungkin tuan rumah tak mampu buat dirumah kerana tiada manpower dan ada saudara mara yang ramai yg memerlukan ruangan lebih luas..jangan serkap jarang tau!

Paling lawak bila heboh2 nak kawin kat dewan la..kat tasik la *konon2 garden wedding*..kat hotel la..alih2 kawin depan rumah je..bila dah termalu, cover balik cakap takut orang sesat la *hei, penat tau government buat signboard jalan, upgrade pengangkutan awam, buat peta jalan tapi rakyat tak mau gune*..tak nak menunjuk2 la..tak nak riak la..

Pointnya adalah mudah..sekiranya anda belum pasti dgn keputusan anda, jgn heboh2 sebelum apape..dari orang tak tahu, orang akan jadi tahu..dari orang tak fikir bukan2, orang akan fikir macam2..

Ingat! Kepada bakal2 pengantin, KERJA KAHWIN BUKAN SEMUDAH PARTY HARIJADI !! dan KITA PASTI TIDAK MAMPU PUASKAN HATI SEMUA ORANG!! Oleh itu, BIJAKLAH MEMBUAT KEPUTUSAN & BERBINCANG DGN KELUARGA TERDEKAT!!..


No comments:

Post a Comment