21 October 2010

Caterer

Salam..

sebenarnya dikalangan sepupu2 saya, memang dah popular dgn Mirazy Catering.. sampai MakNgah di Serendah pun dah jadi supplier kek pengantin utk Mirazy.. so, for my wedding, tiba2 rasa nak try cater orang lain pulak. my adik2 semua berharap kakak sulung ni akan buat keputusan tukar caterer lain. saja tukar2 selera.. jadi, utk tidak menghampakan adik2, tiap kali ada majlis kawin, kalau dapat or berkesempatan hadirkan diri, mesti akan observed from A-Z..

jadi saya telah memilih Melati Catering & Services..

sedap ke caterer ni?

memang semua orang pentingkan rasa sedap atau tak. tapi bagi saya, sedap ni satu yg subjektif. mungkin sedap bagi saya, tak sedap bagi orang lain yg merasa sama.dalam anggaran seribu tetamu yg hadir, susahlah nak puaskan semua orang kan? asalkan cara masakan ok,secukup rasa, kena dgn bahan2nya dah cukup buat saya. 

tapi kalau nak tahu sedap ke tak, kenalah ramai sikit panel penilai. ambik yang majoriti kata sedap. kalau setakat tekak kamu sorang je rasa sedap, tu masalah jugak.

menjadi idaman kalbu nak buffet line yang pakai set macam ni.. nampak 'mewah' pada saya. smart jugak.. at least kalau markah kesedapan lauk sedikit menurun, biarlah tetamu 'berselera' sikit tengok buffet line ni. sy pilih Melati sbb pekerja dia sentiasa make sure semuanya bersih. lauk di buffet line tak berkecah-kecah..


alhamdulillah, caterer ini menepati masa. kadang2 takut jugak tetamu dah sampai, caterer tak siap setup lagi. makanan belum sampai lah, lauk tak cukup lah. alhamdulillah, percubaan kali pertama ambil caterer ni memang berjaya.

paling best, table clothes semua pun putih bersih. kain baru beli. owner Melati beli kain hijau yang baru utk majlis saya. bestnya! tambah best bile semua table clothes licin. maksudnya takdelah kedut2 tak iron atau berkotak2 kedut kesan lipatan. saya pun tempah semua chairs dibalut dengan sarung kerusi warna putih & ikat riben dgn kain hijau.  terus menaikkan 'seri' dalam dewan tu.

sbb saya ada juga lihat caterer yang tak ambik kisah pasal hal kedut2 ni. ada jugak caterer yang selambe badak je buatkan scallop utk khemah *bagi majlis dirumah* dgn kain yang berkedut2. tak cantik beralunlah jadinya. bila nampak mcm ni, jgn harap saya nak ambk business card dia.

mcm remeh je kan? mcm cerewet jugak. kalau orang nak kata "eh, ingat kau ni perfect sangat ke sampai kain pun tak nak kedut2? bende kecik je pun." owh..memanglah kecik. tapi bila dah banyak2 tables and chairs kain kedut2, tak ke dah jadi serabut? bila scallop paling atas dalam hiasan khemah kedut seribu, tak ke dah rosakkan pemandangan?

keesokkan harinya lepas majlis saya, ramai jugak kawan2 abah dan saudara mara yang tengah mencari2 caterer call abah. tanya pasal caterer yang kitorang ambik=) kalau kita buat business dgn jujur, ikhlas dan bersungguh2, InsyaAllah boleh maju.

Saya request buffet line hanya ada makanan sahaja dan dihujungnya diletakkan doorgift. just untuk make sure setiap tetamu dapat doorgift. lagipun saya kekurangan tenaga kerja untuk sediakan si cilik or dayang2 yang mengedarkan doorgift dari meja ke meja. terfikir juga utk bagi doorgift bila tetamu mahu pulang. tapi ibu menolak cadangan tu sebab takut ada tetamu yang kami terlepas pandang & tak dapat doorgift.

untuk minuman, saya tak nak letak kat buffet line. sebab bila saya pergi kenduri kawin yang hidang secara buffet, saya selalu 'tak cukup tangan' untuk pegang pinggan nasi, pegang cawan & doorgift sekali gus. lagi satu, selalu mengalami sindrom malas utk tambah air. jadi sepinggan nasi dgn segelas kecil air je lah..sungguh tak bagus untuk penghadaman (-_-")

melalui pengalaman sendiri, kita boleh baiki mane yang kurang utk majlis sendiri kan? jadi saya request air minuman hendaklah dihidang setiap meja. letak dalam jug. setiap meja harus ada 2 jug air dengan gelas, air mineral, 2 pot air basuh tangan & make sure air basuh tangan sentiasa ada. bab air basuh tangan ni pun selalu jugak ada pengalaman kena lompat2 meja carik bekas air basuh tangan sbb bekas kat meja sendiri dah kehabisan air. atas pengalaman ni, awal2 dah pesan kat caterer perkara remeh macam ni jgn ambil mudah.

Alhamdulillah semua yang saya harapkan dari pihak caterer dipenuhi.. kesimpulannya, InsyaAllah, untuk majlis2 kami yang akan datang, akan guna khidmat Melati Catering & Services.

3 comments:

  1. thanks for sharing! nampak semuanya boleh diharap caterer ni! good job reen! =)

    ReplyDelete
  2. eh, salah taip ke salah orang ni..

    ReplyDelete
  3. Please visit melaticatering.blogspot.com

    ReplyDelete