Sabtu lepas, kami menghadiri majlis kahwin sepupu saya. saya share kan disini sebab majlis ni penih dgn protokol segala.. dah nama pun majlis berprotokol, haruslah bersopan santun even dalam mengambil gambar!.. harap maaf atas kualiti gambar yg tak berkualiti sbb tak dapat gerak dari kerusi nak merayap2 ambik gambar.. kan kena sopan santun..
Lokasi berlangsungnya majlis.. ini majlis waktu malam. kami sampai ke Dewan lagi beberapa minit sebelum azan maghrib. ada surau disediakan. elok je azan, terus solat & bersiap2..
Ayat-Ayat Cinta Bercerita Cintaku Padamu
ini didepan pintu masuk sebelum naik tangga pusing2 mcm cerita Cinderela..
inilah tangga pusing2..
Sampai je tingkat atas, terus nampak benda ni yg menyambut tetamu..
masa kami sampai, belum ada dayang2 dan pahlawan2 berbaju melayu pink. kosong je.. kami disambut oleh mak bapak pengantin perempuan dan beberapa orang saudara mara pihak perempuan yg menunjukkan kedudukan surau.. dekat betul dewan ni dgn surau.. selesa..
senarai nama tetamu serta nombor meja di tampal pada pintu masuk.. kami adalah dalam kategori 'keluarga Amirul' si pengantin lelaki..
dalam dewan.. pinky pinky... keluarga pengantin lelaki masuk awal.. lepas selesai solat je terus masuk.. dalam kul 730-745 baru start tetamu jemputan masuk & dewan penuh sedikit demi sedikit..
bila semua meja hampir penuh, ada pengumuman supaya handphone di off kan atau letak dalam silent mode. masa ni Sultan Selangor dah berada dalam Auditorium yang terletak bersebelahan dgn dewan..
Ketibaan masuk Sultan Selangor tak dapat nak capture.. just snap kat screen projector je lah.. walaupun sebenarnya meja kami dekat je dgn walkway dan pelamin. tapi sebab semua tetamu berdiri masa ketibaan Sultan, terus saya jadi pendek (-_-")
nasib baik meja kami berdekatan dengan pelamin dan walkway. jadi bila perarakan masuk pengantin, masih boleh zoom.. tapi tetap kualiti gambar, teruk! ish..
pengantin diiringi oleh 7 orang dayang dihadapan, diikuti oleh pengapit, ibu bapa pengantin perempuan dan seterusnya adik beradik pengantin perempuan selaku tuan rumah majlis..
baju pengantin perempuan sangat cantik! bila tengok live, berkelip2 bersinar2 details pada baju dia.. rasa macam nak tanya 'eh, ni batu Swarovski ke?' =P
selepas bacaan doa, majlis menepung tawar diadakan. dimulakan dengan Sultan Selangor kemudian barulah Datuk & Nenek pengantin perempuan, Ibu bapa pengantin perempuan dan ibu bapa pengantin lelaki.
terus ke meja santapan untuk bersantap bersama Sultan.. semasa makan, tetamu dihidangkan dengan dendangan nyanyian band dari MPPJ. sangat best sbb muzik dia sedap didengar.. tak bingit.. sedap2 je.. kemudian ada video majlis pernikahan dan persandingan yg diadakan seminggu sebelum ini. 27 November 2010. mereka dinikahkan pada jam 10 pagi dan bersanding pada jam 1 ptg hari yg sama. majlis ni diadakan dirumah pengantin perempuan.
setiap meja ada kotak comel ni.. dalamnya ada fruits cake. sangat praktikal bagi saya sebab kek boleh makan & kotak tu pulak boleh dijadikan kotak utk isi jewelery sbb penutupnya bermagnet.. paling penting, cantik!..
lepas ucapan dari ibu bapa pengantin perempuan selaku tuan rumah, acara memotong kek pulak. lepas je siap potong kek, pengantin berangkat keluar meninggalkan dewan..
keberangkatan Sultan Selangor.. ramai tetamu ambil kesempatan utk bersalaman dgn Sultan. Menteri Besar Selangor pun ada.. sebenarnya pengantin dah berada di luar pintu dewan utk bersalaman dengan semua tetamu & mengucapkan terima kasih serta bagi doorgift berupa paperbag ada air bikarbonat, kerepek & telur rebus..
lepas acara habis, kami ambik kesempatan bergambar bersama ahli keluarga yg lain..
HAPPY 27TH ANNIVERSARY UNTUK IBU & ABAH
yang jatuh pada hari tersebut
4 Disember 2010
Fuh~~ panjangnya review.. ok, nanti ada masa kita share pulak majlis sebelah pengantin lelaki yg diadakan pada keesokkan harinya di Bora Ombak, Ampang. Daaa...
hai awak.. guess what? Nadhirah a.k.a Didi adalah housemate saya masa kat UITM S.Alam dulu..
ReplyDeleteSaya sempat pegi majlis yg 27hb tu je.. Coz yg time kat dewan ni dah bz siapkn preparation sndri plak.. :)
Anyway, nice review!
Serius?
ReplyDeletehahaha..keciknya dunia!