01 April 2011

bahagian tangga

Salam

mode mencari idea untuk deko rumah dah bermula=) sila lah pasrah kalau entri2 selepas ni berkenaan rumah saja.. plan nak buat satu blog baru khas utk topik ni, tapi mcm banyak pulak blog nak handle *ecece..=)*

so, untuk idea yg pertama, saya nak share idea untuk bahagian bawah tangga. sesetengah design rumah teres bertingkat, biasanya bahagian bawah tangga akan dijadikan stor kecil. stor ni mmg kadang2 developer dah siap2kan..




tapi ada jugak developer yang biarkan je bahagian bawah tangga tu kosong tanpa sebarang pintu yg menyerupai stor. rumah kami adalah dalam situasi mcm ni.. jadi haruslah fikir cari jalan macam mane nak gunakan ruang bawah tangga sebaik mungkin. nak pasang tembok & buat stor rasa macam tak best pulak..


rupabentuk bahagian tangga rumah kami lebih kurang mcm ni.. ada snap picture masa g tgk rumah aritu, tapi lupa simpan mane.. 



Haih~ idaman kalbu betul la 2 idea ni.. utk idea yg 1st tu, ok jugak buat mcm tu.. boleh letak frame2 gambar & barang2 hiasan.. just almari coklat belah kanan tu, kita ganti dgn tv. yes, kami ada plan nak buat ruangan tv dibawah tangga sbb kat ruang tamu kalau boleh, xnak ada tv..

idea yg no 2 tu pun best gak.. kalau xnak letak rak2 mcm yg 1st tu, buat je ruang beroda tu.. senang sikit.. dah jimat masa utk kerja2 mengemas rumah nanti sebab kurang sikit habuk kalau bertutup..

fuh~~ berangan itu best.. tgk budget dulu baru boleh cerita lebih.. tapi berangan je dulu, takpe kan?=)

2 comments: