14 July 2011

Lepas Kahwin : Memasak #1

Salam

Memasak.

Kalau tanya org dolu-dolu, sure akan kata, “masak pun tak pandai, macam mana nak kawin? Nanti nak bagi laki makan apa?!”

Tapi, zaman berubah. Sekarang ramai berpendapat,

“tak reti masak pun takpe. Kedai makan banyak. Isteri sekarang ramai yg bekerja. Suami kena fahamlah.”

“rugi je masak takat makan 2 orang je. baik makan kat luar je.”

…………

Bulan pertama kahwin, kami LDR (Long Distance Relationship)

Org tanya, “seronok kawin?”

“Tah. Seronok kot..”

Serious! Itulah yg saya rasa. Sbb mcm xde pape perubahan lepas jadi bini org. stil duduk dgn parents, stil lagi balik kerja, makanan dah siap terhidang. Xyah susah2 masak. Baju pun xyah risau kalau jemur sbb ada ibu tolong angkatkan kalau hujan. Jujurnya, ibu yg tolong uruskan hal baju kecuali lipat & iron kene buat sendiri lah.. *sungguh memalukan*

Pendek kata, rutin hidup masih sama macam sblm kawin. Walaupun husband selalu lakukan pemantauan dari jauh. selalu ingatkan, belajar masak dari ibu, jgn susahkan parents, sampaikan siap pesan kat ibu & abah supaya jgn manjakan bini dia ni (-_-")

Hanya hujung minggu je balik rumah sendiri dating dgn suami. Pastu mulalah kan mengada2 konon sekali sekala jumpa, mehlah kita g makan luar saja. Pilih tempat, xnak kalah. Mahu yg best saja.

Jadi, rutin memasak, mmg xfikir.

Sebulan lepas tu.. Alhamdulillah, suami dapat pindah ke KL & kami duduk sebumbung sebagai suami isteri=)

Hambik!

Berbekalkan ilmu & skil pengurusan rumahtangga yg masih ditahap kanak2 tadika, mmg agak susah sikit sy nak adapt dgn keadaan tu. Al-maklumlah, lama sgt duduk hostel, bab memasak mmg jarang nak diasah skil tu. Lagipun terlalu bergantung pada ibu yg merupakan suri rumahtangga kot..

Ibu sendiri pernah offer utk masakkan utk kami.

“bagi ibu duit untuk beli barang. Xpun beli barang, nnt ibu masakkan. Balik keje, singgah umah ibu ambik je lauk siap masak”

Tapi, suami saya menolak.

“syg, jgn terlalu bergantung lagi dgn parents kita. Skrg sepatutnya masa utk parents kita bergantung pada kita pulak. Masa utk kita yg jaga parents kita, bagi kemudahan kt dorang. Bukan susahkan dorang. memang dorang xrasa menyusahkan. dorang akan rela buat apa saja utk kita. sebab anak kan? semua parents sanggup berkorban. tapi sebagai anak, kita lah yg kene fikir sendiri.”

"lagipun, jgn letakkan diri kita dlm comfort zone. sampai bila2 pun kita x akan rasa nak berusaha. sbb dah selesa. abg nak syg masak. xpe, sedap ke tak sedap ke, abg tetap makan. janji isteri abg nak masak & belajar masak"

jadi, kami berdua slow talk dgn ibu. biarlah mcm mana pun, biarlah anak dia ni masak sendiri. belajar. iyelah, hati mak bapak mana yg sanggup biarkan anak bersusah payahkan. tapi tulah, proses pembelajaran. bila bersedia utk berkahwin, maka bersedialah utk pikul segala tanggungjawab yg terkandung dlmnya. cuma kadang-kala ada jugak ibu bagi lauk. tu pun sekali sekala. dan xlah menganggu aktiviti ibu utk ke kelas-kelas agama.

itulah sedikit sebanyak pengalaman selepas kahwin dlm bab memasak ni yg saya nak kongsikan bersama. lain orang, lain caranya kan? cuma kita boleh ambil pengalaman org tu utk dijadikan panduan & sesuaikan dgn keadaan kita. 

esok saya akan cerita mcm mana proses pembelajaran memasak saya. hehehe.. ambik masa lama jugak sbnrnya sy nak sharekan topik ni.

Xpe kalau kita terpaksa 'merangkak' dulu sebelum dapat 'berlari' laju.

Kepada b2b yg dah biasa dan dah asah skil memasak sejak zaman bujang lagi, TAHNIAH! saya salute pada kamu=) 

selamat menjamu suami dengan air tangan sendiri!

=)

4 comments:

  1. kak long pun salute kat awak jugak sebab ada usaha utk belajar memasak...

    kadang2 org dah kawin ni, akan atomatik pandai masak..percaya la kata kak long...kak long dah ramai kawan, yg dah kawin..mcm2 die masak utk suami tercinta..

    lagi lak, kita buat tu penuh keikhlasan,,,dan paling penting, penuh kasih sayang..ahaks..

    good luck dear..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak long..

    saya malu sebenarnya..dah kawin, baru nak belajar masak..

    ReplyDelete
  3. suami sebenarnya tidak la cerewet sgt tang sedap ke, kurang masin ke, asal isteri yg masak.

    saya pun rutin macam kamu juga, smp la duduk sndiri. haa, baru pening2 nak uruskan bukan aje hal memasak, tapi belanjawan dapur, storange barang2, stok barang2.. tapi skrang dah pandai even merangkak2 lagi.

    tapi ni dah sarat mengandung, masak simple aje. suami pun dah tak smp hati nak kasi saya masak, takut saya tumbang.

    ReplyDelete
  4. betul tu..mula2 mmg tunggang langgang pasal belanjawan, storage semua..

    xpe kalau merangkak..1 hari nnt pasti dapat berlari..insyaAllah..

    ReplyDelete