20 September 2011

mengumumkan latar belakang pengantin..

Salam

Sekarang ni makin menjadi2 pulak trend bila kawin, emcee nak kene announced latar belakang pengantin. belajar kat mane, kerja ape, PANGKAT ape.. sejarah percintaan mereka berdua.. bla..bla..bla..
mungkin, bagi kebanyakkan kamu semua, itu perkara biasa. tiada salahnya. hanya sekadar utk memperkenalkan pengantin kepada tetamu.

tapi bagi saya yg sedikit kolot ni, saya agak kurang selesa. sbbnya bagi saya ia tidaklah begitu penting. kan lepas kawin nanti pasangan suami isteri akan berkunjung ke rumah saudara-mara? masa tu ambillah peluang utk berkenalan lebih rapat. 

saya xtahulah amalan pengantin baru berkunjung ke rumah saudara mara masih diamalkan atau tidak. tapi dalam keluarga kami, amalan tersebut masih diamalkan. mungkin akan mengambil masa sikit utk berkunjung. rata2 pengantin baru lebih mengutamakan rancangan berbulan madu dari amalan berkunjung ke rumah saudara mara. xsemestinya semua rumah kita harus pergi. cukup sekadar rumah saudara mara yg lebih tua dari kita didahulukan & kemudian barulah ke rumah2 yg lain.

agak tidak manis jika kisah percintaan pun nak di war-warkan semasa majlis. xperlulah kot nak mentioned pasangan telah bercinta selama 5 tahun, berkenalan ketika zaman U, bla..bla..bla.. tak manis kan utk majlis yg dihadiri oleh masyarakat pelbagai peringkat umur & pegangan agama? mungkin ada diantara tetamu kita lebih mendalam ilmu agamanya dimana sebenarnya dalam Islam, bercinta sebelum berkahwin antara lelaki & perempuan bukan mahram adalah dilarang? secara tidak langsung, mengaibkan pasangan pengantin?

secara tidak langsung jugak, ada sedikit unsur riak disini dimana perlu ke disebutkan tahap pendidikan pengantin, pekerjaan mereka, semualah.. bagi saya lah.. saya pernah hadiri majlis kahwin. dengan gahnya diumumkan PANGKAT & JAWATAN.. kalau betul, xpe. kalau nak berbangga2, berpada-pada lah.. come on! kau baru je habis belajar tahap degree dlm bidang pemakanan, xkan dah jadi PAKAR pemakanan kot..kawin pun waktu tu umur muda lagi.. baru sgt keluar U. ramai jugak yg sekadar tersenyum sinis dgn situasi itu. biasalah, makcik2 mmg soksek2 je lah lepas tu..

pernah jugak saya dengar,

"oo..pengantin perempuan kerja kat ******."

tambah pulak si suara sumbang menyambung, "kerja biasa2 jelah tu kat ******. xsebut pun pangkat ape..tah2 kerani biasa je" 

see?! nampak x sebenarnya dgn cara begini membuka lebih banyak peluang utk org berprasangka buruk. memanglah mulut org kita xboleh tutup. tapi dlm agama sendiri pun menyuruh umatnya agar tidak melakukan perkara2 yg boleh menimbulkan fitnah & buruk sangka. 

kan lebih elok skrip emcee dipenuhi dengan nasihat2 utk pasangan yg baru berumah tangga, doa2, tips2 kebahagian, pesanan2 mereka yg lebih dulu makan garam. sekurang2nya adalah input/ilmu yg boleh dikongsi bersama tetamu yg lain. 

sekadar berkongsi pendapat.  

8 comments:

  1. setuju.
    fariza mmg x minat.
    wedding fariza just lagu sederhana shj.
    xda ckp2 nanti.
    x suka org cerita itu dan ini.
    > baik kita tanya dan cerita pd sedara mara dlm pada kita melawat dan megeratkan silaturahim.

    ReplyDelete
  2. stuju dan sangaaat setuju...nasib baik sy nnti kwin kt kmpg, xde mc bgai... =)

    ReplyDelete
  3. ryn stuju .. stakat menerang skit x pe la .. tp kalo detail rase nyer x elok ..

    ReplyDelete
  4. Yep so true...tp utk org yg pangkat besar, harta besar dan segalanya besar tentulah mereka nak besar-besarkan kowt? seperkara lg sy kurang setuju bila org buat tayangan video pra wed atau masa bercinta sblm kahwin....mcm bangga saja tunjuk dah berpegan tangan, berpeluk dsb walhal masa tu hukumnya haram... mak ayah pula support aje...yg tggung dosa nnt siapa...uhuk!

    ReplyDelete
  5. saya pun tak suka..jadi tempat mengumpat je majlis tu nanti..bukan ke kita nak orang doakan kebahagiaan kita..

    kalau pangkat besar gaji besar jadi riak..kalau jadi kuli gaji ciput kena kutuk pulak..oh dunia......

    ReplyDelete
  6. Umi pun sangat setuju ..sebab nanti jadi buah mulut orang .. hrmmm

    ReplyDelete
  7. setuju sangat-sangat sebab boleh mengundang banyak umpat keji dan fitnah.

    majlis saya nanti kalau boleh nak jugak ada wakil keluarga untuk bacakan doa selamat dan jugak nak kena mention juga bila tarikh nikah. sebabnya majlis nikah nanti buat kat putrajaya dan majlis kenduri buat kat kampung. pulak tu selang sebulan setengah. takut nanti kalau masa tu dah "berisi" nanti ada pulak yang bersalah anggapan.

    ReplyDelete
  8. kisah hati:

    bagus juga idea umumkan tarikh nikah tu.. mulut orang kan?..

    ReplyDelete