31 October 2011

cara terbaik menyimpan kuali dan periuk belanga

Hi!

sesiapa ada idea best x tentang cara2 penyimpanan kuali dan periuk belanga?

Selama ni, semasa dirumah sewa kami, saya hanya simpankan kuali dan periuk belanga dibahagian bawah sinki. saya hanya letakkan 1 besen besar dan letakkan kuali secara bertindih dalam besen tersebut ikut saiz.

Ala, rumah kami pun mmg ada 3 kuali je jenis macam ni. yg paling besar adalah paling jarang guna. guna time ada org datang rumah je sbb masak banyak. biasanya kalau makan berdua, kuali paling kecik je dah cukup. yg sederhana besar tu pun pakai bila nak goreng nasi, mee atau mihun.


untuk 2 jenis kuali mcm ni pulak, saya hanya hang kan je kat dinding sinki bersama dengan sudip2 yg lain. jadi, untuk rumah sendiri nanti, saya sedang memikirkan cara yg paling praktikal utk penyimpanan kuali dan periuk belanga. gambar2 di atas adalah dari google.

setelah mencari2 idea, saya dapat seperti ini

gantungkan macam ni. cantik memang cantik kalau kuali berkilat macam dalam gambar. dan agak semak jugak sbnrnya kalau dapur kecil. mungkin idea mcm ni smart utk dapur yg ada island macam ni,


atau mungkin idea menyimpan kuali dan periuk belanga didalam kabinet seperti dibawah ini,



ok jugak. lebih kemas dan taklah ruang dapur nampak semak. tapi kene luangkan masa utk lap kuali yg dah dibasuh sebelum simpan dalam kabinet. agak leceh pulak bagi saya.


Semalam ada cadangkan pada suami nak beli rak macam ni yg biasa jumpa kat IKEA utk letak kat dapur. tapi cadangan letak rak macam ni telah di tolak.


bingkai kayu macam ni pun bagus juga. multipurpose. boleh hang apa saja. apron, bekas simpan plastic bags, tudung saji, tali rafia utk ikat makanan, getah sayur, macam2lah..

tapi, saya palingggg suka idea kat bawah ni,


nampak stylo, kemas, jimat ruang sbb hanya sediakan 1 sudut je dah dapat hang semua periuk & kuali. letak belakang pintu dapur pun ok. mana nak carik? ada sesiapa tahu x? please...

Oh ya, pukul 12 malam ni, URL blog ni dah bertukar ya..

4 comments:

  1. inform tau kalau tukar link itu.
    > suka gantung2 dan tersusun rapi :)

    ReplyDelete
  2. suka gak idea bwh sekali.Nanti lau jumpe share tau.

    ReplyDelete
  3. Singgah sini, mencari mencari idea gantung kuali

    ReplyDelete
  4. Yg bawah sekali tu xjumpe lg ke? Bestnye la jimat ruang. Umah sempitt

    ReplyDelete