15 December 2011

candy buffet &dewan majlis

Hi,

Saya tahu sekarang banyak trend majlis kahwin sekarang ada candy buffet. Gila comel! beruntung kanak-kanak zaman sekrang. zaman kanak-kanak saya dulu bila pergi rumah orang kawin, kalau makbapak dapat telur rebus bungkus dalam kertas tisu, anak pun dapat bende yg sama. bila zaman berubah sikit, baru dapat merasa gula-gula pack dalam plastik kecil atau kotak kecil yg ada ucapan terima kasih.

sumber gambar dari blog Hanis Zalikha

Masa majlis adik nanti, kami rasa macam mahu buat juga candy buffet ni. bukak saja di google image dan taip 'candy buffet'. berlambak gambar-gambar contoh candy buffet ni.

tapi semalam, big bos (abah kami lah) dah cakap xyahlah buat candy buffet ni.. sbb xde orang nak jaga. elok sediakan doorgift utk kanak2 siap2 & bagi je bila budak tu datang.

untuk mengembalikan nostalgia lama, memandangkan adik saya pun nak sangat tema tradisionalnya walaupun ada usaha2 utk mengubahkannya kepada modern, saya terfikir utk jadikan ini sebagai doorgift..

Tora datang lagi!

keropok durian.. favourite ni..

hawflakes.. gigih dulu makan sekeping demi sekeping..

gula-gula white rabbit yg boleh dimakan plastik didalamnya.. owh.. sungguh jakun!


semua barang2 kegemaran kanak-kanak yg lahir zaman 80an..

Kita tgk dululah mcm mana nanti.. kot2 adik tukar fikiran & melonggarkan sikit tema tradisionalnya, barulah kakak dia boleh bagi idea lebih gigih. honestly, saya xberapa meminati tema tradisional ni. jadi agak sukar utk berkongsi idea tentang tema ni.

apape pun, kami masih mencari dewan yg sesuai dengan keramaian bilangan ahli keluarga yg besar utk majlis adik nanti.. ada sesiapa ada cadangan? dewan dekat area Ampang..

Saya dah update senarai blog utk bacaan saya.. kalau ada sesiapa yg sudi bagi saya melawat blog kamu, amatlah saya hargai=)

2 comments:

  1. alamak..
    sume coklat, gula2, n jajan zmn sy budak2 nih.. hihihi..:)

    ReplyDelete
  2. betul laaaah!
    sume coklet² tu zaman 80an..
    skang dh susah nk dapat..oh, rindu nye lah zaman itu :D

    ReplyDelete