19 March 2012

Persiapan Tubuh Badan (Dalaman) : Pemakanan sihat & tips untuk mudah mengandung?

Hi ladies!

Niat dihati nak listkan semua blog yang bagi link kat side kanan blog ni.. senang nanti i nak baca.. tak perlu sign in bagai.. tapi rupanya ada limit utk blog list.. max 25 blogs.. jadi saya dah listkan senarai blog kamu semua dalam dashboard ya.. terima kasih sudi jemput saya baca blog kamu..

untuk pengantins pengantins sekalian, kali ni jom kita share cerita pasal persiapan perkahwinan.

tapi kali ni persiapan 'tubuh badan'. pernah dengar tak orang2 tua selalu pesan, 'orang perempuan ni kene jaga badan. luar dalam.. badan ni nak pakai lama'.. pernah?

Camne caranya?

Sila makan makanan sihat..

ye.. saya tahu bila kita dah busy nak siapkan itu, siapkan ini, fikir itu, fikir ini, haruslah jugak kita menjaga pemakanan kita.. makan makanan yang sihat.. nak diet, xsalah.. tapi jgn sampai tak makan. diet dengan cara yg sihat. contohnya, kurangkan makanan yg banyak gula & berkarbohidrat.. jgn fikir, 'ah, aku xmakan nasi.. nak diet.. makan roti je lah'.. dik, roti pun karbohidrat dik.. 

banyakkan makan sayuran & buah-buahan.. kalau pergi lunch tu, udah2lah order teh ais ke, kopi ais ke.. tukar kepada jus buahan2..  sila request jus buah no sugar, less ice.

kurangkan melepak dikedai2 'kopi kaya'. dik, kopi ada kafein.. kafein ni tak bagus utk badan kalau banyak sangat.. kesan dia boleh menyebabkan kadar metabolisme rendah.. selain dari mengganggu keseimbangan hormon.. eloklah amalkan minum teh hijau sebab dia bersifat antioksida.. xsedap? saya dulu pun xminum teh hijau sbb rasa dia xsedap.. tapi kamu boleh campurkan dengan sedikit madu atau lemon..  sedap!.. try dulu..ingat, minumlah tanpa gula ya...

elakkanlah ais.. ais boleh menyebabkan kita lemah2 badan... akak pernah baca 1 artikel yg mengatakan antara faktor penyebab masalah keputihan adalah ais.. banyakkan lah minum air suam.. perasan x kalau kita minum air suam, tak lama lepas tu kita akan berpeluh? dan mungkin akan terkencing2 sebb minum air banyak? hah, baguslah tu.. bukan ke perkumuhan juga melalui peluh & kencing?

Nah! susah2 sangat nak ingat semua pesanan, ingat jelah piramid makanan ni..
jgn pulak kamu 'baca' piramid ni terbalik.. yg kat atas tu kamu utamakan.. SALAH!
yg kat atas sekali tu sepatutnya yg PALING kurang dimakan.. semakin kebawah sejajar dengan keluasan tapak piramid, maknanya makanan itulah yg harus diambil dengan kuantiti yg banyak..
ok?

exercise.. at least, keluarkan peluh!

kebanyakkan kita seharian duk kat office ber air-cond.. balik pulak duduk dalam kereta, ada air-cond.. LRT pun ada air-cond.. hah, mesti ada yg cakap, 'saya xde masa lah nak bersenam2 ni'..

Jom saya kongsikan cara saya bersenam setiap hari selama bulan November 2011 lalu.. saya pun macam kamu juga.. xde masa nak keluar berjogging dengan berpakaian sukan yg lengkap. dahlah hari Sabtu pun saya bekerja.. Ahad tu pulak, dah dok bersilat kat rumah.. laundry, mengemas, memasak.. tu belum lagi tambah kalau ada anak..

jadi, saya akan pastikan saya jogging setempat dirumah setiap malam sambil tengok tv sampai keluar peluh.. senang kan? pakai baju kerja pun boleh buat, pakai baju tidur pun boleh.. tapi nnt bushuklah nak tidur pakai baju dah kene peluh..=) husband kat sebelah geleng kepala je tgk bini dia semangat bersenam malam2 buta.. tapi lepas sebulan, Alhamdulillah, ada penurunan berat badan selain badan rasa 'ringan' je.. stamina pun bertambah.. lepas dah berpeluh tu, jgn terus duduk or baring.. rileks sambil menyapu rumah & tunggu peluh kering, baru g mandi.. seeloknya mandilah dengan air panas.. dah malam2, ape kejadahnya nak mandi air sejuk? tak elok utk kesihatan jangka panjang.

oh ya! kalau ada duit lebih, moh le kita beli treadmill *wishlist 2012 ni!*
Alhamdulillah, lepas sebulan amalkan semua diatas, saya disahkan pregnant 4 minggu selepas 2 tahun berkahwin. jadi saya percaya, kita harus 'sediakan' badan yang sihat untuk membawa 1 lagi nyawa dalam badan.. InsyaAllah, dengan izin Allah & usaha dari kita dengan doa yang tak putus2, Allah akan makbulkan juga..

3 comments:

  1. alhamdulillah...

    tahniah sis! ((= and thanks for the info!

    ReplyDelete
  2. hye fatiha..tahniah... sy pon akn buat ape yg kamu buat,manela tau sy pon ade rzeki mcm kamu stlh hmpir 3tahun..kan... doakan ye.. =)

    ReplyDelete
  3. tahniah ye
    thanx for da info also

    http://sayamahukawin.blogspot.com/
    link n folo u tau

    ReplyDelete