Hi..
tak sangka Uncle Bobo Little Caliph agak sweet rupanya.. ingatkan Uncle Bobo jadi uncle paling garang, rupanya tak.. Little Caliph kene cepat2 belajar membaca macam ni.. banyak benda yg dicoretkan untuk Little Caliph..
Buat bakal anak buah
Kehadapan little caliph,
Hey, pada saat ini uncle tak tau apakah jantina kamu, kerana ibu dan ayah kamu masih merahsiakannya dari uncle dan dari semua, memang sengaja mereka menimbulkan keterujaan ramai pihak. oh ya, untuk pengetahuan kamu memang uncle dan ibu kamu suka memberi kejutan untuk orang ramai. keh keh keh.
Well you can call me bobo, uncle bobo. Bukan apa uncle
berharap bila kamu sudah mula pandai bercakap nanti perkataan pertama yang kamu
akan cakap bobo. Hahahaha.
Saat uncle dapat tahu ibu kamu mengandung kan kamu, wah
uncle sangat bersyukur dan sangat gembira, bersyukur kerana at last ada juga
budak untuk uncle bobo dan uncle ipan buli. (oopss sorry ye kak kitaran hidup)
hahaha. Takde la uncle bersyukur sebab akhirnya Allah makbulkan juga doa ibu
dan ayah kamu. Ingat ni, untuk mendapatkan kamu macam-macam perkara mereka cuba
macam-macam benda mereka harungi. Jadi jangan derhaka bila besar ok? Gembira melihat
atuk dan nenek kamu teruja.
Little caliph,
Kamu lahir ditahun yang sangat mencabar buat uncle, sebabnya
uncle nak naik pangkat, nak pegang status baru, jujurnya uncle sangat
memerlukan bantuan ibu dan ayah kamu untuk menjayakan misi uncle ni. tapi takpa
uncle percaya ibu kamu akan cuba membantu uncle sebaik mungkin., ayah kamu
juga. Dalam kesibukan uncle menyiapkan diri untuk misi ini, percayalah uncle
tak pernah lupa untuk mendoakan kamu selamat dalam perjalanan untuk melihat
dunia yang penuh warna. Semoga kanvas hidup kamu berwarna ceria.
Nenek kamu selalu cakap uncle ni garang, tak suka
budaj-budak. Mungkin betul uncle memang garang, uncle selalu meyakat
budak-budak. Tapi dalam diam sebenarnya macam-macam yang uncle plan untuk kamu.
Little caliph, tiap kali uncle buat rondaan di ofis uncle, uncle akan stop kat
tempat permainan untuk tengok mana mainan yang sesuai untuk kamu. Kalau kamu
lelaki, uncle akan belikan patung ultraman untuk kamu. sebab sulu uncle ada patung tu, jika kamu perempuan uncle da tengok satu patung barney.
uncle bila balik kerja selalu tengok kedai baby, wah kalau ikut hati macam-macam uncle nak beli untuk kamu, biar kamu nampak handsome cute macam uncle zaman muda-muida dulu. tapi uncle kena kawal sikit sebab ada misi y ang perlu diselesaikan. so tak boleh la nak over sangat teruja nanti misi gagal.
kamu tau tak uncle dulu kecik-kecik suka pakai tie, pakai baju overall. so uncle da tengok da kedai yang jual suit dengan baju overall. takpe nanti uncle belikan barulah kamu boleh jadi bobo Jr untuk sementara waktu. hahaha.
tapi andai kata kamu perempuan uncle rasa nak belikan kamu baju bunga matahari.
Little caliph,
kamu patut rasa beruntung kerana mendapat ibu dan ayah seperti ibu dan ayah kamu, kerana mereka sangat penyayang, cuma mungkin ibu kamu nanti akan garang sikit. sebab ibu kamu memang garang dari kecik, mak neneklah katakan. semuanya menanti kelahiran kamu didunia ini. rasanya sampai sini dululah surat uncle untuk kamu, uncle harap kamu sihat sejahtera didalam kandungan ibu kamu, jangan mintak makan yang pelik-pelik sian ayah kamu nak cari. minum susu bia tulang kuat bia otak pandai bia cergas baru boleh masuk geng uncle bobo dengan uncle ipan, kita buli budak-budak lain. cepat-cepat besar nanti leh pergi makan ice-cream dengan aunt bobo kamu. hahaha. sekian.
yang menanti kelahiran kamu.
memang kena jadi ibu yang garang & tegas sbb nampak gayanya mcm ramai yang akan memanjakan Little caliph. Manja bertempat, xpa. sebab Little Caliph anak sulung (InsyaAllah, jika ada adik2 nanti), kena jadi 'kuat' dari segi emosi, kena jadi contoh untuk adik-adik, kena jadi good leader untuk adik-adik.
No comments:
Post a Comment