13 June 2012

Latih little caliph berpuasa

Salam..

Hari ini adalah sesi latihan untuk Little Caliph belajar berpuasa untuk pertama kali =)

Pukul 5 pagi dah set alarm utk bangun sahur. sebelum tidur dah bagitau Little Caliph yg hari ni ibu dia nak berpuasa & dia pun boleh start belajar puasa since Ramadhan just around the corner. kira ni mcm rehearsal la.. so, kami kene bangun utk bersahur & bertahan lapar sampai tiba waktu berbuka. mintak little caliph behave and be strong kat dalam tu.

tepat pukul 5 alarm bunyi.. being me, tutup alarm & tidur balik.. konon lagi 5 minit bangun la.. memang mengantuk sbb sebelum tu tidur agak lambat nak dekat pukul 1 baru boleh tidur, tiba2 kul 5 pagi alarm dah bunyi, mmg liatlah nak bangun.. sekali, baru nak lelap mata, dapat 'tendangan' padu dari Little Caliph..

terkejut, terus melompat bangun! rasa kelakar pun ada.. tapi bersyukur=) sbb at this stage, baby dalam perut dah boleh mendengar & recognized suara ibu dia. digalakkan selalu bercakap2 dengan baby. tapi saya mmg dari awal pun dah bercakap2 dengan baby walaupun masa tu masih 1st trimester kot.. masa tu selalu cakap kat dia "please, pegang ibu kuat-kuat" (maklumlah, risau apape jadi masa tu since saya RU)

so, bila dapat tendangan padu tu, saya anggap apa yg saya cakap pada baby, dia dah boleh mendengar & 'faham'. hehehe.. SubhanaAllah.. hebat betul kuasa Allah yang mewujudkan bonding antara anak dengan ibu ni.

setakat ni, alhamdulillah, masih bertahan.. walaupun hampir2 tewas dalam pukul 11 pagi tadi.. Little Caliph pulak start pukul 9.30 pagi mcm tu dah kurang bergerak. biasanya aktif saja dia sbb waktu tu mmg time ibu dia makan.. tapi, Alhamdulillah, sekarang dah aktif balik lepas pujuk2 sikit..

..............

cuti sekolah yg lalu, dapat banyak gak jemputan kawin. mana yang sempat pergi, kami pergi lah. tapi tah kenapa, semua caterer agak mengecewakan.. ada yg tawar, ada yg langsung xterasa rempah, ada yg nak basi.. adakah disebabkan mereka menerima terlalu banyak tempahan pada musim cuti sekolah menyebabkan dorang masak cincai je? isk.. kepada para caterer, please.. xbaik buat customer mcm tu tau..

4 comments:

  1. alhamdulillah :)
    sama dgn sy. kena latih berpuasa kan pastu ckp2 dgn baby dlm perut :)
    insyaAllah menegrti.

    ReplyDelete
  2. subhanallah... sebak bacanya. indahnya pengalaman itu. mudah-mudahan ada rezeki kami nanti, amiinn....

    ReplyDelete
  3. yelah, masa Ramadhan nanti dah 3rd trimester.. mmg cepat penat.. sekarang pun, baru jalan sekangkang kera, dah penat macam berlari 400m=)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah.. ada rezeki utk kamu nnt.. bersabar ye..

    ReplyDelete