22 November 2012

Majlis Adik : kenapa majlis bergabung?

Salam

"dulu masa kakak nak kawin, dia rajin ambik gambar step by step letak kat blog.. sekarang abang kawin, kakak dah xde pun tulis kat blog dia"

komen ibu saya yg sememangnya suka skodeng blog saya=)

plan asal, majlis nak buat berasingan. dah siap beli bahan buat bunga telur (bunga tisu) untuk seribu pieces since adik saya nak tema tradisional. so, tradisional mestilah bagi bunga telur.. xkan nak bagi telur bungkus salam tisu macam zaman dulu.. nanti orang kata cheapsake sangat!

kemudian, bakal in laws adik saya mintak disatukan sekali majlis atas sebab saudara mara mereka yang jauh di Kedah dan Terengganu, juga atas sebab urusan pekerjaan bakal pak mertua yg super-duper busy dengan masalah negara... kalau majlis berasingan, nanti xde wakil pihak perempuan datang bertandang sebab masing2 dah balik terengganu dan kedah. juga sebab rumah ibubapa saya dengan rumah bakal mertua adik sangat dekat.. sekangkang kera je.. setakat melepasi 3 traffic lights dah sampai..

walaupun agak kurang bersetuju pada mulanya, akhirnya kami sepakat untuk satukan saja majlis resepsi mereka.. pada pandangan kami, memudahkan semua pihaklah hendaknya.

jadi, bunga telur yg sepatutnya dijadikan doorgift majlis pihak kami, akan dijadikan doorgift masa nikah. 200 pieces je.. yg balance, kami simpan.. mungkin boleh guna masa majlis aqiqah ziyad or majlis kesyukuran masuk rumah baru..atau majlis adik saya yg lain? tengoklah nanti.. barang xbasi.. so boleh simpan=)

sekarang ibu saya sedang busy buat bunga untuk dulang hantaran. kalau dulu kami duduk serumah, senang saya nak membantu. sekarang dah ada ziyad, masa nak membantu sedikit terhad. so, nak ambik gambar step by step utk buat bunga gim as requested by soooo many peoples (sampai sekarang stil terima email mintak tutorial bunga gim) agak impossible.. kalau ada, kalau sempat, ada la tutorialnya ya..

1 comment:

  1. majlis kawen adalah utk happy2 semua org. yg penting jgn ada pulak yg monyok je masa kenduri. hilang serinye nanti. takpela yg boleh tolerate dan mudahkan kita mudahkan. taknak la pengantin pulak pening kepala fikir 2 keluarga.

    ReplyDelete