21 January 2013

yup! carseat adalah 1 keperluan..

Salam

Ingat post lama saya pasal hal ini?

Jawapan bagi stroller & car seat setakat ini adalah PERLU!
just baby cot je masih xnmpk keperluannya utk ziyad.

2 minggu lepas, husband berjaya beli carseat utk ziyad setelah tertangguh2 sejak sekian lama disebabkan kesibukan yg melanda ibu & ayah ziyad. xsempat nak survey model ape yg bagus utk ziyad.
pergi kedai, selalu pulang dengan tangan kosong sbb tak tahu nak decide (-_-")

mungkin sbb xjumpa promoter/salesperson yg bagus, tu yg xleh nak decide.. semua pun xreti nak explain product sendiri, so saya xdelah keyakinan nak beli..  last2 husband pergi seorang je. saya pantau dari jauh melalui whats app di office. ok, sila jgn salahkan saya sbb kerja menimbun jadi kene ke office jugak. hihihi.. pergi 3 buah kedai.. tiap kali pun ambik gambar.. lepas ambik, whats app kat saya & call saya baru explain ape yg promoter explained.

bertindak cepat sbb mmg agak susah jika saya or husband nk drive. lepas ni bolehlah drive seorang diri sambil bawak ziyad=) zaman sekarang ni dah xhairan suami/isteri drive sendiri2.. jarang sgt nak jumpa family muda baya2 kita ni yg wife xreti drive. apatah lagi wife yg ada lesen tapi jadikan 'hiasan' dalam purse saja. mungkin ada la wife yg mcm tu sbb belum ada keyakinan or takut nak drive. tapi jaranglah.. sekarang ni.. semua wife2 dah berani tau!.. dah jadi superwomen gitu!..hihihi.. tu yg carseat ni dah jadi keperluan jugak.

salah satu gambar yg di hantar husband masa proses membeli.. xkanlah nk upload semua gambar yg husband whats app..isk..rasanya ni kat one baby world..

last2 inilah carseat bertuah yg menjadi pilihan kami. sesuai untuk infant hingga 18kg (appoximate 4years old toddler) kalau anak dah besar, dah toddler, boleh cabut lapis yg pertama tu..

dalam post yg lama tu, saya ada kata nak beli yg boleh attach dgn stroller kan?
ok, itu namanya travel system & yg attached dengan stroller tu bukan carseat namanya, tu namanya carrier.
kalau tgk, carrier biasanya ada pemegang macam bakul tu. some carrier boleh jadi rocker.

ikut pemahaman saya, carrier xleh pakai lama. just untuk infant, sesuailah. sedangkan keperluan kami lebih kepada carseat.sbb kalau boleh nak pakai lama sikit.

1st time ziyad duduk dalam carseat. waktu malam. otw balik kampung ayah utk kenduri aqiqah sepupu ziyad. 

reaksi ziyad? dia duduk diam. sambil pegang tangan saya. bila kereta gerak, makin kuat genggaman tangan dia.. gayat mungkin. 1st time tu saya biasakan dia dulu.. xpakaikan pun seat belt.. lama2 ziyad tertidur! hihihi.. sampailah depan umah atuk, baru bangun!

sampai sekarang, tiap kali duduk dalam carseat ni, mesti tertido dengan lenanya=) nmpknya carseat ni lebih comfy utk ziyad tidur.

semalam husband kata pilihan carseat ni adalah tepat sbb ziyad macam suka duduk dalam tu.. tiap kali ddk, mesti tidur. sbb semalam kami ke JJ. perjalanan xsampai 5 minit dari rumah pun ziyad boleh tidur.. last2 saya seorang masuk jj, husband teman ziyad tidur dalam kereta.

husband kata nanti ziyad dh besar sikit, boleh simpan carseat tu. saya pulak kata, saya mahu fully utilized kan  carseat tu.. kalau boleh sampai ziyad 4 tahun! tapi husband kata comfirm ziyad xnak.. budak2 mane boleh ddk diam dlm kereta. maka, saya pun kata

"boleh ddk diam kalau ajar dari kecik.. kalau dari kecik kita latih dia duduk properly dalam kereta, insyaAllah, dia boleh faham yg dalam kereta kene duduk diam. kereta adalah kereta, bukan taman permainan yg boleh panjat sana sini, usik sana sini"

husband diam.. ok, ai dah cakap awal2, ai mmg garang sikit eh, bukan garang, tapiu tegas..=)

3 comments:

  1. carseat mmg perlu sgt2..nak2 utk mommy yg kerja. nk hntr anak pg pengasuh..tak kan nak letak atas seat gitu je kan.

    yg ni nampak baby selesa je dduk dlm..brand apa ni? sparco? tak berapa nmpk...mahal tak?

    ReplyDelete
  2. saya housewife pun rasa carseat ni penting sebab senang nak bawa baby beli grocery or pasar
    saya beli travel system..bila masa shoping, saya letak carrier dalam troley coz usually saya shopping dgn my baby je..

    ReplyDelete