17 June 2013

Pengalaman Umrah & Puasa

Semalam Hari Bapa.

Semalam juga baru dapat selami perasaan sebenar seorang anak yatim melalui hari bapa.

tapi, takpe. sbb bapa kami berada dengan Penciptanya.

Minggu lepas, saya cuci semua gambar2 sewaktu keluarga menunaikan Umrah. Pengubat rindu. tenang je rasa tiap kali melihat gambar2 abah di rumah Allah.

Allahu Rabbi.

Sepupu saya, berjumpa dengan family saya di hadapan Kaabah..


Sedang menulis utk siapkan perkongsian usaha2 TTC melalui pemakanan Sunnah. tapi hati jadi sayu bila lihat gambar kurma yg dibelikan abah. setiap kali abah akan sediakan stok kurma utk saya.. tanpa failed. bila saya mahu bayar, abah akan kata "xpe, abah bagi." . bila saya merajuk segan takmo kirim lagi sbb abah xnak ambik duit, abah akan ambik duit kurma yg saya bagi, tapi akan return dalam bentuk lain. contoh, tiba2 belikan teh ais sedap. or laksam sedap.

Ramadhan tanpa laksam dari abah..
Ramadhan tanpa Abah='(

Ramadhan semakin hampir. selalunya bila time kami adik beradik berpuasa selain dari puasa Ramadhan, samada puasa ganti, mahupun puasa sunat, abah tak pernah failed utk call rumah & tanya apa yg kami mahu untk berbuka puasa. Abah akan belikan.

setiap kali puasa juga. abah akan pastikan bekalan susu kotak sentiasa ada dirumah. bercarton2 susu kat rumah. cepat je habis.. dah hari2 bukak puasa minum seorang sekotak, pukul 10 malam sebelum tidur, minum lagi. sahur minum lagi. anak 5 orang semuanya..hahaha.. mmg kami adik beradik penggemar susu.

Moga terus tabah..

No comments:

Post a Comment