saya tak tahu nak cerita macam mana. harap apa yg saya cuba sampaikan ni, tak disalah anggap/tafsir.
masa mengandungkan Ziyad, saya ada terfikir untuk berhenti kerja. masa tu commitment tak banyak macam sekarang.
so, saya berborak dengan officemate. chinese. malaysian. katanya kalau saya berhenti kerja, macam mana nak jaga anak. sekarang seorang anak pakai banyak duit.
katanya kalau tak bekerja, cukup ke husband seorang nak tanggung. saya kata, insyaAllah cukup. cuma xboleh bermewah mcm sekrang la. kenelah adjust hidup ikut kemampuan.
rupanya bagi dorang, dari anak kecik, terus letak kat babysitter. ramai kawan chinese saya, ada anak, tinggal kat babysitter. tinggal di sini bermaksud, bermalam. hujung minggu je datang jenguk anak. and upah untuk babysitter ni paling murah rm1k. normally dorang letak kat rumah makcik-makcik yg dorang kenal. makcik saudara ke, jiran mak dorang ke.. macam tu lah.
bila anak dah besar sikit, boleh hantar ke nursery or kindergarten. ada jugak yg prefer ambik maid. nanti anak dah masuk sekolah, kene hantar anak g private school, music class, art class mcm ballet, drawing, craft. hantar tuition bagus2.. so, semuanya perlukan duit. sebab tu pada mereka seorang anak perlukan kos beratus2 ribu utk dibesarkan dan biasanya dorang xsuka anak ramai.
saya kata, culture bangsa kamu, berbeza dengan culture saya. mostly orang melayu suka anak ramai. meriah. tak pernah lah pulak kitorang terfikir pasal kos nak besarkan anak. or mungkin saya sorang je yg tak pernah fikir? sbb saya percaya setiap anak membawa bersama rezekinya yg telah ditetapkan oleh Allah.
saya kata, family saya orang susah. abah saya seorang saja yg bekerja. mak saya surirumah sepenuh masa. tapi Alhamdulillah, saya boleh berjaya sampai ke degree.. 2 orang adik saya pun degree. tinggal yang bongsu saja masih sekolah. seorang lagi dah bekerja. pointnya kat sini, saya agak tak setuju bila mereka kata tugas mak bapak ialah carik duit utk besarkan anak.
tugas kita bukan carik duit je. tapi didik & asuh anak.
family susah, duit tak banyak, masih boleh berjaya. masih boleh jadi manusia.
saya cakap jugak patutlah ramai anak2 sanggup upah dan hantar mak bapak kat elderly home. jengguk time hujung minggu or hujung bulan je. sbb masa anak tu kecik, makbapak sanggup tinggalkan anak kat rumah babysitter.
u might have billions in your account, but less love in your heart.
and mereka setuju dengan saya utk point yg ini. tapi dah budaya mereka begitu.
bagi mereka, parents perlu bekerja keras utk bagi yang terbaik untuk anak. private school, private tuition, makanan yg mahal/organik, best hospital, bla..bla..bla.. semua yg terbaik & tiptoplah.
tapi bagi saya, semua nak yg terbaik utk anak & tak semestinya yg mahal/tiptop tu adalah yg terbaik. kasih sayang & perhatian jugak penting. xguna jadi CEO terkenal, tapi hati kering.
tapi sampai sekarang, saya masih lagi bekerja. sbb syarat saya utk bekerja 5 hari seminggu telah diterima. Alhamdulillah, kehidupan lebih baik. sekarang ni kalau nak berhenti kerja, perlu ada back up plan pasal commitment dah bertambah. dari sharing bayar rumah dengan husband, dah perlu bayar seorang 1 rumah. mudah-mudahan kehidupan lebih baik dimasa akan datang. insyaAllah, kalau nawaitu betul, pasti dipermudah. mudah2an.
sedang persiapkan diri kalau nak jadi SAHM..pheww~~
saya setuju.. tugas ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan tapi lebih dari itu.. apa yag kita buat akan memberi effect pada masa depan kita. Klau itu yang ditunjukan pada anak2, maka xhairan nanti itu yang akan dibuat balik pada kita dihari tua nanti... good point sis ^_^
ReplyDeletebr td borak dengan offcmate pasal ni.kwn2 dia yang chinese mmg akn tggl anak dengan BS. tapi bg kita sebolehnya nak stay dengan anak.lain bangsa lain budaya.
ReplyDeleteSalam sejahtera,
ReplyDeleteSy salah seorg silent reader blog Fatiha sejak menemui blog ini ketika meng"google" tentang topik breastfeeding dan pengalaman bersalin..
Sekiranya diizinkan, sy ingin berkongsi sedikit pengalaman as a Malaysian of chinese ancestry. Of course sy tidak layak mewakili semua chinese, jadi berikut hanyalah personal experience dicampur dengan pendapat sendiri...
Walaupun bukan semua org cina bersetuju dgn cara meninggalkan anak dgn babysitter (BS), sememangnya tdk dpt dinafikan bhw semakin ramai chinese parents yg berbuat demikian. Salah seorg jiran sy (chinese jg) menjadi BS kpd 3 org kanak-kanak di antara 0-3 thn di mana ada salah seorg kanak-kanak jagaannya duduk overnight dgn BS krn ibu bapanya sibuk bekerja... parentsnya berniaga di kedai makan.
Sy setuju dgn Fatiha dan rakan-rakan Fatiha yg meninggalkan komen di sini bhw tugas ibu bapa lebih dpd sekadar menyediakan keperluan anak.
Berbanding generasi yg lalu, ramai ibu bapa Chinese pada masa kini kelihatan lebih cenderung (or obsessed? i don't know...) memikirkan hal-hal spt bgmana hendak mengumpul wang utk menghantar anak ke top schools/colleges, membeli gajet/toys, tusyen, music lessons, dll. Akibatnya, pekerjaan menjadi prioriti & tugas-tugas menjaga+mendidik anak diambil-alih oleh BS/grandparents.
Pd pendpt humble sy, "balance" sepatutnya diamalkan. But of course easier said than done. Tp sekurang-kurangnya kt cuba sedaya-upaya. SAHM ataupun working mom, bergantung kpd kesesuaian hidup masing-masing sebab kedua-duanya ada kelebihan yg tersendiri.
Personally, sy tidak bersetuju dgn tindakan meninggalkan anak overnight dgn BS... pengecualian mungkin utk mrk yg bekerja night duty. Tetapi sekalipun dijaga oleh BS, bawalah anak-anak pulang bersama lepas habis kerja supaya mrk mendpt kasih sayang & perhatian dpd ibu bapa, walaupun mungkin tidak sama perhatiannya dgn mrk yg dijaga oleh stay-at-home-moms.
Just my 2 cents. Tq :)
Salam sejahtera,
ReplyDeleteSy salah seorg silent reader blog Fatiha sejak menemui blog ini ketika meng"google" tentang topik breastfeeding dan pengalaman bersalin yg sy dapati amat menarik & berguna.
Sekiranya diizinkan, sy ingin berkongsi sedikit pengalaman as a Malaysian of chinese ancestry. Of course sy tidak layak mewakili semua chinese, jadi berikut hanyalah personal experience dicampur dengan pendapat sendiri...
Walaupun bukan semua org cina bersetuju dgn cara meninggalkan anak dgn babysitter (BS), sememangnya tdk dpt dinafikan bhw semakin ramai chinese parents yg berbuat demikian. Salah seorg jiran sy (chinese jg) menjadi BS kpd 3 org kanak-kanak di antara 0-3 thn di mana ada salah seorg kanak-kanak jagaannya duduk overnight dgn BS krn ibu bapanya sibuk bekerja... parentsnya berniaga di kedai makan.
Sy setuju dgn Fatiha dan rakan-rakan Fatiha yg meninggalkan komen di sini bhw tugas ibu bapa lebih dpd sekadar menyediakan keperluan anak.
Berbanding generasi yg lalu, ramai ibu bapa Chinese pada masa kini kelihatan lebih cenderung (or obsessed? i don't know...) memikirkan hal-hal spt bgmana hendak mengumpul wang utk menghantar anak ke top schools/colleges, membeli gajet/toys, tusyen, music lessons, dll. Akibatnya, pekerjaan menjadi prioriti & tugas-tugas menjaga+mendidik anak diambil-alih oleh BS/grandparents.
Pd pendpt humble sy, "balance" sepatutnya diamalkan. But of course easier said than done. Tp sekurang-kurangnya kt cuba sedaya-upaya. SAHM ataupun working mom, bergantung kpd kesesuaian hidup masing-masing sebab kedua-duanya ada kelebihan yg tersendiri.
Personally, sy tidak bersetuju dgn tindakan meninggalkan anak overnight dgn BS... pengecualian mungkin utk mrk yg bekerja night duty. Tetapi sekalipun dijaga oleh BS, bawalah anak-anak pulang bersama lepas habis kerja supaya mrk mendpt kasih sayang & perhatian dpd ibu bapa, walaupun mungkin tidak sama perhatiannya dgn mrk yg dijaga oleh stay-at-home-moms.
Just my 2 cents. Tq :)
"balance".. the key word.
Deletesaya lupa untuk yg bekerja night shift.. sbb kawan2 saya ni semuanya kerja office hours.. tu yg saya pelik kenapa mesti juga mahu tinggal anak overnite rumah BS..
apape pun, setiap parents nak yg terbaik utk anak. mungkin bagi mereka, itu yg terbaik untuk anak mereka.. lain makbapak, lain cara didikannya, kan?