06 February 2014

Sterilizer botol susu anak, perlu ke?

Bagi saya untuk ibu yg bekerja, perlu sangat sterilizer ni. sbb:

1. mmg kene sterilized botol anak hari2. zaman sekarang ni banyak penyakit. xbolehlah nak compare dengan zaman dulu yg belum banyak pollution, antibody orang zaman dulu kuat sbb makan bende fresh, xde bahan kimia & pengawet. semuanya segar dari kebun & sungai & reban. eh?

2. selalu botol susu & alatan2 penyusuan, boleh jgk sterilize barang mainan anak. anak2 ni akan ada 1 peringkat yg mana, semua mainan dia nak masuk mulut. kadang2 lantai pun dia nak jilat.

3. selamat. masukkan dalam sterilizer, tekan start, dah biar je sampai bunyi tanda dah siap. xdelah kes jerang air dalam periuk sampai kering or botol susu cair sebab terlupa tutup api.

Saya beli sterilizer and warmer dari belum bersalin. mmg masa beli berdebar2 jugak takut membazir xpakai. tapi alhamdulillah, mmg fully utilized. botol warmer mmg pakai hari2 letak kat rumah ibu. sekrang ni selain panaskan susu ziyad, panaskan juga susu Humaira.

Masa dalam pantang, ibu bagi saya bekas botol susu yg ibu gunakan masa saya kecik. brand Mothercare. tak tahu pulak selama ni masa kecik pakai botol susu branded. hahaha..tapi saya mmg tahu ibu saya agak tegas bab susu ni. sampai besar pun masih paksa kitorang minum susu. 


inilah bekas botol susunye. saya tak pakai pun utk simpan botol Ziyad. sbb selalu lepas sterilized, letak botol kat dryer rack bagi kering. tutup bekas ni sampai dah kuning dah. yelah dah nak dekat 30 tahun umurnya. bekas ni dulu sekali 1 set dengan botol susu. ada 4 botol susu pelbagai saiz rasanya. ibu pernah tunjuk kat saya botolnye. kata ibu, kirim beli kat Paksu saya yg masa tu menuntut di UK.

Kalau tengok betul2, sebenarnya bekas ni ada cara2 utk sterilised botol2 susu dengan menggunakan bekas ni. sangat innovative bagi saya. kira ibu saya telah membeli set yang lengkap. set botol susu dan steriliser. 2 in 1.

sekarang ni, saya guna bekas ni utk simpan toilet roll je. 

1 comment:

  1. Wah..ldulu2 pun dah ada kan..ingtkan dulu2 pkai cr tradisional je...heheh

    ReplyDelete