08 April 2014

Petua lagi.. secara rambang utk ibu ayah

Ibu saya membesar bersama dengan neneknya (moyang saya) setelah kematian mak(nenek saya) pada usia 7 tahun. jadi, bila membesar bersama nenek2 ni, byklah jugak petua2 yg diturunkan. tapi takdelah sampai tulis dalam buku buat rujukan turun temurun.

banyak petua2 ni yg ibu ada bagitau saya. semuanya secara x langsung. kadang2 sambil tgk drama tv, bila berkaitan & ibu teringat, ibu bagi tau lah kat kitorang. jadi, saya takut jugak kalau2 tak teringat. saya tuliskan disini sebagai perkongsian bersama & utk rujukan masa hadapan. moga bermanfaat.

Since ibu saya tengah jaga cucu perempuan, Aisyah Humaira, banyaklah jugak petua diturunkan. katanya baby perempuan ni banyak sikit petuanya compared baby boy.

1. TELINGA

Ibu saya sangat2 particular bab telinga. katanya, kalau girl, bolehlah cover telinga capang dengan selitkan kat anak tudung yg ketat bila besar, tapi kalau boy telinga capang, xde sapa pun nak kisah sebenarnya.. hihihi.. so, everytime Ziyad tidur masa kecik dulu, mmg ibu selalu suruh check telinga jangan bagi terkelepet..

selalu telinga capang ni bila baby tidur dalam buaian. some babysitter tak ambik peduli pun.. baby ni masih 'lembut', ibu kata senang di bentuk.

telinga Ziyad, xdapat diselamatkan. capang sudah. Nasib baik 2-2 belah capang. xdelah weird sgt. bayangkan kalau sebelah capang, sebelah tak. or senget sebelah?.
telinga Humaira.. masih cantik. ambik gambar, xnampak pun telinga.. maksudnye x capang la tu..
2. HIDUNG

Selalu tarik2 hidung bagi mancung. tapi hidung Ziyad xmancung pun.. asyik tidur meniarap, cmne tak peyek.. hidung Humaira agak mancung sebab hidung dia start tinggi dari tgh2 mata.. cuma bila ke bahagian bawah, agak kembang.. tu pun ibu selalu tarik2 jugak.. hahaha

3. MANDIKAN BABY, lepas basuh muka & kepala, terus lap dengan towel utk elak selseme & lelah. lepas tu barulah mandikan badan.

4. Gelek2 kepala baby dengan gayung utk bagi leher cepat tegap.

5. Baby boy kene rajin tuam terutama private part dia.. takut angin pasang katanya. tuam tu boleh buat sendiri. pakai biji lada hitam & bunjutkan dengan kain. tuam sekali kat bahagian perut & belakang badan.

tapi untuk baby girl, selain private part, perut & belakang badan, tuam sekali kat keliling dada/buah dada supaya nanti breast tak terlalu besar sangat and breast cantik.. hahaha.. sejak baby lagi nenek dah amalkan awet muda oh!

6. rajin picit2 breast baby girl. picit sampai keluar lendir2 macam jerawat nasik tu.. tu pun petua utk breast cantik bila besar.

7. jangan ikat rambut.

ibu kata kalau nak anak terus kiut miut & awet muda, jangan ikat rambut or pakaikan apape kat kepala dia. baby, urat2 dia masih halus. masih sensitive. kenapa nak tegangkan urat2 bahagian kepala & muka dia dengan mengikat rambut? belum sampai masa, urat2 semua dah x tegang akibat selalu ditarik waktu ikat rambut. hihihi.. petua nenek ibu dulu.. so, Humaira mmg ikut. tak salah kot ikut. lagipun bukan wajib kene ikat rambut baby.. agak panjang merimaskan, potonglah pendek.

no wonder masa saya kecik ibu tak pernah ikatkan rambut saya.. sentiasa rambut pendek. sampai dah habis sekolah rambut saya sentiasa pendek. just bila dah besar sikit, dah pandai melawa (konon) baru saya request nak simpan rambut panjang.. tu pun tak lama.. maybe dah terbiasa rambut pendek, bila rambut panjang, cepat rimas.. bila dah kawin ni baru tahan lama sikit berambut panjang..

itu saja petua yang saya ingat setakat ni. nnt kalau teringat lagi, saya share kan selain untuk rujukan kami adik beradik di masa hadapan.

2 comments:

  1. sis..jgn bg telinga terkelepet tu mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuping telinga kan arah kebelakang. kadang2 kalau tidur mengiring, cuping telinga terkelepet ke arah depan.

      faham tak? susah jgk nak explain.

      Delete