21 November 2014

When was the time u had your pillow talk?

Perasan tak, masa bercinta, every single thing kita mesti nak share dengan pasangan. even small thing like what u r wearing on that day pun nak jugak bagitau pasangan and the conversation will take more that a minute or more than a line if we r sharing via sms/text. apatah lagi kalau pakai baju baru or kasut baru.. 

kita sharing all the opinions. "kasut baru awak ni cantik pakai dengan baju kurung" atau, "saya suka tengok awak pakai kasut ni dengan stoking". camtu.. all the feelings, the opinions kita luahkan.. kita bagitau kat pasangan.

tapi bila dah kawin, jgn kata nak bagi pendapat.. nak cakap "u look great" pun payah. Complimentary become so expensive secara tiba2..

Masa dah bercinta, rasa macam setiap saat nak berbual2 dengan pasangan. ada saja perkara/benda yg kita jadikan 'modal' untuk bercerita. ada saja cara/alasan yg kita cari agar dapat berbual.

tapi bila dah kawin, secara tiba2 kita rasa tak perlu dah nak luah. tak perlu nak cerita. sebab kita anggap pasangan kita sepatutnya dah faham perangai kita. tak perlu cakap. mungkin jugak sebab hari-hari jumpa, jadi tak perlulah nak cerita banyak. pasangan kita boleh tahu sendiri. kita lupa pasangan kita bukannya magician yg ada telepathy boleh 'baca' apa yg ada dalam kepala otak kita atau boleh tengok 'cermin' ajaib apa yg berlaku kat kita sepanjang hari tu.

Faham-faham sendiri, tak boleh pakai dik.. kene jugak bercakap. luahkan semua.. suka ke tak suka ke.. supaya nanti nanti takdelah mengungkit "sepanjang 5 tahun kita kawin, awak selalu selekeh & busuk".. dah 5 tahun baru nak cakap.. kenapa tak bagitau masa hari dia busuk tu? senanglah kan esoknya blh terus mandi bunga & limau..

"bini saya asyiklah potpet potpet je sejak duduk rumah ni.. saya dahlah balik rumah letih2 ingat nak rehat, kene pulak dengar dia potpet potpet" luah kawan pejabat saya. bini dia jadi surirumah lepas dapat anak.

"dengarkan saja.. saya jugak macam kamu dulu.. letih2 balik ke rumah, belum sempat duduk pun, bini sudah potpet potpet.. tapi mak saya pernah ingatkan, bini kita seharian dirumah mengurusi rumah & anak. tiada teman bicara..takkan sih dia mahu luahkan sama anak.. masih anak2.. rasanya tak sama seperti meluahkan pada org dewasa.. jadi kamu dengarin aja.. kalau tiba2 dia diam, pasti kamu pulak yg resah.. bila ada kamu rimas, tapi kalau tiada nanti, kamu pasti rindu" nasihat rakan pejabat saya dari Indonesia yg dah berusia.

bini punye cantik seksi menggoda kat sebelah tercongok pun boleh buat tak heran... penangan smart phone! - sumber goggle.
komunikasi penting dalam perkahwinan. itu yg selalu saya dengar dari orang2 yg makan garam dulu. berusaha untuk bersosial dengan pasangan sendiri sebab sekarang ni kelihatannya bersosial dengan media sosial lebih mengujakan. lebih teruja weh 'layan' instagram, facebook, berpuluh-puluh whatsapp groups, wechat, telegram, & lain-lain dari layan, dengar & pandang (eye contact) dengan pasangan yg tercongok kat sebelah. dan kebanyakkan kes masalah rumahtangga bermula dari media sosial.. be careful peeps!

logiknya, dari berbual2 tulah boleh wujudkan kemesraan. mana lebih mesra? dengar gelak tawa secara langsung melalui perbualan, atau dari baca 'kahkahkah' atau 'hahaha'?

dalam 7 hari, 5-6 hari adalah bekerja. dari pagi bawak sampai ke malam kadang2..belum kira kalau yg berhari2 outstation takde kat rumah.. balik rumah masing2 penat terus nak tidur saja. bila la masa nak berbual? belum lagi kira perasaan anak yg terabai.. main sorang2 atau main sesama sendiri je.. jom! take few minutes, do pillow talk.. not just talking about your kids only. talk about 2 of u..  


Jom!

2 comments:

  1. setujuu.. masing2 penat lg la tido xsdr kan..huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam kenal...


    ALHAMDULILAH bagi akak.. hubby jarang nak memuji.. tapi kalau berkenan kat mata dia, pasti dia akan cakap.. cantik!! kembang gak rasanya. heee

    ReplyDelete