05 August 2010

hantaran hati..ape benda?

Salam

Hari ni nak langsaikan ‘hutang’ cerita pasal hantaran. Kami berdua sepakat & setuju untuk mengadakan hantaran sebanyak 7 dulang berbalas 9. Mula2 confused pasal eh, mas kahwin, duit hantaran dan barang kemas tu nak kira dalam 7 dulang ke? sibuklah tanya sana sini. Mula2 ingatkan mcm ni:

Dari pihak lelaki pada perempuan:
Sireh junjung 
some people said this thing is ‘wajib’ sebagai memenuhi adat and sireh junjung adalah simbolik sebagai ‘ketua/kepala’ hantaran.

Mas kahwin dan barang kemas 
mas kahwin adalah wajib sebab tuntutan agama.

Duit hantaran
some families may have duit hantaran before the majlis. But since my moyang dulu dah pesan, duit hantaran bagi lepas akad nikah, so I listed dlm senarai hantaran.

So, ni pun dah ambik tempat utk 3 dulang hantaran. Lagi 4 dulang adalah barang2 kehendak yang lain.

After bincang2 and tanya orang2, lastly kami berdua putuskan:

Sireh junjung 
no sireh junjung! Sbb itu adalah part of the ADAT only. Tak buat pun, bukannya berdosa. Dalam kedua2 belah families pun, takde dah nenek2 or atuk2 makan sireh,so kami fikir mcm membazir sbb lps majlis, sure akan buang sbb layu. Mcm masa bertunang dulu. Takde sape nak makan. And membazir itu amalan syaitan. Lagi hebat hukumnya dari melanggar ADAT, right?

parents kami pun takde masalah dgn pendapat & keputusan kami berdua pasal hal ni. 

Mas kahwin dan barang kemas 
sebulan sebelum majlis, I decided utk TIDAK bertukar2 dulang hantaran di Masjid after akad nikah. I nak seringkas yang mungkin majlis di DALAM masjid. Takmo havoc2 and kecoh2 dlm masjid. Nak tgk2 hntrn lah, ambik2 gmbrlah posing dpn hantaran. Tu belum lagi yang ‘bisik2’ psl hantaran. Kalau ‘bisik2’ tu, kadang orang bukan kira tempat. Lupa tatacara menghormati kesucian masjid. Nk ngomel2 lawa ke, buruk ke, branded ke, murah ke.. sbgai tuan rumah, saya nak elakkan benda2 mcm ni lah. so, only 1 dulang ni je yang akan dibawa ke masjid sbb wajib ada mas kahwin. And barang kemas tu hadiah from Incik Asben. But imam jurunikah said kena lafazkan sekali nilai barang kemas tu dalam mas kahwin. Maksudnya, duit RM300 tunai yg dh jadi roses tu + nilai barang kemas. *siap kene tunjuk resit pembelian kat imam jurunikah masa hantar borang kebenaran bernikah*

mula2 abah said mane ada orang tak tukar2 hantaran after nikah. tulah sebabnya orang buat upacara batal air sembahyang. ok, i tukar mas kahwin and barang kemas je lah. ok ape?=) ibu i setuju je. coz ibu cakap lecehlah nak bawak2 hantaran masa nikah. lama2 dua2 pun setuju dgn idea i. family Incik Asben lagilah setuju.

Duit hantaran 
as adviced by imam jurunikah, duit hantaran kalau dibawa bersama semasa akad nikah, akan diakadkan menjadi mas kahwin. Jadi mas kahwin I akan jadi, RM300 + nilai barang kemas + duit hantaran.

Pesan kat Incik Asben, jgn bwk duit hantaran masa akad nikah sbb I nak buat surprise hadiahkan duit hantaran tu to ibu and abah. Kalau dah lafaz jadi mas kahwin, duit tu I sorang je yang punye. Orang lain tak boleh ‘sentuh’. Cukuplah RM300 tunai dan barang kemas I dapat tu.

Makanya, I berjaya menyelamatkan 3 dulang hantaran ini utk beri ruang barangan lain=)

Masa hari akad nikah, hanya 1 dulang saja dibawa oleh kedua-dua pihak.


Mas kahwin & barang kemas from him.




Cincin from me. 

Mula2 tak plan pun nak bagi cincin ni. Last minutes mcm terfikir, isk.. bagi cincin pun ok jugak. Sekurang2nya, Incik Asben pun dapat satu ‘tanda/barang’ utk dijadikan kenangan *mungkin jugak tanda ingatan yang dia tu dah kahwin=)*. Cincin ni pakai kat jari, jadi hari2 pun dia akan pakai & ‘nampak’. Owh ya, jgn bg cincin emas tau! Haram lelaki pakai!

7 dulang hantaran berbalas 9 tu, I ‘forward’kan ke majlis bersanding di dewan. pihak lelaki akan membawa dulang hantaran tu masa majlis bersanding. acara penyerahan dulang hantaran dilakukan di depan pintu utama dewan dengan iringan pantun-pantun. rujuk ke post yg ni.

hantaran dari pihak perempuan pulak dibawa masa majlis bertandang. kiranya taklah datang dgn tangan kosong. ada sesetengah tempat, masa bertandang, bawak bunga pahar. tapi both side dah agree kami buat style mcm ni pulak. no bunga pahar but 9 dulang hantaran=)

Bersambung..

No comments:

Post a Comment