08 May 2012

Alternatif kepada meja solek

Hi,

Sekarang ni, almari baju kami adalah jenis sliding dan disertakan sekali dengan cermin. kami tak beli pun meja solek/dressing table memandangkan masa awal2 dulu, baju tak lah banyak sangat dan koleksi bedsheet serta langsir pun xlah banyak mana, jadi muat je almari tu utk multipurpose as dressing table. malah ada 1 compartment yang memang kami gunakan untuk letak perfume, bedak, krim muka, losyen, & segala benda alah yg sepatutnya diletakkan di meja solek.

sekarang, almari semakin padat. jadi sebelum berpindah ke rumah baru sepenuhnya, saya sedang plan utk susun atur master bedroom kami termasuklah susun atur almari baju, penyimpanan bedsheet/comforter dan langsir. mungkin memerlukan tambahan almari untuk tujuan itu. apape pun, bergantung kepada budget. budget sekarang yg paling penting adalah utk kelengkapan Little Caliph dulu=)

saya memikirkan sudah sampai masanya saya mencari dressing table.




saya suka meja solek macam ni. Classic kan? konon2 macam princess la kan duduk depan cermin macam ni.. hehe.. tapi setelah difikir2kan, saya sebenarnya tak memerlukan meja solek yg begitu complicated siap kerusi kecil bagai. bukannya mengadap lama kat cermin pun sebab saya pun jenis simple je kalau bab bersolek.

keperluan solek harian saya hanya memerlukan krim muka, sikat rambut dan bedak Johnson. itu je.. hehe.. oh ya, lipstik sebatang dengan sebotol perfume. yg mungkin akan memenuhkan ruangan atas meja solek ni nanti mungkin koleksi brooch, rantai labuh dan gelang (dulu2 rajin kumpul gelang kristal). bab rantai labuh dengan gelang mungkin kena simpan dalam kotak dulu. sbb nanti risau pulak dah ada baby kecik, mesti dah tak pakai dah. risau takut anak tercekik tertelan rantai mak sendiri(-_-")



since saya dah ada chest drawer ni, mungkin saya boleh tambahkan je cermin didinding. jadi macam ni,


ok jugak kan? sehinggalah selepas merayap kat blog2 orang, terjumpa blog Fiza ni..

Fiza pun baru masuk rumah baru. untuk meja solek, dia buat macam ni. ok jugak. 1 shelf dan cermin. lepas tu nanti, kat tepi pintu bilik, letaklah cermin yg boleh tengok dari atas sampai ke kaki. sebelum keluar bilik, telek dulu diri kat cermin, tgk baju ok ke x sebelum keluar, kan? hehehe.. idea ni dah dapat greenlite dari husband. tinggal lagi berusaha utk merealisasikannya..

chest drawer nanti bolehlah dihiaskan dengan letak frame2 gambar kat atasnya.

1 comment:

  1. Saya pon mengguna kan cara yg sama...since barang2 sgt banyak, utk jimatkan tempat...saya guna chest drawer sbg meja mekap, then letakkan cermin satu kat atas...drawer2 tu leh simpan mcm2 barang..kan ;)

    ReplyDelete