Hi..
ini adalah entri yang paling susah saya nak tulis. mulanya rasa macam xperlu kot nak share. tapi lepas berfikir panjang, hey! why not? saya pernah rasa macam mana susahnya nak cari info pasal hal ini, betapa susahnya nak cari orang untuk share pasal ini, susahnya cari orang yg boleh share usaha2 mereka sampai berjaya. jadi if saya share, mungkin dapat membantu yang lain.. mana tahu kan?
mungkin sebab perkara ni merupakan sesuatu yang taboo dalam masyarakat kita kot, jadi xramai yang 'berani' berkongsi atau bercakap pasalnya. takpe, kalau kamu rasa ia taboo dan xboleh diperkatakan secara terbuka, cukuplah kamu baca takat perenggan ini saja.. tapi kalau kamu boleh terima dengan terbuka, sudi-sudilah baca..
Mula2 sekali, please.. jgn salahkan diri sendiri if kamu tak berjaya conceive dalam masa terdekat selepas nikah. sbb masalah ni bukan berpunca dari isteri saja seperti kebanyakkan kita fikir.. remember, it takes two to tango, my dear!
haruskah saya dapatkan rawatan?
kalau kamu betul2 dah bersedia untuk dapatkan rawatan, silakan. bersedia 100% fizikal & mental. pasangan juga dah bersedia. again, it takes two to tango. rawatan ini perlukan kerjasama suami isteri. rawatan fertiliti bukan macam rawatan sakit biasa macam demam selsema yg selalu kita pergi jumpa doktor tu. ia melibatkan masa, wang ringgit dan kesungguhan yang tinggi. ia adalah rawatan yang berterusan.
boleh ke saya dapatkan rawatan? saya baru 6 bulan kahwin. tak awal sangat ke?
menurut gynae saya (from private hospital), bagi pasangan yg tinggal sebumbung (not LDR/PJJ) dan berumur dah lebih 30 tahun, 6 bulan selepas nikah masih gagal conceive, dah boleh dptkan rawatan jika dah bersedia. tapi kalau masih muda, boleh tunggu setahun untuk try naturally.
macam mana saya nak dapatkan rawatan?
banyak option. kalau nak perkhidmatan dari government, try contact LPPKN. saya tak pasti procedure LPPKN sbb xde pengalaman. kalau nak private hospital/klinik, boleh juga.. cari klinik pakar wanita. biasanya ada perkhidmatan ni. kalau hospital, InsyaAllah, kebanyakkan private hospital ada perkhidmatan fertility & bahagian yang mengendalikan perkhidmatan ni adalah Obstetrics and gynaecology (O&G).
personally, saya prefer hospital. sebab kemudahan lengkap. kalau klinik, kadang2 ada certain test, contoh Semen Analysis (SA) kene buat kat tempat lain sbb klinik ni xde lab sendiri.
Mahal tak?
Sebenarnya harga rawatan ni sangat subjektif sebab bergantung pada tahap kesihatan kita dan ubat apa yg kita perlukan. masalah complicated, banyak ubat, maka tinggilah harganya. sebab tu saya kata, bila dah ready 100% mental & fizikal, barulah dapatkan rawatan.
Mana dulu? rawatan tradisional atau moden?
biasa kalau ikut mak-mak, makcik-makcik, kepochi-kepochi, mesti akan suggest pergi berurut. bila berurut, akan dengarlah, "ni rahim sejuk ni", "ni rahim kebawah ni, duduk xbetul", "isk.. ni ada gangguan ni".. itulah antara yg akan kamu dengar=)
sekali lagi my personal opinion, please seek for modern treatment & advice too.. nasihat saya, kita mahu anak. anak ni rezeki dari Allah. mohon padaNya melalui usaha yg dibenarkan oleh agama. jgn sampai terpengaruh dan terpesong akidah dengan usaha2 melalui bomoh, jampi serapah, air penawar, sirih penawar yg tak tahu apa yg dibaca.
Next entri, InsyaAllah, saya akan sharekan usaha kami sehingga wujudnya Little Caliph dalam rahim ini dengan izin Allah.. alhamdulillah..
p/s: sesiapa yg ada soalan, tapi malu nak tanya kat komen, emel saya pun boleh.. saya ikhlas nak share apa yg saya tahu melalui pengalaman saya. insyaAllah, saya akan cuba reply=)
saya pernah berada dalam 'kasut' itu..
saya tak ada dlm kasut tu sebab lepas sebulan kawen da ada isi..tpi experience from my frends..dia ttc setahun lebey...at last dpt kembar bila ttc dgn naturally...inshallah bulan 8 nih lahir la kembar dia..:)
ReplyDeletependapat saya better pegi hospital bila sudah setahun atau 2 tahun blm ada "isi"..
Mama Syahmi:
ReplyDeleteyup, ramai tahu lepas setahun xde isi, boleh g treatment.. tapi xsemua orang tahu & pernah alami mcm mana treatment tu.. komitmen dia tinggi sgt2..
Assalamualaikum wth,
ReplyDeleteSaya pernah jumpa kes sebegini. Kesian sungguh tgk pasangan yang dah usaha tapi belum ada rezeki. Mostly, ada masalah rahim. Tapi saya suggest pasangan cuba produk SNE terutama isteri. Setakat ini, Alhamdulillah dengan izin Allah produk ni tak pernah mengecewakan pengguna. Saya sendiri ada testimoni di blog saya, http://senangnakelok.blogspot.com