19 July 2013

rumah condo, setengah juta? baik beli rumah teres.

itu reaksi pertama saya bila arwah abah bagitahu adik saya suami isteri mahu membeli rumah awal pertengahan bulan April lepas.

Mungkin, pandangan kami berbeza. tapi akhirnya saya happy dengan keputusan mereka. 

saya membeli rumah pertama kami dengan harga kurang setengah juta. mmg harga rumah sentiasa naik dengan mendadak. nak2 kawasan2 dekat2 dengan KL, mmg xjumpalah rumah baru harga bawah 1 juta. perumahan kami adalah berkonsepkan township. kawasan tu dah lama buka. lebih 10 tahun kot. cuma baru2 ni, pihak pemaju ambik initiative utk membangunkan lagi kawasan tu. jadi dapatlah kami membeli rumah baru sbb ada beberapa seksyen baru buka.

tapi, kawasannya jauh sikit dari KL.

kalau dulu, dari rumah sewa di Pandan Jaya ke office, boleh sampai dalam masa 10 minit (jalan xjem) sekarang, rumah sendiri ke office, kene ambil masa 45 minit.

itulah 'harga' yg perlu kami 'bayar' sbb mahu rumah baru double storey harga kurang setengah juta. instead of bayar dengan duit, kami perlu korbankan masa. nasib masa beli rumah mmg dah pilih kawasan yg x jem teruk & tak perlu bayar tol..hahaha.. bende sekecik pondok tol pun diambil kira tau!

lepas bersalin, ada baby kecik, rasa kesian kat baby nak kene travel everyday. sbb baby ibu saya jaga. ibu saya pun tinggal di Pandan Jaya. so, apapepun, mmg akan ke Pandan Jaya hantar anak, pastu g kerja.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk beli saja rumah kedua di Pandan Jaya. sbb fikir2 rugi je nak sewa, baik beli terus. mmg perancangan pun kalau ada rezeki lebih, nak tambah rumah utk investment. 

bernulalah pencarian Rumah Kedua

kemudian, Alhamdulillah, bertemu jodoh dengan rumah di Pandan Jaya, blok C3. senang. dekat dengan rumah ibu & dekat dengan office. hujung minggu saja pulang ke rumah pertama kami.

2 bulan lepas tu, arwah abah meninggal. tinggal ibu. jadi, saya akan bergilir2 dgn adik tidur rumah ibu. kalau dia kerja malam, saya akan bermalam di rumah ibu. kalau tidak, saya akan pulang ke C3. tapi sejak ramadhan, tiap2 hari saya bermalam dirumah ibu sbb ibu saya masih belum berselera sangat utk makan.. tambah lagi waktu sahur. risau kesihatan akan terganggu. jadi kami ramai2 akan bersahur dirumah ibu. even adik & isteri akan datang pukul 5 pagi tiap hari utk bersahur.

mungkin hujung tahun ni, urusan pembelian rumah adik saya akan selesai. jadi mereka akan berpindah. rumah yg mereka sewa sekarang ni, sekangkang kera je jauhnya dengan rumah ibu. tu yg boleh hari2 datang sahur pukul 5 pagi tu. jadi, kami akan menyewa rumah sewa adik sekarang di Pandan Jaya & memberikan orang lain menyewa di C3. sbb rumah sewa adik, dekat dengan rumah ibu. apape hal emergency di tengah malam, kami boleh terus berlari ke rumah ibu. tambahan pulak kadar yg perlu dibayar, adalah separuh dari harga yg perlu kami bayar untuk C3. boleh berjimat dlm masa yg sama.

Kenapa saya happy dengan keputusan adik untuk membeli condo dengan setengah juta?

sbb kawasan yg adik beli adalah strategik. dekat Desa  Pandan, xsampai 5 minit dah sampai ke Jalan Ampang ikut jalan dalam. condo tu kalau disewakan boleh cecah 4k sebulan sbb boleh tarik org2 yg bekerja di kedutaan2 utk menyewa.

condo tu xlah kecik. luas juga. kawasan pun redup je & sejuk. xdelah hingar bingar. paling penting, dekat dengan Pandan Jaya. hahaha.. jadi kami adik beradik akan duduk berdekatan degan ibu..

ya, mmg mereka perlu bayar mahal sbb harga rumah yg mahal. tapi mereka xperlu korbankan masa utk perjalanan harian yg jauh, xperlu korbankan tenaga. sekurang2nya, balik dari kerja, dah boleh spend time dengan anak. 

so, ikut oranglah. beli rumah mahal, tapi dekat dengan segala2nya. jimat masa, boleh spend more time dengan family. kurang sikit stress kecuali time nak bayar rumah je lah.. hihihi..

atau, beli rumah sederhana harganya, tapi jauh sikit (rumah dekat KL sekurang2nya dekat 1 juta dah). jimat duit rumah tapi spend more on petrol & masa. 

pilihan, ditangan masing2..

xsabar tunggu tahun depan. pindah masuk rumah sewa baru yg dekat dengan ibu, boleh spend more time dengan Ziyad. boleh asah balik skil memasak yg dah agak lama xdiasah sejak dari pregnant sampai sekarang. boleh try new recipe. boleh sambung balik kelas tajwid ber 'tok guru'kan husband, boleh belajar menjahit dengan ibu. boleh mula jalankan impian yg dah lama terbantut, moga membuahkan hasil yg membanggakan. InsyaAllah..

sedang mencari penyewa utk rumah C3. tapi available tahun depan. hihihi.. sesiapa berminat?

1 comment:

  1. Berapa nak disewakan 2 ye? Sy pon kebetulan mmg tgh cri rumah nak sewa tahun dpn

    ReplyDelete