31 July 2013

susu ibu adalah yang terbaik. tapi formula milk juga bukanlah racun


from my previous post.
saya selalu ingatkan diri saya supaya jangan terlalu obses dengan susu ibu.
stok susu saya makin berkurang. sangat2 kurang sbnrnya. sejak arwah abah meninggal, production saya xsehebat sebelumnya. sekarang ni nak bawak balik 10oz pun dah kira bersyukur sangat.

saya down. Ziyad belum pun setahun. takut susu xcukup. sampailah ibu kata "xpelah. xyah stress. kalau susu dah xde tu, maksudnya Allah bagi rezeki untuk Ziyad takat tu je lah. ada banyak lagi option lain"

lega sikit. xstress dah. tiap kali pum, doa & tawakal je lah..setakat ni saya hanya dapat seimbangkan stok saja.. kalau nak tambah kan stok, belum lagi.. production masih belum berlebihan utk stok baru walaupun sepanjang puasa ni, saya buat powerpumping setiap hari waktu lunch. nak buat waktu malam, xterlarat nak bangun.. heh heh..

post menarik di FB dari kawan saya. kawan saya ni pun fully bf anak dia.
inilah antara contoh negative yg bila seseorang tu terlalu obses dengan susu ibu.
tanpa sedar, kan dah sakitkan hati orang lain. strangers pulak tu..

semua mak sayang anak. semua mak nak yg terbaik untuk anak. so, xyah kepochi2 anak orang. jaga & buat yg terbaik utk anak sendiri, sudah.

kadang2 pelik jugak.. dok kepochi2 tegur orang xbagi anak susu badan. kan lebih bagus tegur orang yg anak dia xtutup aurat, bebas bergaul lelaki perempuan, xpuasa walau dah baligh. tu kan lebih 'nyata' dan 'jelas', dari nak tegur hal2 yg berkaitan dengan 'rezeki' yang satu dari Allah ni.

Wallahua'lam..

2 comments:

  1. Setuju pndpt kwn n anda..
    X perlu obses n yg pnting sbg ibu dh buat tbaik tok anak walau cmana pun kan..
    Lain org lain bhgiannya..
    Syukur sahaja..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Saya bersetuju dengan apa yang Fatiha tulis. Saya juga antara ibu yang tak dapat menyusukan anak secara exclusive sehingga 6 bulan sebab susu tak ada. Walaupun powerpump sampai luka, susu yang dapat perah hanya 2oz yang paling banyak. Untuk dapat 10oz seminggu pun susah. Jadi kepada ibu2 yang susu banyak, bersyukurlah...tetapi janganlah memandang serong ibu-ibu yang tak dapat menyusukan anak sepenuhnya. Saya perlu memilih, adakah saya nak menyusukan anak secara exclusive tetapi anak tidak cukup bekalan susu, atau menyusukan anak dengan susu formula agar anak cukup zat dan kenyang perutnya... Jadi saya terpaksa memilih option kedua demi kesihatan anak...

    ReplyDelete