Saya pernah sharekan salah satu usaha untuk pregnant dulu setelah hampir 2 tahun kawin tapi masih berlum pregnant.
salah satu usaha tu ialah jus kurma susu kambing.
baca kat entri yang lalu. dalam entri ni, ialah cara2 yang saya amalkan utk buat jus kurma susu kambing.
hari2 mesti bancuh sepeket susu kambing Hi-Goat campur dengan 7 biji kurma di blend. bare in mind, masa tu Hi-Goat xde keluarkan lagi produk susu kambing + kurma macam sekarang. jadi sekarang ni kiranya lebih memudahkanlah kalau nak amalkan susu kambing + kurma.
Masa proses nak kenalkan susu formula pada Ziyad, saya beli susu kambing Purenat ni. Hujung bulan lepas saya baru beli dan Ziyad reject. mungkin dah tersedap minum Anmum kot. Daripada membazir, saya rasa eloklah saya amalkan kembali salah satu usaha saya masa TTC dulu.
Inilah, satu tin baru susu kambing Purenat. dapat tahu dari ex-coursemate. Anak dia minum susu ni since dia lactose intolerance dan ada eczema. alhamdulillah, anak dia serasi dengan susu ni.
Kalau dulu sebelum ada anak, gigihlah tiap2 malam blend kurma. TIAP-TIAP MALAM, ok. tak pernah missed. punyalah bersungguh time tu.
tapi sekarang ni, dah ada anak, takut terkejar2 tak sempat, jadi, saya siap2 blend kurma buat stok simpan dalam peti ais. so, skrg, bukan saja cili blend dijadikan stok, kurma blend pun sama.. hehehehe..
Kurma dapat dari sedekah orang. lupa dah siapa yg bagi.
Jadi, saya hanya perlu bancuh susu kambing & masukkan tujuh sudu kurma yg siap blend, & minum.
Sekarang ni Ziyad baru 1 tahun 8 bulan. jadi kami berkira2 mahu mulakan usaha TTC anak kedua mulai sekarang. kalau ada rezeki, sekurang2nya adik Ziyad lahir tahun depan. waktu tu Ziyad dah 2 tahun 4 bulan. sedang elok rasanya. itupun kalau terus menjadilaa kan? kita merancang je.
sebab dulu masa TTC anak pertama, kami xde ilmu. lepas setahun lebih kawin, terus jumpa gynae buat rawatan moden. lepas 2-3 bulan rawatan moden, baru cuba cara semulajadi. serentak dengan moden. lepas dah 4 cycle makan clomid, doktor suruh stop dan up-grade ke next stage. masa ni, kami ambik keputusan utk rehat dari rawatan moden sbb nak pindah rumah AG. tapi cara semulajadi/sunnah macam ni, tetap kami teruskan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, sebulan lepas tu, positif mengandung.
untuk TTC anak kedua ni, kami nak terbalik pulak. nak start cara semulajadi dulu. Kalau cara semulajadi macam ni gagal setelah Ziyad umur 2 tahun, kami akan usaha cara moden. jumpa balik gynae, makan balik clomid, suntik lagi pregnyl.
sebab pernah ada rekod lambat mengandung, dengan keadaan rahim terbalik, jadi eloklah start awal. kalau tunggu Ziyad 2 tahun baru nak mula, makan masa pulak. umur ni bukannya makin muda. stamina pun makin kurang.
takpelah, kita usaha, doa dan selebihnya tawakal.
berbalik kepada susu kambing purenat ni, dia lain sikit dari Hi-goat. susah nak larut. 1st time saya bancuh, jenuh nak bagi larut. berketul2. last2 saya masukkan dalam shaker je. bila tanya ex-coursemate yg perkenalkan purenat ni, dia pun kata dia bancuh pakai shaker. bila pakai shaker ni, teringat kat ESP i yang kejap ambik, kejap tak tu. beli waktu2 kritikal susu merundum lepas arwah abah meninggal. tapi sebab tak konsisten, sampai sekarang tak habis lagi.. jadi, jgn tanya keberkesanan ESP kat saya ye.
Kadang2 saya gatal2 campurkan je skali ESP kat dengan susu kambing dan kurma tu. sayang weh, beli beratus, kenalah kasi habis. set-set yg lain pun ada lagi. hahaha.. nampak sangat tak berdisiplin.
owh, lupa. nah , saya bagi link terus kat entri yg lama pasal cara buat jus kurma susu kambing step by step.
entri terdahulu.
tau sangat, korang mesti malas nk check entri lama2..=P
wah....harap2 cepat lekat kali ni dear...pray for u :)
ReplyDeleteamin.. terima kasih, dear!
Deletesusu tu nak beli kat mana..?? tak pernah jumpe pon.. karihome susah nak dapat stock.. boleh gak la nak try yang ni jugak.. :)
ReplyDeletesaya beli kat Tesco Ampang.
Deleteboleh try ni resepi ni
ReplyDeleteAssalamualaikum saya suzy. Nak tanya bancuhan susu kambing purenat utk baby thn ke atas sama ke ikut tin tu ? Mcm dewasa juga? Wasap 0182154396
ReplyDelete