26 May 2014

TTC #9 : Serbuk debunga kurma

Usaha untuk TTC.

Semua yang saya coretkan dalam label TTC adalah throwback terhadap ape yang saya & suami usahakan sekitar akhir 2011 dan alhamdulillah, diizinkan Allah, lahirlah anak sulung, Ahmad Zahin Ziyad.

Antara yang saya usahakan masa TTC anak pertama dulu ialah serbuk debunga kurma.


Serbuk ni saya dapat pemberian dari nenek saudara yg mengerjakan haji waktu itu. saya tak kirim pun. katanya, kat sana tiba2 dia teringatkan saya, lalu belikan serbuk debunga kurma ni sbb orang kat sana kata, ini sebagai salah satu usaha utk mengandung.

Nenek saudara bagi cmni je. cara makan, dia tak tau. terpaksalah saya goggle. tak banyak pasal serbuk debunga kurma masa tahun 2011 tu.

masa pertama kali makan debunga tu, saya letakkan madu dalam sudu besar & letakkan sedikit (lebih kurang 1/4 sudu teh) debunga kurma diatas madu tadi & makan. suami saya pun makan sama. Alhamdulillah, xde apape yg pelik berlaku melainkan tangan saya gatal2 mcm kene miang buluh. saya buat xtahu saja. just basuh dengan sabun dettol dah ok.

malam kedua pulak, saya letakkan serbuk debunga kurma dulu dalam sudu besar & tuang madu diatasnya. makan suami isteri. tapi, suami saya terus saja bersin2 tanpa henti kemudian batuk2.. saya ingat dia tersedak.. bagi minum air tapi mcm x ok pun. mmg susah dia nak bercakap.. hanya beberapa patah je dia cakap.. tu pun susah. tak sampai beberapa minit, suara dia hilang.. tekak dia sakit tiba2..

saya xtahu ape yg dirasa. yg dia cakap, "ada benda tersekat" sambil gosok2 tekak.. saya rasa, dia rasa seolah2 ada benda tersekat dalam kerongkong. sakit sangat katanya. dia jugak susah bernafas.. tercunggap2..

serius saya panik.. nak nangis pun ada sebab kesian sangat tengok dia waktu tu..

minum air suam pun x de apape perubahan. saya teringat ada bekalan air zam zam.. saya terus bagi suami minum. cakap kat dia ni air zam zam dgn harapan dia xlupa selawat & niat dlm hati sebelum minum.

lepas minum air zamzam tu saya nampak dia makin ok sikit berbanding mula2.. dia cuba muntah & yg keluar hanya air & saya nampak macam debunga kurma tu.. saya pun ada bagi ubat batuk utk cairkan kahak sbb suami saya kata "nak cairkan kahak".. dia dah xboleh bernafas melalui hidung.. bernafas ikut mulut.. tu pun sakit.

saya suruh dia cuba sedut air melalui hidung & keluarkan balik.. mcm kita bersihkan hidung waktu ambil wudhuk.. lepas tu dia mcm ok sikit & boleh baring.. tengok dia dah ok, saya pun baring sama & terus tidur.. masa tu dah pukul 1 pagi rasanya.

pagi tadi saya bangun, badan suami panas.. demam!.. suaranya masih serak.. sakit tekak lagi.. katanya dia xboleh tidur sbb badan dia gatal2 mcm kene gegata..

saya rasa, suami saya alah kepada debunga.. syukur dia tak teruk..


lepas tu saya goggle untuk cari maklumat. rupanya memang ada yang alahan kepada debunga kurma ni. Jadi, untuk tips TTC #9 ni, saya tak berapa nak suggestkan sangat since tak semua dari kita tahu samada kita alahan atau tak. takut kalau alahan yg teruk, membahayakan pulak.

lepas tu, kami dah tak makan pun serbuk ni. kami bagi pada orang lain. itu pun lepas terangkan pasal alahan tu. tapi since pasangan tu dah pernah cuba, cuma mereka nak cari stok baru, jadi saya bagi je la.. 

itu perkongsian & pengalaman saya ber TTC masa anak pertama dulu. untuk anak kedua, kami tak beranilah nak buat yg ini lagi.. sekadar perkongsian dengan kawan2 yg ber TTC. saya akui, waktu ber TTC anak pertama dulu, saya jarang berkongsi usaha yg kami lakukan. eh, bukan jarang, rasanya macam tak pernah kot. 

harap takdelah yg salah anggap macam saya ni bercerita 'benda dalam kain'.. tak pun. rasanye takde yg lucah pun. niat untuk berkongsi sbb saya ada pengalaman tu. dan sekarang untuk refresh balik memori & pengalaman tu untuk usaha anak2 seterusnya.

4 comments:

  1. salam.. smpi cmtu skali ke efek dia? tkot gak kan.. huhu

    ReplyDelete
  2. Suami sy pun same... tp saye tak de tnggu lagi... die sebut tak boleh nafas n gatal2 die merebak 1 badan.. terus je ke hospital... 5jam jugak dlm emergency ward..

    ReplyDelete