13 December 2012

Majlis Adik : apa ada pada nama? jemputan & vendor JB yg...

Salam

Jemputan.

pada dasarnya memang mudah memandangkan senarai tetamu dah sedia ada sebab dah pernah ada majlis kawin dalam family. majlis saya lah. kami sekeluarga dah sepakat bahawa semua tetamu yg menghadirkan diri pada majlis saya, tetamu tersebut akan dijemput dan tetamu yg xdapat hadir dengan alasan munasabah pun akan dijemput.

senang kan?

yang menjadi susah apabila tersebarnya berita mengenai status bakal pengantin. haa... tiba2 kad kawin yang paling simple dan paling murah yg dipilih bakal pengantin menjadi 'hot stuff'.. orang memuji2 kad tersebut cantik, kad tersebut mahal, kad itu, kad ini.. haih~~ nada sungguh membodek!

yang menjadi susah bila kita ikhlas menjemput, orang pulak bersangka kita riak nak menunjuk2.

yang menjadi susah bila ada tak percaya dengan nama yg tertera.

yang menjadi susah bila orang dok sibuk tanya kami sekeluarga pakai baju apa? tema apa? bila jawab baju biasa saja, "laaa.. kenapa xpakai beaded lace? selalu keluarga pengantin pakai beaded lace ke, beaded chiffon ke".. sebab selalu orang buatlah, kami xnak buat.. barulah unik kan? heh..

yang menjadi susah bila semakin hari semakin bertambah pulak senarai tetamu. kami jemput Makcik A, Makcik A mintak kad nak jemput kawan dia, makcik B. masalahnya, kami xkenal langsung makcik B.. bila xbagi, dikata sombong.. mentang2 dapat menantu baru org kaya.. ok, yg kaya mungkin mak bapak dia, tapi bukan bakal isteri adik saya.. lagi 1, ni majlis kawin.. bukan majlis rumah terbuka 1 malaysia!

yang menjadi susah bila orang ingat majlis ni bergabung dan adik saya kawin percuma! cis!! walaupun keluarga kami sederhana, tapi xdelah sampai xde maruah mcm tu nak kawin free.. xkanlah kami nak bagi details bagaimana perkongsian bayaran dilakukan? oklah, meh sini saya cerita..

jumlah kad jemputan 3000 keping & tetamu yg dijangka hadir adalah dalam 7000 orang dengan anggaran setiap kad mewakili 2 orang & termasuk anak2, jadilah anggaran 7k tetamu.. tetapi, jumlah kad jemputan dari pihak kami hanyalah 500 keping saja & anggaran tetamu dalam 1-1.5k.. lebih kurang sama jumlah masa majlis saya dulu. jadinya, pihak kami membayar perbelanjaan tetamu kami yg seramai 1-1.5k tu.. yg selebihnya adalah tetamu pihak perempuan.

itulah sebabnya kami xboleh sewenang2nya nak bagi kad kat sesiapa saja.

pada saya, kad itu lebih elok diberikan kepada saudara mara terdekat, jiran2 tetangga yg hari2 kita akan jumpa & sahabat handai yg masih kita hubungi.. kawan2 yang dah bertahun2 xcontact or xjumpa, akan di KIV dulu. kalau ada kekosongan kad, baru jemput.. lebih baik utamakan kawan yg selalu kita berhubungan dari kawan yg bertahun2 xjumpa/contact..

yang jadi susah bila kawan yg selalu berhubungan, suruh jemput kawan yg dah bertahun2 xberhubung.. aih, nak buat reunion pun, boleh x buat majlis berasingan? ni majlis kawin.. jgnlah nak campur aduk..

kalau boleh kedua2 keluarga nak semua urusan mudah je.. majlis yg ringkas.. yg penting berkat.

perkara yg jadi susah bila,

idea asal & impian kedua pengantin, dianggap terlalu simple..

kadang2 kesian jugak saya tengok adik saya. bakal adik ipar pun sama.. jam 2 pagi masih whats app dengan saya meluahkan perasaan.. hehehe.. saya mmglah xtidur pasal time tu mmg time pumping..heh..

mereka berdua nak majlis ringkas..xnak bersanding.. pelamin pun xnak! nak makan beradap, pastu dah.. pergi salam2 dengan tetamu.. kedua mak bapak pun setuju.. tp last minutes, tiba2 semua plan developed.. tiba2 terasa apasal majlis jadi semakin meriah pulak ni? hehehe..

nak cari vendor pun susah.. semua dok nak 'ketuk' harga xmunasabah.. untuk vendor pelamin & baju pengantin, vendor tu dari JB, recommended by one of the 'wedding planner' crew.. mula2 jumpa, dok pong pang pong pang boleh buat tema tradisional, pernah buat untuk anak raja lah, itu lah, ini lah.. kemudian bagi anggaran harga verbally..

bila dah habis discuss, mintak official quotation, hah hambik! total semua boleh beli sebijik kereta Persona kot! apa kes pelamin, dekorasi & baju pengantin je sampai harga mcm tu.. nanti datang pulak SPRM menyiasat, xpasal2.. (--")

so, kami tak terima quotation yg diberi.. biasalah kalau orang business, kita as client kalau xpuas hati dengan quotation, kita ada hak utk tak hire vendor tu kan? tapi vendor ni tah mana tah dia belajar business, dia hantar surat 'saman' mintak ganti rugi RM5k!! what the... bukannya dah seal the deal yg kami cancel.. baru takat xagree dengan quotation je.. xde rugi ape pun.. lagi pun mmg business nature mcm tu.. quotation xmenarik, client rejectla kan? huh~~ rasanya mcm nak je reveal nama bridal house kat JB yg xreti berbusiness & ambik kesempatan!

sangat berharap agar segalanya dipermudahkan & diberkati.. InsyaAllah..

2 comments:

  1. skrg busines kawen dah mcm2 perangai... sabarla kak. mungkin dorg tgk nama pengantin ada pangkat tu yang beria benar. tambah2 skrg tgk kt tv asal artis kawen camne. meletop kan. aish dorg xfaham setiap org ada impian perkahwinan masing2

    ReplyDelete
  2. boleh email saya utk take note bridal JB tuh? because my aunty ada 5 org anak dara yg bakal berkahwin slowly...

    ReplyDelete