Salam
Sebenarnya dah lama dah tahu pasal salun ni. Salun ni biasa2 saja.. takdelah glamor. owner dia sebenarnya dikalangan saudara mara yg jauh (bau-bau bacang kot). saya panggil makcik gayah. ore kelate. nama salun ialah R&K Salun Kecantikan dekat PJ.
Actually salun ni mcm salun2 biasa.. ada buat facial, body massage, body scrubbing, sauna etc.. tapi kalau nak berurut tradisional, kene contact makcik gayah utk buat appointment dulu.. sbb urut tradisional ni, makcik gayah akan urut sendiri. kalau yg lain2 tu, pembantu salun dia boleh buat.
saya ke salun ni sbb ada sepupu yg advise pergi berurut sebagai usaha nak dapat baby. sbb akak sepupu saya ni pernah keguguran.. lepas tu susah nak lekat.. rupanya2 rahim dia terlalu tinggi menurut makcik gayah. jadi makcik gayah urutkan. Alhamdulillah, sebulan lepas tu dia pregnant. mungkin kebetulan.. dengan izin Allah semestinya. tapi xsalah berusaha.
siapa yg x terpengaruh kan? so, saya pun pergilah berurut. makcik gayah kata rahim saya kebawah, jauh kedalam.. masa ni saya belum start treatment moden.. lepas buat treatment & doktor sahkan rahim saya retroverted, saya perasan ada persamaan dengan apa makcik gayah beritau pasal rahim saya. sampai sekarang saya confused sbb kalau ty doktor, doktor akan rahim xboleh dicapai melalui urutan. tapi makcik gayah pulak boleh predict dengan agak tepat kedudukan rahim saya melalui urutan.. apape jelah.. lain orang, lain skill nye kan?
tapi rezeki saya xde lagi masa tu..
lepas dah bersalin, ingat nak pergi ke Makcik gayah, tapi susah pulak bila memikirkan saya yg perlu ke salun. untuk ke salun semasa dalam pantang, adalah mustahil. saya berpantang dirumah sendiri. ibu datang untuk jaga saya. jadi, rumah saya tingkat 4! nak turun naik tangga dalam pantang untuk pergi berurut? haih~ tidak lah.. itu sebab saya xurut dengan makcik gayah.
ibu yg cadangkan saya pergi ke salun makcik gayah untuk berurut masa habis pantang. sebab ibu kata muka saya bertambah pucat padahal keluar hospital lepas beranak, segar bugar macam xberanak. lepas berurut pulak makin lama makin pucat. saya pun terasa badan saya makin lemah lepas berurut yang 3 hari berturut2 tu..
lepas tempoh pantang, badan dah kuat sikit, hari ke 44, saya pergi ke salun ni utk berurut dengan makcik gayah. seperti biasa.. BEST! sebab saya ambik pakej sauna, lulur & massage..
Mula2 sekali sauna dulu. makcik gayah tau saya baru lepas bersalin (kata saudara bau2 bacang mestila tau). so, saya sauna dengan wap serai wangi.. berpeluh2!.. makcik gayah kata lepas sauna baru urut sbb bagi urat lembut sikit. lepas berurut, barulah lulur satu badan.
kalau perasan, lepas bersalin, badan tiba2 banyak daki.. tah mana tah datangnya. makcik gayah kata normal sbb time pregnant, kulit meregang.. bila dah bersalin, dia kecut balik, tu yg byk daki keluar. InsyaAllah, lepas majlis adik minggu depan, saya akan ke salun lagi..
Mula2 sekali sauna dulu. makcik gayah tau saya baru lepas bersalin (kata saudara bau2 bacang mestila tau). so, saya sauna dengan wap serai wangi.. berpeluh2!.. makcik gayah kata lepas sauna baru urut sbb bagi urat lembut sikit. lepas berurut, barulah lulur satu badan.
kalau perasan, lepas bersalin, badan tiba2 banyak daki.. tah mana tah datangnya. makcik gayah kata normal sbb time pregnant, kulit meregang.. bila dah bersalin, dia kecut balik, tu yg byk daki keluar. InsyaAllah, lepas majlis adik minggu depan, saya akan ke salun lagi..
Salun ni guna
bahan tradisional mcm mustika ratu, puteri binary etc.. so, please jgn expect
bahan wangi2 ala spa ye..
*ppsssttt..
mentionedlah nama saya kalau makcik gayah tanya mana tau tempat dia tu..
bolehla ai dapat extra masa urut nnt=)
Boleh bagi full address salon tu tak?
ReplyDeletePj kat area mana ya... ingat nak try...
ReplyDeletesis, kat mana salun tu? thanxxx
ReplyDelete