10 December 2012

untuk Qaiyum dan Khalida - juga utk ingatan diri sendiri


Salam

Eceh.. baru kawin setahun jagung, dah nak bagi nasihat kat orang. Ok, bagi nasihat kat adik sendiri & peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Untuk adik & bakal isteri yg akan bernikah Jumaat ini. InsyaAllah, moga dipermudahkan semuanya.

Mencontohi institusi perkahwinan orang lain.

Institusi perkahwinan yg paling rapat dengan kita, yg hari2 kita lihat, yg kita tahu hampir keseluruhan luar & dalamnya, mestilah institusi perkahwinan makbapak kita sendiri. ada orang begitu mengagumi & ingin jadikan sebagai contoh. Macam mana makbapak dia layari rumahtangga, macam tu jugak dia nak rumahtangga dia nanti.

Tapi, jgn lupa. Kita bukan kawin sorang2. Kita kawin berpasangan. Pasangan kita pun ada makbapak. Ada institusi perkahwinan yg dia pun nak contohi. Mesti xsama punye.. so, lebih elok, kita bersama pasangan sendiri berbincang & tentukan cara kita sendiri macam mana nak layari rumahtangga.

Komunikasi.

Perlu..perlu..perlu! amat penting. Apa yang kita suka, kita bagitahu/luahkan waktu tu juga. Sama jugak untuk perkara yang kita xsuka. Pun perlu luah time tu jugak. Tapi kalau keadaan xsesuai bolehlah luahkan time lain. Tapi jgn simpan lama2.. nnti jadi barah.

Kadang2 kita rasa lebih elok berdiam diri sebab xnak sakiti hati pasangan. Kita pendam..pendam dan pendam.. kita ingat elok. Tapi kita lupa, benda yg kita pendam, lama2 akan jadi racun.. lagipun, kita kawin bukan untuk setahun dua, tapi untuk seumur hidup.. lama tu! –kalau umur panjanglah, insyaAllah- manusia ni, dia ingat dia boleh bersabar. Tapi dia lupa sbnrnya kesabaran dia xlah tebal mana.. setebal kulit bawang saja. Lambat laun pasti perkara yg dipendam akan diungkit. Waktu tu, korang cakaplah dengan cara terbaik mcm mana sekalipun, ia dah jadi ‘bom atom’. Walau lembut suara, semerdunya pun, tetap akan kedengaran seperti halilintar.

Ikhlas.

Waktu ijab Kabul dilafaz, maka ingatlah yg waktu tu bukan penamat segala. Mmglah rasa legaaa… sbb dah xnervous depan tok kadi dah. Kene ingat, itulah sebenarnya permulaan bagi satu ikatan suci disisi Allah.

Waktu tu jugak, kita kene ikhlas menerima pasangan kita seadanya. Semua keburukan dia, kene ikhlas terima. Macamlah kita perfect sangat nak pasangan perfect kan? In fact, konsep perkahwinan itu sendiri ialah saling melengkapi. Kalau boleh, setiap malam sebelum tidur, ikhlaskan hati & maafkan suami/isteri kalau suami/isteri xmintak maaf. Mmg seeloknya sebelum tidur kene mintak maaf kat suami/isteri.. tapi xsalah juga kalau kita memaafkan dulu.

Jangan ungkit kelemahan/kesalahan pasangan.

Kalau ada komunikasi yang baik & keikhlasan dalam diri terhadap pasangan, insyaAllah, xkan berlaku hal ungkit mengungkit ni.. kalau terjadi jugak, tu maknanya kita belum betul2 ikhlas & redha. Bila komunikasi bagus, saling berterus terang & menerima teguran/pendapat pasangan, insyaAllah, xde hal dah nak ungkit2.. jgn pulak dah kawin dekat 30 tahun, tiba2 nak ungkit pulak bini xpernah hidang makanlah, iron baju x licin la, macam2 hal.. padahal masa awal2 tu, xnak tegur, xnak bincang elok2.. bila benda dah jadi alah bisa, tegal biasa, baru nak ungkit.

The worst thing is normally hal ungkit mengungkit ni selalu terjadi bila dah ada ‘orang lain’ dalam hidup. Time tu semua kebaikkan/pengorbanan pasangan selama 30tahun tu,dah xnampak.

Suami/isteri xsama dengan kekasih.

Walau jadi kekasih 10 tahun sebelum kahwin & kita yakin kita dah kenal betul dengan pasangan kita, sebenarnya kita salah! Nak kenal seseorang tu, bila dah tinggal sebumbung, baru boleh tahu perangai sebenar. Tu sebab kadang2 ada orang mengeluh. Katanya isteri dia dah berubah. Masa bercinta lain, bila dah kawin lain perangainya. Sbnrnya, bukan isteri tu yg berubah, kita yg belum betul2 kenal dengan dia.

Jika ini bukan yang pertama, jadikanlah ia yang terakhir.

Orang selalu kata, cinta pertama susah nak lupa, xkan sama dengan cinta2 yg lain. Kalau pasangan kita bukan cinta pertama kita, maka jadikanlah dia cinta terakhir kita. Cinta yg direstui Allah & dibawa sampai ke Jannah. Itu lebih nikmat.

Walau agama xpernah melarang suami untuk berkahwin sehingga 4 isteri, tapi jangan lupa tentang syarat yang telah agama gariskan. Fahami & dalami syarat tu. Sekarang ramai yg xdalami syarat agama gariskan.

“saya tak pernah abaikan tanggungjawab. Makan minum pakai isteri semua cukup”

Tapi dia lupa, tanggungjawab bukan setakat cukup makan minum. Tapi perhatian, belaian kasih sayang & tumpuan terhadap pasangan. Percayalah, walau dengan hanya 1 panggilan telefon untuk bertanya khabar pasangan kita ditempat kerja/rumah, dah cukup membuatkan pasangan kita rasa bahagia!

Kalau xmampu, maka tutuplah pintu hati kita. Jgn dibuka sekali pun! sebab utama bila berlaku kecurangan terhadap pasangan ialah bila kita membenarkan hati kita dibuka kepada yang lain.

Perbandingan.

Bila dah kawin, jgn sesekali membandingkan pasangan kita dengan orang lain. Sedangkan kita sendiri xsuka kalau diperbandingkan, kan?

Itu jelah nasihat xseberapa dari akak. Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Lagipun, kitakan bersaudara=)

No comments:

Post a Comment